hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 May 2012

pahala

assalammualaikum..

masa meeting kemarin, big bos saya cakap, kerja menyelesaikan masalah orang ni banyak dapat pahala. terus rasa semangat nak bekerja, almaklumlaaaaaaa...kerja saya memang menyelesaikan masalah insan-insan yang mempunyai masalah dalam kehidupan.

oopppssssss...saya bukan kaklong, saya cuma nak tolong. :))

hehehe..ok2, saya cerita sikit pasal kerja saya yek. kalau boring, korang skip je perenggan ni yek. terpulang kepada selera masing-masing.( macam la ramai sangat yang baca blog ni kan?). kalau ada permasaalahan berkenaan perumahan selalunya akan dirujuk kepada saya. antaranya masalah lori projek keluar masuk taman, lori mengotorkan jalan, rumah retak sebab lori asyik masuk, keselamatan anak-anak penduduk tak terjamin sebab lori banyak dan lain-lain masalah.kalau saya nak senaraikan, banyak sangat kot :)

bagi saya penyelesaiannya mudah. sabar. sabar adalah ubat paling berkesan. dan selalunya orang yang buat aduan tu cakap, dah lama kami sabar. dan seperti biasa,selalunya saya akan senyum dan cakap, saya akan selesaikan masalah ni, bagi saya masa. dalam hati saya sebenarnya ada jawapan yang lebih konkrit. ' encik, setiap pembangunan pasti ada baik dan buruknya. baiknya negeri akan maju. akan banyak kemudahan yang akan dibina. buruknya, semasa pembinaan, penduduk sedia ada akan terganggu sepanjang pembangunan dijalankan, biar masa menentukan segalanya. tidak ada kesempurnaan dalam mana-mana pembinaan. sabarlah encik, saya juga pernah mengalaminya. tapi saya sabar dan apabila pembangunan itu siap, saya juga dapat faedahnya. jiran lebih ramai, kedai-kedai pun banyak dibuka.'

saya rasa manusia hari ini makin kurang sabarnya. bahasanya pun makin tidak beradap. maaflah, saya malas nak layan orang yang tidak beradap.

sedarkah Allah sedang menguji encik?
apa guna encik menjadi ahli masjid kalau bahasa yang keluar dari mulut hanyalah bahasa kesat?

sabarlah, saya berjanji akan menjalankan kerja saya sebaik baiknya.
sabarlah, saya akan membela nasib encik jika encik dipihak yang benar.
sabarlah..

dan senyumlah..

30 May 2012

untuk dia


suka lagi ni... sedap je.. relex je..

29 May 2012

selesanya KEPOMPONGKU!

assalammualaikum..

orang selalu je cakap
'kita kena keluar dari kepompong untuk berjaya, kalau tak keluar dari zon selesa, macam tu aje la hidup u sampai bila-bila' 

berani ke nak keluar dari kepompong?
boleh ke nak hidup luar dari zon selesa?
dah fikir habis ke nak buat anjakan paradikma ni?

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh...banyaknya kena fikir kalau nak buat benda yang luar dari kebiasaan!!
saya akui saya memang penakut. saya memang tak berani untuk keluar dari kepompong, iaitu zon selesa saya! dah lama saya perasan masalah saya ni. dah buat kajian dah :) saya dh buat kajian kenapa saya belum berjaya. dan jawapannya...........memang saya takut keluar dari kepompong!

saya pernah nak bisnes makanan, dah cari cara-cara nak buka gerai @ kedai. saya tahu prosedur2 yang kena buat sebelum buka bisnes makanan. saya tahu kena buat lesen, kena cucuk kat jabatan kesihatan, kena tu,kena ni..semua saya tahu. tapi saya tak buat.

saya pernah nak buka bisnes pertanian, dah jumpa pegawai dari fama. dah tahu cara nak mulakan, cara nak dapat pinjaman, cara nak buat kontrak dengan fama. dah cari tanah untuk disewa. semua saya dah belajar. tapi saya tak buat.

saya tak buat sebab saya takut dengan diri sendiri.saya tak suka keluar dari kepompong saya.

selalu saya berfikir, saya terlalu banyak masa lapang,kenapa tak buat sesuatu yang memberi impak yang besar dalam hidup? kenapa asyik berfikir dan tak buat? kenapa malas sangat ni????

