hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

24 December 2012

Amazing 2012

Assalammualaikum..

Alhamdulilah... Kita diberi peluang untuk melalui tahun 2012 olehnya. Walaupun spekulasi tentang kiamat yang dibuat oleh mereka2 yang bukan beragama ISLAM tersebar, alhamdulilah, kita yang beragama ISLAM sentiasa waras. Adalah tanggungjawab kita supaya sentiasa percaya bahawa kiamat itu pasti dan tiada manusia akan tahu bila akan berlakunya kiamat. Terpesonglah akidah kita bila mempercayai semua spekulasi yang tak masuk dik akal kita yang beragama ISLAM ni. Abaikan semua cerita itu, lebihkan beribadah, itu lebih menguntungkan. Itulah bekalan kita nanti. Tak payan nak sediakan stok sardin, meggi, biskut..semua tu akan lenyap.;)

Alhamdulilah...tahun 2012 ni kehidupan kami, bahagia. 'Tergigit lidah' itu lumrah. Asam garam kehidupan suami isteri. Hari ni merajuk, besok baik je.. Hari ni menyampah, besok elok je bercuti.. Hari ni senyum, besok tengok muka pun taknak. Itulah kehidupan saya dan suami. 
Alhamdulilah...kami bahagia.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, kami berpindah ke  rumah kami sendiri. Syukur. Tinggal di rumah sendiri umpama mimpi. Saya tak tahu orang lain, tapi hati saya dan suami berbunga-bunga. Hari pertama tidur di rumah sendiri, kami tidur sampil senyum. Satu kepuasa bila dapat berpindah. Kabahagiaan yang sangat indah. Rumah kami taklah semahal rumah orang lain, tapi itu pun sangat sangat membahagiakan. 
Alhamdulilah...kami bahagia.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, saya, suami, keluarga saya dan keluarga suami semuanya sihat. Kesihatan adalah sesuatu yang 'mahal' untuk dibeli. Jadi, jom jaga kesihatan! Walaupun tahun ni saya kehilangan arwah tok, tapi saya akan tersenyum bila mengenangkan tok pergi semasa di TANAH SUCI.. saya juga menginginkan seperti itu..dia insan terpilih.. 
Alhamdulilah.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, kerjaya saya semakin baik. Peperiksaan yang diwajibkan semua dah lulus. Induksi pun dah lulus. Tak sia-sia berkursus 2 minggu. 
Alhamdulilah..;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni sahabat-sahabat disekeliling saya semuanya nampak bahagia. Kawan-kawan kat pejabat pun ramai yang dapat baby tahun ni, Kakak kat pejabat ni yang dah 10 tahun menanti cahaya mata pun dah mengandung. Kawan2 yang baru kawen pun ada. Yang takde teman pun dah berteman. Yang selama ni kerja kontrak pun dah dapat tetap..
Alhamdulilah.... Saya bahagia melihat mereka bahagia..Semoga mereka semua bahagia dunia akhirat. ;)

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Semoga kita semua akan terus tersenyum dan bahagia hingga keakhir hayat..



*pic lama*
@bundle ;)







21 December 2012

Saya juga ada Hati

Assalammualaikum..




Saya tahu saya tak sempurna. Percakapan saya banyak menyakitkan hati. Itu biasa. Kerana saya selalunya bercakap suatu kebenaran yang orang tak mahu mendengarnya. Manusia lebih suka mendengar di sebalik kebenaran. Anggapan mereka, orang yang bercakap seperti saya sebagai laser.

Takpa la, saya manusia biasa yang selalu buat salah. Saya sedang berusaha untuk bercakap mengikut halwa telinga mereka. Atau mungkin diam lebih baik daripada bercakap sesuatu yang benar tetapi menyakitkan.
 

Maafkan saya kiranya saya bersalah. Saya cuma manusia biasa yang suka hidup dalam kebenaran. 










Kisah dongeng bukan cara saya.

Wassalam..

18 December 2012

Langit PD


Assalammualaikum..

