hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

30 April 2012

main sorang2

assalammualaikum..

ni,nak cita sikit ni.. saya ada kawan opis yang sangat kuat kerja. lagipun memang dia banyak kerja. dia je juruteknik yang ada. bahagian bangunan pun dia, unit pemantau pun dia. nasib la yek.

yang peleknya,dia ni walaupun bz, dia sempat lagi main game yang saya main zaman sekolah rendah!! yang dasyatnya dia main sorang2!!!! dia kata dia jujur dengan diri dia!! main dengan penuh ikhlas, xde tipu2!! ishh.. pelek tapi benar!!

dia main game yang X dan O tu.. buat silang, pastu tanda X dan O.. kalau boleh jadi 1 line,dia menang!!


kesian pun ada :P

semoga dia normal..hehehehe..

29 April 2012

astro free!!!

assalammualaikum..

wahhh...best2!!!!!! astro bagi 130 chennel free selama 10 hari!!!!!! so..jom layan!!!



dah 2 hari saya nganga depan tv :))

27 April 2012

roza roslan


assalammualaikum..

buku-buku ni akan keluar tak lama lagi. dah lama saya tunggu buku ni keluar!! saya akan pastikan saya jadi antara pembaca edisi pertama buku ni!!!




:)

jubah

assalammualaikum..

hari ni saya pakai jubah yang kakak saya tolong belikan dari QATAR..

sooooooooOOOOooo hari ni bajet minah arab la kan.. :) jubah ni sangat selesa!! suka sangat.. walaupun nipis,tapi tak jarang! pakai kul 2 tengah hari pun ok je.. tak de panas melampau!!

suka!

ada juga rasa macam nak pakai jubah jeee.. sebab senang + dah tentu2 tutup aurat + selesa + cantik dimata saya!! insyallah... dengan izin darinya, mungkin suatu hari nanti impian tu akan terlaksana.

apapun, yang penting, niat dan kemahuan dalam diri tu ada.

doakan semua tu terlaksana yek!!

walauapapun penampilan kita, yang penting hati..
soooOOoo bersihkan hati kita dulu.


:)

25 April 2012

minah kampung :)

assalammualaikum..

ramai yang tak suka bila digelar minah kampung kan?? ulu katanya.. tak up to date langsung! tak amarika!! hehehe.. tapi.................................. SAYA SUKA JADI MINAH KAMPUNG. saya tak kisah langsung orang anggap saya budak kampung. kenapa nak malu?? dah memang saya dilahirkan kat kampung, dah memang saya saya bersekolah di kampung, dah memang saya bekerja di kampung.

lagipun saya lebih suka nat (pasar pagi) daripada tesco!

saya lebih suka pasar malam dari uptown!

saya lebih suka ikan segar dari ikan mata merah kat pasaraya tu!

:)

jangan marah ye orang bandar..


23 April 2012

lapaqqqqq!

assalammualaikum..

saya tengah lapaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

abang pun tak balik kerja lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

lapaaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq ni.






nak makan macam kat atas tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

21 April 2012

rasa apakah ini?

assalammualaikum..

rasa apakah ini?
saya tak tahu..
saya juga tak faham.

biarlah..
DIA lebih mengetahui perasaan ini.

biarlah.

lunak


16 April 2012

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

15 April 2012

rumah kayu


assalammualaikum..

rumah kayu milik arwah chaq dan tok ni ialah peninggalan yang paling saya sayang. rumah yang menadi 'syurga' ketika zaman kanak-kanak. rumah yang tertanam 1001 kenangan.

di sini kami 3 beradik 'dikuarantin' semasa demam campak. di sini kami tidur berlapikkan daun pisang. di sini kami bermain masak-masak. di sini kami memanjat pokok sawa. dan di sini juga arwah tok meninggal. di sini juga arwah chaq memasak selepas tok meninggal. di sini segalanya..

arwah chaq yang bina rumah ni. arwah chaq kata ruma ni rm2000 sahaja. tukangnya ialah tok ngah. setiap lapisan cantuman kayu, dibuat dengan teliti. saya sayang rumah kayu ini. lepas chaq meninggal, rumah ni menjadi milik ayah, anak tunggal arwah tok dan arwah chaq.

