fidayu mohd shobri
serikandi 5 minit
hamba Allah

- fidayu mohd shobri
- senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

28 February 2020
24 February 2017
1 abad
Assalammualaikum..
16.02.2007 - 16.02.2017
Satu abad
Sepuluh tahun
3,650 hari
Lama Kita bersama, lali dengan rutin, terbiasa dengan pael.. Lenggok jalan, bunyi berdehem, bayang pun dah kenal.
Awak, moga panjang jodoh Kita.
Moga bahagia kisah Kita.
Moga damai hati Kita.
Awak, terima Kasih untuk segalanya..
22 June 2016
Perempuan..
Perempuan itu aneh.
Perempuan boleh menangis dikala hatinya berbunga, ketawa dikala hatinya rapuh,senyum dikala hatinya robek.
Perempuan itu pelek.
Perempuan boleh diam dikala dadanya penuh. Perempuan boleh membebel dikala hatinya kosong.
Perempuan.
Aneh.
Pelek.
Terkadang jelek.
Merungut semua benda. Menempek semua bahasa.
Bersiul semua lagu.
Perempuan itu terkadang halus. Bisik saja kata sayang, longlai. Seperti tidak utuh pendiriannya.
Ahhh..perempuan. Goyangkan buaian sudah letih, inikanpula dunia. Macam dicampak kapal atas kepala. Bohong kata mampu. Bohong.
Perempuan. Emosi. Semua betul dikatanya salah. Semua yang salah dikatanya pedoman. Gila.
Gila. Gila. Gila.
Perempuan. Akan jadi istimewa hanya untuk yang layak. Hanya jadi wangi pada hidung yang betul. Hanya jadi penyejuk pada jiwa yang tepat. Hanya jadi pelindung pada arjunanya sahaja.
Perempuan.
Perempuan itu aku.
Serikandi lima minit.
29 April 2016
Aku tak pasti itu
28 April 2016
Rindu
Terlalu lama serikandi sepi
Kontang
Bahagia mungkin
Malam ini dia datang
Jenguk yang ada
Senyum
Rindu?
Disapanya aku.
Entah.
Jawabnya aku.
Jawapan bocor tanpa rujukan
Gila untuk menjawab.
Kaseh
Lama betul rindu pergi
Entah mana perginya. Kenapa tak pulang? Sesat? Hilang dalam nyata? Mati?
Serinkadi ketawa
Senyum sinis
Dia tanya dah pernah rasa ada? Aku jawab entah.rasanya ada,tapi campingnya kekal.
Bodoh
Tutup mata, pandang jiwa, jumpa kaseh sekelip nafas, sesat dalam nyata. Betul kata serikandi, aku rasa tapi tak rempuh.
Bodoh
Bodoh
Bodoh
Aku tahu, langkah tak pergi.
*beku
*beku
*beku
Serikandi pergi tanpa pulangkan itu
Kaseh, sampaikan salam pada rindu. Katakan aku rindu. Serindunya. Tetap macam dulu
11 October 2015
setahun
assalammualaikum..
rupanya,dah setahun ummi jaga uzair. ayat biasa yang orang cakap... "sekejapnya dah setahun". bagi ummi, masa berlalu tanpa ummi perasan pergerakannya. sungguh. setiap hari bersama uzair, indah! setiap hari takterasa waktu berjalan bila melayan uzair. tambah la sekarang ni, makin bijak anak ummi. dah pandai buat bunyi macam2, merap pun pandai..tak bagi ummi masak, suh lepak dpn tv dengan dia jeee...
qeif uzair, tadi tiba-tiba je ummi terfikir, kalau ummi xjaga uzair dulu, ummi takan perasan yang masa berlalu.. mungkin ummi masih leka dengan shopping online jee.. huhu
uzair, terima kasih untuk satu tahun yang sangat membahagiakan ini. terima kasih untuk segalanya anak.
happy birthday sayang.
19.09.2014 - 19.09.2015
yeaaaa dah 1 tahun!
17 September 2015
ragu
assalammualaikum...
"iman yang baik dan mulia pun allah tak benarkan diwarisi, inikan pula sifat yang jahat"
itu yang saya pegang bila jiwa tekadang terjentik dik cakap orang yang risau nak ambil anak syurga ni. yelah,tak semua orang boleh hidup, boleh sayang, boleh bersama-sama anak syurga ni. adalah satu dua email yang cakap dia sunyi, tapi entah lah, dengan anak2 "camtu" macam tak boleh je nak sayang.
sedih sangat bila baca email mcm tu. selalunya saya tak balas email mcm tu. biarlah... tak ada paksaan pun. awak hidup lah dengan kesunyian tu ye.. biar kami yang tak ada masalah dengan anak2 "camtu" ni yang jaga. biar kami yang membela. awak teruskan hidup awak yang sempurna dan baik tu okey.
dalam islam, anak yang dilahirkan itu suci bersih. langsung tiada dosa. tapi masyarakat suka sangat beranggapan sifat anak akan terikut perangai mak bapak. mungkin sebab banyak sangat cerita "orang tu ada bela anak angkat sorang, anak sendiri semua jd baik,anak angkat dia je jadi jahat"..biasa dengar kan? kan?
saya biasa dengar, tapi tak pernah jumpa sendiri pun.. dongeng kottt...
cuba perhati, dalam satu keluarga, selalunya akan ada sorang yang bijak, sorang yang sederhana, sorang yang kurang bijak, sorang yang sangat baik, sorang lagi tak baik sangat. tu tak cite lagi yang rajin, yang malas. normal kot dalam satu keluarga tu kalau ada macam2 perangai. nape nak kena risau n fikir bukan2 hanya sebab dia tak kongsi DNA dengan korang? yang sama DNA pun ada yang ok ada rabak. tak gitu?
sedih dengan perasaan macam2 uols tu.. dah la tak ada anak, ehhh pandang baby yang tak berdosa tu macam dosa tinggi menggunung pula. layaklah uols tu hidup kesunyian..
pagi petang,siang malam, tengokjelah muka uols yang suci murni ni.. ok.. tata..