Rugi tau siapa yang gi bercuti tepi pantai tapi bangun lewat!! Bukan selalu pun boleh santai2 tepi pantai kan. Saya bangun awal, keluar gi tepi pantai kul 6.50 pagi. Awal ke? Awal bagi yang tak biasa bangun subuh, lewat bagi yang dah biasa bangun subuh.
 ;)


Pintu pagar pun tak buka lagi masa saya turun tu. Tapi dah ada sorang dok lepak kat tepi pagar tu. Awal betul dia.  Dalam dok layan pemandangan tu, baru la ada orang mai buka pintu.Apa lagi,jom layan pemandangan yang indah tepi pantai.


180 darjah!

nampak tak titik kat gambar tu. ha..tu la kapal terbang!
zoom!

 



indah..

Sejam lebih saya duduk kat tepi pantai tu. 
Tengok pantai sambil kelip-kelip mata.
Bajet ayu walaupun tak mandi lagi.
;)
 
Tengah syok layan, suami msg, 'mai naik makan dulu'.  
Perut pun lapaq, so..jom balik makan!! 
Habis nasi lemak sebungkus besaq!!
 ;)

17 December 2012

'....adik kena jadi abangcik'

Assalammualaikum..

Tetiba je teringat kat Abang Afdlin & Azhad.

Baru - baru ni masa gi kenduri sepupu suami tu, sempat jumpa diaorang ni, tapi kejap je.. Tak puas!! Masa jumpa tu abang afdlin kalut je cerita ' makteh..ibu kata kalau adik nak baby, adik kena jadi abangcik ' masa tu muka azhad dah malu-malu dah.. leher dah terlentok-lentok dah.



makteh  : azhad dah nak jadi bangcik yek...
azhad    : lentok sambil mulut ternganga..malu sangat la tu!
makteh  : ala...tak mau panggil abangcik la, nak panggil abang azhad.
afdlin     : bukan la!! ni abangcik. ibu kata kalau nak baby, adik kena jadi abangcik.
makteh  : ala..abang afdlin jadi abang besar, adik jadi abang azhad. baru best..
afdlin     : bukan la! abang ni abang la, abang je..bukan abang besar, adik jadi abangcik.




amboi... kali ni ajaran makteh ditolak mentah-mentah!! abang afdlin menegakkan ajaran ibu dia.. 
Selalunya ikut je ajaran makteh ni.. 
Suka tengok muka azhad yang malu-malu setiap kali panggil dia abangcik. 
Malu tapi nak..
 hehehe..
;)


 *gambar lama*
pakteh: aik..abang pakai topi chaq.. nak jadi macam chaq, pi kebun? afdlin: bukan la..abang ni macam askar!

Dia tengah bajet dia macam askar bila pakai topi tu. Askar la sangat!



mentor menti.


nampak muka nakal tu..




;)



ABANGCIK YANG MEMANG KECIL.

14 December 2012

dO..

Assalammualaikum..









DO OR DO NOT
THERE IS NO TRY..

13 December 2012

Super Ring!!


Assalammualaikum..

Baru-baru ni masa balik dari bercuti, macam biasa saya akan beli super ring!! Keropok zaman kanak-kanak yang tak pernah berubah wajah!! Dulu keropok ni padat, 'serdak2' pun banyak. Sekarang ni terasa sangat dah kurang perisa tu. Tak melekat kat jari macam dulu-dulu dah.

Masa saya budak-budak dulu, ayah ngan ibu tak bagi makan keropok @ makanan ringan sangat. Nak makan curi-curi pun tak berani. Ayah ngan ibu bagi makan kadang-kadang je. Kadang - kadang yang sangat kadang-kadang.

Bila ayah ngan ibu bagi makan keropok, super ring la yang saya beli!! Tiada tandingan!!!! Sedap hingga menjilat bungkusan!!


Sekarang ni walaupun dah kerja, dah ada duit sendiri, dah tak ada siapa nak marah kalau makan super ring tiap-tiap hari.. Tapi saya tetap makan keropok kadang - kadang je. Masih sama macam dulu.. Kadang - kadang yang sangat kadang - kadang. Dah terbiasa dididik begitu, mungkin..

Saya limitkan makanan segera ni, saya makan keropok masa dalam perjalanan jauh je. Bukan tak pernah saja - saja makan keropok, tapi macam saya cakap tadi... jarang - jarang yang sangat jarang!

Bezanya...