tak lama lagi, saya akan berpindah dari sini. selepas 3 tahun tinggal di sini, berat rasa hati nak meninngalkan rumah kayu ini. tapi saya ada matlamat saya sendiri. saya perlu berpindah dan mengumpul 'harta' saya sendiri. itu yang saya belajar dari arwah chaq dan arwah tok. masa arwah chaq berkahwin denga arwah tok, arwah chaq cuma ada basikal tua. dengan basikal tu arwah chaq pergi bekerja. mengumpul duit dan membina rumah ini. itu cerita arwah chaq.

arwah chaq sangat bersemangat bila bercerita tentang kepayahan dia mencari rezeki. betapa sukarnya dia mencari duit, betapa sukarnya untuk dia membeli motosikal. betapa payanhya dia mengumpul duit membeli tanah.

rumah kayu ini akan sentiasa dihati.

:)

14 April 2012

cat!!

assalammualaikum..

insyallah.. 2minggu lagi rumah saya akan 'digodek-godek'.. tak tambah apa pun.. cuma buat tembok dan porch. sang suami dah 'chup' awal-awal nak cat warna kelabu!! tapi,saya nak warna putih... :(

hemmmmmm...citarasa kami tak pernah sama!!



cat macam ni la :)












takpun macam ni :) nak beli handbag dah tak mampu,so cat uamh je la!! :)










tompok-tompok tahi unta :)













LV ok!!!













ombak..ombak...













tolongggggggggggggggggggggggg...nak cat warna apa ni??





so..ada idea?

13 April 2012

damai!!


assalammualaikum

saya nak ruang yang sejuk mcm ni :)
rasa tenang je bila balik rumah.

abang, tolong merialisasikan impian ayang yek :)

nasi padang!






assalammualaiku..


ok, saya rasa sangat- sangat rindu kat nasi padang!!  bila la nak dapat merasa lagi.. gambar no.2 tu ikan belut, sedap ooOOooo!! rangup!!  
oh rasa macan nak pi indon je!!
lepas makan balik le

:)

12 April 2012

Orang kata!

assalammualaikum..

alahai.. makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni asyik komen je bila saya nak besarkan rumah. duduk berdua je, buat apa nak besaq-besaq katanya! bukan ada anak lagi nak buat rumah besaq-besaq katanya!

kalau ikutkan nak je saya jawab>>>>> saya tak mau jadi macam u all, umoq 40 baru nak beli rumah, dapat duit pencen baru nak buat umah besaq-besaq! hidup lagi 5 tahun pastu mati!! anak-anak berebut nak rumah!!

tapi tu jawapan kalau ikutkan hati le....

11 April 2012

kat rumah jeeee.









assalammualaikum...

:)) alhamdulilah,percubaan pertama berjaya! 
suami kata sedap dan boleh buat lagi :)) 
kawan-kawan pun cakap sedap. 


berbaloi-baloi.. lepas ni dah tak payah makan kat luar.... :)


10 April 2012

my PC + silver + pink

assalammualaikum..

Saya masih rindukan pc lama saya ni.

rindu sangat nak guna pc yang tak pernah buat hal, tak pernah buat saya tension dan yang paling penting, tak penah hilangkan data-data kerja.

Ni la baju raya kami. :) tetiba kan!! hehehe...
bila la dapat nak berkumpul macam dulu-dulu kan?

Baju raya korang tahun ni warna apa???  tu aje la tajuk perbincangan kami sebulan sebelum puasa!! 
ishh...rindunya zaman-zaman tu. zaman jahit manik kat opis. zaman makan kuaci kat tempat kak asma. zaman gosip-gosip yang tah apa-apa tajuknya. zaman bulut tak pernah diam!!

zaman kanak-kanak hebat dengan aksi-aksi berbasikal lepas tangan sambil layan "kona". zaman remaja indah dengan aksi malu dan perubahan menjadi dewasa. zaman poli 'dunia' dengan kenangan duduk rumah sewa dan bercinta :) zaman bekerja dasyat dengan pengalaman mendewasakan.

:)

09 April 2012

07042004-07042012

assalammualaikum..