Dulu beli bungkusan kecil, sekarang ni langsung tak pandang yang kecil. Mesti beli yang besar. Tapi keenakan makan super ring bungkus kecil zaman kanak-kanak dulu sangat - sangat berbeza! 

Dulu berganda - ganda sedap! 
Berbakul - bakul senyuman! 
Berbukit - bukit keriangan!! 

Sekarang ni pun bukannya tak sedap, bukannya tak senyum, bukannya tak riang.... 

tapi.... 

nikmatnya tak seperti dulu.

Sama tapi tak serupa..



12 December 2012

Putrajaya + Port Dickson

assalammualaikum..

Minggu lepas saya gi Putrajaya. Ada kendui sepupu sebelah suami. Lama tau saya tak gi jejalan ni. So..semangat keterujaan tu ada la gak, tapi yang tak bestnya gaji belum masuk ;( sooo...jeling-jeling aje la kat sale2 semua tu!!!

Susah tau nak ambil gambar dengan remaja purba ni!! Aje je la dia buat perangai!! Geram! Malam tu lepak2 sambil tengok pemandangan ditemankan kilat!!

 
dengki sangat!!


Lepas kena marah baru la berperangai normal..
ni pengantin perempuan, ayu kan!!


Ni pula pengantin lelaki. Yang ni la sepupu suamiku. Muka gabra gila!! hehehe..masa ni Ustaz baru je duduk sebelah dia, tu yang nampak gabra tu.. Nasib baik Ustaz ni sempoi je!! Lawak dan mudah! Cool je.. Siapa dapat Ustaz macam ni memang best!!

Seronok dengar dia bagi nasihat. Santai, bersahaja, tapi menusuk ke kalbu. ;)

Okey..teringin!!!

Saya suka pelamin ni. nampak kemas dan suci gitu! 

Okey..selesai bab kenduri-kenduri ni. Masa untuk mandi manda!! Port Dickson la..mana lagi, tu je yang dekat. Malam pertama kami bermalam kat tepi pantai. Tak ingat la nama apa tempat tu. Tapi ok la..




Malam keDua saya ajak suami gi check-in kat Tiara Beach Resort. Kat situ baru puas mandi!!! Saya pernah gi kat situ, masa kerja ngan opis lama. Masa tu baru buka sangat. 

Tapi kali ni banyak pula syaratnya! Nak mandi kena ada gelang la, 1 bilik dia bagi 6 je. Dah la kami ni ramai, nak beli tambah pun mahal!! Tak patut betul tau!! Tapi bila gi kat tempat mandi, takde apa - apa pun. Ramai je tak pakai. Sooooooo..jom kita mandi ramai-ramai!!!!

best tau rendam2 dalam air ni..

ni untuk kanak-kanak

;)
Sambil mandi ni diaorang buka lagu kuat-kuat. So tak la sunyi. Meriah je!!

hitam merah tu i punya ye..
ehhh..lupa nk bagitau, suami saya belikan kasut mandi untuk saya!! dah lama ngidam kasut ni tau!! Saya ni selalunya akan terpijak macam-macam masa mandi! batu tajam la, duri ikan la, ranting la, nak tergelincir sebab lincin la.... Orang lain ok je, tapi saya ni ada je.. TETAPI...Kini kakiku tidak sakit lagi!! TQ abang!! Takan kasut je, samsung note tak mau beli ke?
 muuhahahahhaaaa...



07 December 2012

Tak Mampu Tapi Nak!!





Assalammualaikum..

Saya ada  keinginan yang saya rasa saya tak akan mampu lakukan. Saya teringin sangat pergi mengembara ke tempat - tempat yang sangat indah. Tak mau bajet2 ni.. Saya nak mewah. hehehe.. baru best!! Kalau boleh nak bawa sendiri kapal terbang. Ala.. kapal terbang persendirian. Haaa....Mampu??

Saya nak pergi tempat yang langsung tak tercemar. Tempat yang tak ada benda-benda canggih ni. Tak-tak canggih pun, nak la yang pakai baju. Kalau tak pakai baju tu saya pun lari... muhahahaa..


Saya nak tengok aurora dengan mata saya sendiri. Nak duduk mengadap aurora ni. Saya dah jatuh hati tau dengan aurora ni. Teringin sangat. Bagi saya aurora adalah anugerah ALLAH kepada kita.. Benda yang tak tercapai dik akal fikiran.. Tersangat indah..



Lagi satu, saya pernah tengok pasal resort safari, kat luar negara, Afrika rasanya.. Mewah sangat!! Bila bangun pagi, jenguk kat tingkap, boleh nampak zirafah, harimau, rusa, kuda belang kat luaq tu.. Haaa.... Teringin tau!! Restoran pun macam tu.. Berani betul diaorang ni buat resort bahaya ni. Laku pulak tu!! Ish..teringin tau!!

ish..ish... bestnya

cantik!!

  
kalau gajah mai langgaq agak2 runtuh tak??






Kenapa saya kata semua impian ni ialah impian yang tak akan saya capai??? Sebab saya tahu, semua ni memerlukan banyak duit. Nak pi Kota Kinabalu pun dok tunggu tiket murah tau! Apatah lagi semua ni.

Tapi mana la tau kan.. Kot-kot rezeki Allah nak bagi. Kuasa ALLAH boleh mengatasi segalanya. Kalau saya dimurahkan rezeki dan berpeluan buat memenuhi semua impian ni, saya tulis dalam blog yek.. muhahahhaa..


06 December 2012

Usaha, Berdoa, Tawakal & Positive = ;)

 Assalammualaikum..

Susah kan nak dapatkan otak yang 100 % Positive??

Biasa la.. kita kan manusia. Penuh dengan emosi, pergolakan dalaman, ada rasa marah, sayang, merajuk, terguris. Kekadang tu rasa marah kat diri sendiri pun ada! Dan yang paling tah apa-apa, rasa marah, sedih, sayu tanpa sebab!! 

Pernah?

Kalau kadang-kadang tu normal. Kalau selalu tu tolong pi jumpa doktor ye, takut-takut kot stress @ ada masalah. Ehemmm....dah macam pakar kaunseling pulak! Sila bayar bil perubatan di kaunter yek!! ;)

Saya nak cakap pasal isu sensitif ni. Pasal anak. Ok...saya dah hampir 6 tahun bernikah dan belum dikurniakan anak. Saya dan suami alhamdulilah, tiada masalah. Sebab tu saya tanam dalam fikiran saya, tiada rezeki. Tok-tok bidan kampung pun cakap tak ada masalah. Sampai 3-4 orang bidan kampung cakap tak payah la nak mengurut-mengurut ni, memang tak ada apa yang nak dibetulkan. Semua duduk elok je kat tempat.. Alhamdulilah.. kalau sorang dua mungkin saya tak percaya, tapi kalau dah semua cakap tak payah, siap ada yang saya pi nak mengurut, tapi dia takmau urut pun ada..

Doktor pun cakap ' Awak jangan risau, everything is normal and tip top!'

Saya rasa saya dah berusaha, soo...saya kena banyakan doa dan tawakal. 

Saya tak ambil bab sangat orang-orang kat sekeliling ni. 

Ada yang saja - saja tanya ' hang bila lagi? Boleh dah ni!' 
jawapan saya senang 'kalau boleh bagi tarikh, aku habaq dah kat hang, tapi tak ada rezeki lagi'

Tu kalau saya rajin nak menjawab la, time saya malas, saya senyum je.. takpun cakap 'takde rezeki lagi'.. Malas nak layan. Kalau budak - budak ok la tanya banyak kali sebab tak boleh fikir lagi, tapi bagi yang dah tua-tua ni bila buat-buat tak faham ni nampak macam tak matang la pula kan..

Saya ni senang je, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau nak mengata kat saya, kata la, saya dapat pahala free!! Alhamdulilah... terima kasih ye sebab bagi pahala free kat saya!! muuhahahahaa..

Cerita sikit la ye apa proses yg saya dah lalui kat hospital tu.

Nak dijadikan cerita, saya gi klinik swasta sebab terjatuh masa nk keluar dari kereta. Apa taknya, sambil mulut pot pet pot pet buka pintu & main langkah je. Terus terlentang!! Siapa suruh becok sangat! Xbaca bismillah  langsung nk keluar dari kereta, padan muka!! Last2 masuk kereta, gelak!!!!