       07042004 ialah tarikh kami bercinta. tarikh yang sentiasa suami saya ingat :) saya bukan tak ingat, tapi saya dilahirkan sebegitu..hehe.. kata suami 

    " sepatutnya ayang yang kena ingat semua tarikh-tarikh penting kita tau! abg ni suami, ayag yang kena ingatkan abang "

     ayat tak puas hati sangat kan! apakan daya...saya memang bukan jenis ingat tarikh-tarikh ni.. :) sepanjang perjalanan balik dari Sungai Petani ke rumah, kisah lama jadi tajuk utama. Kenangan 8 tahun lepas segar kembali. dan seperti biasa, suami lebih mengingati segalanya :) 

      saya tak tahu cerita kami akan berakhir dimana. saya tak tahu di mana perenggan terakhir cerita kami. saya tak tahu muka surat berapa noktah cerita kami. saya tak tahu sehingga bab berapa cerita kami. saya tak tahu semua tu. hanya DIA yang tahu. kerana DIA menentukan segalanya.                                                                                                                                                                         

     cinta kami pasti ada penghujungnya. tak kisahlah penghujungnya bila.... bagaimana... pahit.. indah.. yang pasti kami tahu suatu hari nanti perpisahan akan ada. 

      siapa yang pergi dulu tak penting, perkara yang lebih penting adalah hati kami. kerana hati dan perasaan tak pernah menipu. 

      jika ditakdirkan saya pergi dulu.. saya tahu kenangan saya dan dia takan luntur difikiran dia. saya tahu rindu dia pada saya akan menebal. saya pasti cinta dia pada saya akan terus menggunung.

Ya Allah.. benarkan saya dan dia berbicara dan mengenang kisah cinta kami hingga mata tertutup. Bahagiakan kami sehingga ke akhir hayat. Tenangkan hati kami. Lapangkan hati kami. Ya Allah, temukan kami di syurgamu..

05 April 2012

cerita kami


assalammualaikum..

saya tak tahu kenapa, lepas baca post kawan saya ni, rasa sesuatu. touching!! air mata bertakung. walaupun ayat yang dia guna simple, tapi terasa hingga ke hati. saya juga seperti dia, terlalu sayangkan kisah kami.

mungkin persahaban orang lain lebih hebat.. mungkin persahabatan orang lain lebih erat.. tapi saya sudah cukup berpuas hati dengan persahabatan kami.. saya tak perlukan kisah sehebat orang lain.. saya sudah cukup bahagia dengan kisah ini..

Ya allah.. pelihalah persahabtan kami, jadikan kami sahabat yang sentiasa menyokong satu sama lain, jadikan kami sahabat yang sentisa membetulkan kesalahan sahabat-sahabat kami, jadikan kami sahabat yang sentiasa mendoakan sahabatnya, jadikan kami sahabat yang saling mengingati sahabatnya tentang dunia dan akhirat, jadikan persahabatan kami seikhlas dan secuci persahabatan Kekasihmu dan sahabat-sahabatnya.
amin..

doa sahabat kepada sahabatnya insyallah didengari oleh Nya


:)

awat fb oiiiiiiiiiiii

assalammualaikum..

ni,makcik nak tanya ni,awat tak tau fb ni tak boleh buka? bukan makcik punya ja,suami makcik si fariq reevo pun jadi benda yang sama!! banyak hari dah niii..

ish..tergendala aktiviti sosial makcik.

tak like langsung!!!







keluaq macam ni je..

perlis FM :)

 assalammualaikum..

shuuuuuuu... malu nak cita ni..
kemarin saya kena bagi penerangan pasal kerja saya kat perlis fm..
hehehe...malu kot suara keluar radio! :P
walaupun orang tak nampak muka, tapi MALU ok!!
perasaan takut tu macan nk gi interview tau! terus teringat yang last saya baca rob'bish sh'rohli  masa interview dulu. dah 1 tahun kot!!

nasib baik slot tu 45minit je..
en.DJ tu nampak yg saya ketaq..
tapi yang bestnya en.DJ cakap, takpe,saya pasang lagu banyak cikit..

wuuhuuu!! i like!!

suara saya ketaq ok!!

satu lagi pengalaman baru yang best!!

:)

indahnya hidup ini..

hehe..puluns pulaks

03 April 2012

benarkan..




"benarkan kisah ini berakhir"
"benarkan kisah ini bahagia"

:)