Lepas balik pejabat tu rasa pening-pening. Tak tahan, terus je gi klinik. Doktor tu tanya pasal diri, dan bagitau dia yang dah 2 tahun kawen tapi masih belum mengandung. Dia dengan baik hatinya bagi surat suruh saya pergi rujuk hospital sakit puan kat hospitak kerajaan.

Kalau nak tahu, kita memang kena dapat surat saranan daripada doktor biasa untuk dapat rawatan kat hospital sakit puan tu. tak boleh main redah je tau!

Langkah pertama :
Doktor akan ambil data latar belakang kita. Pastu doktor suruh saya jumpa dia pada hari ke2 datang bulan. Suami pun kena check tau.

Langkah ke2 :
Bila haid (skima kan?) hari ke2, doktor akan check samaada telur ada atau tak. Lepastu check saiz telur dan bilangan. Saya pernah cakap kat doktor ' aik..ada 3 je, sikitnya!' Doktor tu jawab ' untuk perempuan 1 dah cukup, 3 tu kira banyak la'... hehe...mana la saya tau doktor ooii.. Doktor akan bagi ubat sebagai bantuan sekiranya berlaku persenyawaan.

Langkah ke3 :
Hari ke7 kena gi lagi, untuk check saiz telur gak. Telur yang normal akan membesar. Saya normal. Saiz membesar mengikut bilangan hari. Alhamdulilah.

Langkah ke4 :
Kena ulangi semua tu sampai 3 kali, kalau tak jadi juga, kena buat  HYSTEROSALPINGOGRAPHY
( HSG ). Haaa...panjang kan nama tu! Hsg ni sat je, dalam 15 minit je. Keputusannya pun boleh nampak terus, doktor akan masukan cecair berwarna, so bila tengok kat skrin, akan nampak cecair tu memenuhi ruang, kalau tersumpat ke, bocor ke, boleh nampak terus. Canggih kan??




Proses hsg ni gagal. Tak tahu kenapa, tapi cecair tu gagal dimasukan.

Langkah ke5:
Yang ni saya lupa nama apa. Prosesnya kena masuk hospital. Doktor akan buat lubang (tebuk) di kiri dan kanan pinggang, pusat dan kat ari-ari tu. Doktor akan masukan camera untuk tengok dan sekiranya ada tersumbat doktor akan terus cuci. Masa ni la doktor kata saya tip top. tak ada tersumpat @ masalah langsung. ' Awak jangan risau, everything is normal and tip top!'

Langkah ke6:
Ualangi langkah ke3.. Banyak kali kena buat.

Langkah ke7:
IUI.. yang ni saya tak buat.

Saya dah berhenti buat rawatan sekarang ni. Saya berhenti masa bulan terakhir untuk langkah 6, kiranya bulan sepatutnya saya buat IUI. Malas la nak berulang-ulang gi hospital. Saya rasa penat sangat. Mungkin semangat saya tak kuat, sebab tu la saya berhenti. Tapi tak bermakna saya kalah tau! Cuma naluri saya cakap 'gunalah senjata yang paling halus, iaitu doa'. Insyallah dengan 'senjata' tu, saya percaya mengubat segalanya..


Semua langkah ni makan tahun tau! Biasa la..nak free.. Kalau banyak duit boleh la gi swasta. ;)

Saya bukan putus asa, tapi saya rasa macam .....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

tak tahu nak guna ayat apa untuk menggambarkan 'rasa' saya tu. Takpe la, yang tu biar saya simpan dalam hati. Apapun, saya sangat percaya pada rezeki ALLAH, dan saya sangat percaya ada hikmah disebalik semua ni. Itu tandanya DIA sayangkan saya. Sebab tu dia bagi saya 'rasa ini'.

Ok! tetiba sedih!!!!!



Wassalam...

;)


05 December 2012

Istambul Aku Datang ~~ pandangan saya!


Assalammualaikum..

Mesti dah ramai orang tengok cerita Istambul Aku Datang kan?? Saya ni macam biasa, sentiasa ketinggalan. Baru je tengok semalam. Beli kat Astro. Bagi BUKAN penggemar tengok wayang macam saya ni, satu pencapaian besar tau beli filem kat Astro ni!!! Kira teringin sangat la tu..

Cerita ni betul-betul sekadar cerita. Bagi saya tak banyak contoh @ benda yang kita boleh ikut. Kasar pulak bunyinya kan?? Eeeemm.... BAGI saya cerita ni terlalu terbuka la.. 


Satu  : Perempuan duduk serumah dengan lelaki.

Dua   : Main peluk sesuka hati. Ayat yang saya rasa nyampah ' Kat KL ok je u peluk i '   
           wahhhh.....si lelaki pun jawab, ' ni negara islam ...' 
            MALAYSIA JUGA NEGARA ISLAM YE!! 

Tiga   : Ada adegan yang si lelaki nak kiss awek dia kat kedai tu! 
         disebabkan awek tu merajuk sebab tadi masa dia peluk pakwe dia marah, 
          so dia palingkan muka! Wahh..wah...wah..sesuka hati je yek..


Tapi remaja-remaja mesti suka sangat dengan cerita ni. Sebab ni la sebenarnya 'impian' korang  kan. Nak dapat boyfriend  macho yang boleh pertahankan korang, yang romantik, yang sweet, yang sempoi.. Kan..kan.. Jangan nk tipu yek.. Hey! saya pun remaja dulu. Tapi sekarang ni dah jadi remaja purba!! muhahahaa... wweekkkk!!

Saya anggap cerita ni 'cerita dongeng' yang eeeemmmmm..yang apa yek??
yang.. 
yang..
yang.. 
yang kita tengok tapi kita memang tak boleh jadikan contoh dan teladan. Hanya hiburan kosong!



Yang bagusnya cerita ni ada 1 je. Watak Lisa yang sangat berdikari. Nampak macam lurus, tapi sangat berdikari. Tu je..



Ni pandangan saya je tau! Pandangan remaja purba yang sangat ikhlas!!

Jangan marah-marah ye..

pisssttt..pistt..macam la pandangan i ni penting sangat kan...kikiki..

NOTA : KORANG TU MAKNANYA HAMPA.. ;)

04 December 2012

Idaman kalbu!!

Assalammualaikum..



Saya nak sangat kerusi malas macam tu. 
Alangkah indahnya kalau dapat! 
Santai-santai sambil tengok ikan & pokok kat laman. 

;) 

Syurga dunia namanya tu! 
Suka!




Tapi..
Kerusi malas camni memang tak tercapai rasanya!
 kalau takat yang macam rotan biasa tu boleh lee kot..
 Ala.. yang ada kat pasar malam tu..

Jadi la kan..
;p

 


03 December 2012

Siapa kata susah?


Assalammualaikum..

ada anak kecil dan mengandung pun bukan halangan nak menunaikan umrah.

Comel sangat gambar ni kan? 
Saya kagum sebenarnya bila pasangan yang dah dapat baby tapi langsung tak anggap baby tu satu masalah. Maksud saya, ramai sangat pasangan yang ada baby ni mengeluh nak buat apa tak boleh sebab ada baby. Susah katanya. Err..terpulang la ye, tepuk dada tanya minda.
 Pandangan saya mudah, kalau kita anggap anak kita ni menyusahkan, 
suatu hari nanti dia akan anggap kita ni pun menyusahkan.

Ini cuma pandangan saya.

;)



comel!!!


Semoga suatu hari nanti saya pun dapat bawa anak gi umrah.

;)

29 November 2012

Ini sangat!!!

Assalammualaikum...

Ok.. ni memang sangat2 ggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!
Nasib baik masa jumpa kereta ni saya tak drive! 
Memang terkejut  masa nampak ni!!!!
So kalau mai Perlis, berhati-hati ye..


Saya rasa tak patut betul pemilik kereta ni buat macam ni, 
kalau la ibu mengandung ke yang tengok, 
orang yang lemah semangat ke..
memang dup dap dup dap la!!!
 
Saya yang tak lemah semangat ni pun terkejut!!

Tak patut betul la!

Ada ke letak topeng macam tu!




Mau tak terkejut!!

27 November 2012

My Ruang Tamu


Assalammualaikum..

Tetiba rasa kesian kat ruang tamu rumah, asyik letak gambar dapur je kan..

Ruang tamu saya kosong lagi, sofa pun tak ada lagi. 
Kami cuma beli bean bag je. 
Sorang 1.. 

;)



Sini la tempat lepak tengok tv.




Ni pintu depan, tapi yang guna pintu ni saya je. tu pun untuk pergi & balik kerja. 
Suami guna pintu tepi. Kalau ada tetamu mai pun masuk ikut tepi.. 




Sebelah pintu tepi saya letak meja makan. Meja makan ni ehsan dari ayah. 
Saya angkut dari rumah pusaka.
Suka sangat! Selesa, bila duduk memang malas nak bangun!

Kalau tetamu datang, sini la tempatnya. 
;)



Ni pemandangan dari tempat lepak depan tv tu. 
Impan saya nak buat 'sesuatu' yang menenangkan kat kawasan tu. 
Sambil layan tv, sampil 'damaikan' mata. 
Baru ada 2 pasu pokok je buat masa ni. 
Doakan bagi ada rezeki ye, macam2 idea nak buat kat situ!!



26 November 2012

Roti Mariam & Sup Ubi Kentang

Assalammualaiku..

Ehem...ehem... nak cerita ni. Hari ni saya cuti. Sakit perut. Yang hairannya, sakit perut tapi perut ni tau je lapaq. Ingatkan bila sakit tak lapaq!! hehe..

So..dengan penuh gaya muslimah, saya bangun & tengok apa yang ada. Tekak ni nak makan yang simple tapi menyelerakan. Mengada-ngada betul kan? Muhahahahha...Belek2 buku, tengok2 dalam 'kedai runcit'. Ok!! Set nak buat Roti Mariam & Sup Cendawan Krim.

Bahan2 untuk roti mariam cukup, tapi untuk sup cendawan krim tak cukup. Tiada cendawan dan tiada krim!! Guane nak masak?? Tengok2 lagi, jumpa ubi kentang! Ok, kita ubah sup cendawan krim kepada sup ubi kentang!!


roti mariam @ roti fidayu
;)

Buku masakan yang saya sayang!


Ni la doh pertama dalam hidupku. Sebelum ni tak pernah mengadun doh gaya gini tau. 
Campuran doh tu ialah 4 cawan tepung gandum, sebiji telur, 
2 sudu besar margerin (cairkan) dan air secukupnya,

eh..lupa, garam sekit ye.

Bahagikan doh tu besaq2 penumbuk. Saya dapat 7 doh kecil.

Rehatkan.. Tutup dengan kain basah. Taknak bagi doh tu kering.
Siapa yang belajar Kejuruteraan awam? Ingat tak sistem kuring?
Haaa...teorinya sama je! Supaya tak berlaku pemejawapan.

termasuk bab kejuruteraan awam pulak..
muhahaha..

selepas 30 minit, canai.. 


Saya takde papan & kayu yang nak gulung2 tu. Sooo..saya guna papan pemotong dan gelas macam dalam gambar tu! Usaha tangga kejayaan. Takde alasan tak cukup peralatan takleh masak tau.



Pastu..goreng la dalam minyak yang penuh dan panas!!

Dengan sendirinya dia kembung.
;)











sup ubi kentang ala fidayu
;)



Saya banyak cut sebab bahan pun cut kan..

Mula2 rebus 4 biji ubi kentang sampai empuk.

Ok, masukan marjerin dalam 2 sudu, tumis bawang putih 3 ulas dan 1 ulas bawang besar (letak yang saiz besar) yang dah dipotong dadu. Naik bau, masukan tepung gandum 2 susu. 

Masukan air rebusan ubi kentang tu, sikit2 ye.. Kawal jangan sampai tepung berbiji.

Masukan kiub ayam. Kalau ada stok ayam yang buat sendiri tu lagi sedap!

Masukan ubi yang dah dipotong. tinggalkan 1 biji.

Masak dalam 10minit, tutup api. Biar sejuk dan kisar semua yang dalam periuk.

Masukan balik dalam periuk, 
letak ubi kentang yg tinggal td tu, ng tak potong dadu pulak..hehe..
tabur oregano dan lada.

ni sebelum dikisar.

SIAP!




Bagi saya, sedap dan mudah. Sup tu walaupun tak cukup syarat, tetap sedap. 
Kita boleh olah ikut naluri kita. 
Capai apa yang ada je.. 
Resipi asal dari buku Bukan Sekadar Resipi Puan Roza Roslan.

;)


Cuba la..insyallah tak menyesal.
;)