saya pernah dengar, dato' maznah hamid cakap, mulakan bisnes pada usia 27tahun dan anda akan jadi jutawan pada usia 40tahun! jika anda masih belum menjadi jutawan, ada yang tak kena dengan bisnes itu, buat sesuatu!!

sejujurnya kata-kata tu tak pernah saya lupa. selalu bermain-main sambil melompat-lompat kat fikiran ni.

so,perluke saya keluar dari keselesaan saya ni?


p/s: saya nak melihat dunia




26 May 2012

pengorbanan

assalammualaikum..

lamanya tak bercuti.. duduk rumah je..  kalau dulu wajib jalan-jalan.. boring kalau duduk rumah je.. tapi ni la namanya pengorbanan, untuk rumah baru.. kami kena la berjimat cermat. memang tak ada peruntukan / bajet / belanjawan / RM  untuk berjalan-jalan.

sedih sebenarnya.. bagi spisis yang suka berjalan macam saya ni, agak stress ok! saya dah biasa berjalan-jalan dan berjalan-jalan dan berjalan-jalan.

tapi takpe la yek.. ada 'hadiah' untuk pengorbanan tu..

apapun, jom senyum & bersyukur

:)



bukit merah 




pulau pinang


PD


sabah


pulau karimun, indon


genting



iCity




serawak



melaka





hadnyai


kuala sepetang


24 May 2012

tersentuh


assalammualaikum..
tadi saya membaca blog penulis kegemaran saya, ROZA ROSLAN dan cerita ni sangat terkesan!
-
-
-
-
-

Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

tak perlu faham

assalammualaikum..

kemana, dimana, bagaimana, kenapa, semunya soalan. jarang sekali melafaskan rasa syukur, alhamdulilah.. terleka ataupun terlupa ataupun terlalu berat melafaskannya. perlukah diingatkan? perlukah mengingati? siapa kata hati tak pernah menipu? kenapa kata naluri selalunya benar? persoalan tak pernah habis, saban hari, setiap masa malah tak pernah lekang merasainya. terasa seperti manusia asing yang sangat kerdil. sekecil semut ataupun sehalus zarah, itu tak pasti. apa yang pasti ialah semuanya milik Allah.

membiarkan keindahan berlalu bak melihat rezeki melintas depan mata, tanpa usaha ianya hanya harapan. tanpa kecekalan ianya bak bulan tanpa bintang, seakan uda tanpa dara, sekelat tea tanpa gula, tak seindah senyuman yang menguntum. begitulah hati, adakala berbunga tanpa sebab, kekadang merajuk tanpa alasan, betulah kita diciptakan, penuh ketelitian, jadi perlukah kita tidak bersyukur.

kekurangan bukan sesuatu yang diminta, agghhhhhhhh....mereka juga ingin seperti kita, bahagia dengan cara sendiri, mungkin dipandang biasa bagi diri, tapi itulah impian mereka yang melihat. jadi, kenapa perlu dipandang sepi kekurangan itu? soalan lagi..bolehkah hidup tanpa soalan? ataupun, adakah ayat lain yang boleh menggantikannya.

jangan soalan lagi, bersyukurlah..



akhir kata..

tak perlu faham..
cukuplah sekadar bersyukur.

:)


18 May 2012

hari yang superrrr bz!

assalammualaikum..

hari ni ialah hari yang tersangat bz!! rehat pun tak balik..boleh dikatakan sejarah la hari jumaat saya tak rehat.. selalunya kul 12 je dah start keta balik umah,takpun ronda-ronda kota raya!

hari ni kerja sangat banyak sampaikan saya minta tolong kakak opis yang merangkap BOS saya, yang grednya lebih tinggi dari saya tolong gantikan saya pergi melawat tapak yang sangat bermasalah!!!

BOLEH GITU?????

saya??? saya tak dapat gi sebab saya ada meeting terkejut tergempaq!!

catat rekot kot.. saya yang bawahan ni minta tolong orang atasan buat kerja..

nasib baik la kakak tu baik hati. walaupun kerja dia pun super bz, dia pi juga tolong saya yang kerdil ni..

tq kak nisah.. ALLAH je dapat membalas jasa baikmu..
















otak saya sangat letih..

13 May 2012

baju kurung la sangat!!

assalammualaikum..

baju yg saya pakai tu, buatan saya sendiri ye.. jangan tak percaya yek.. :)

minggu ni sabtu & ahad saya belajar menjahit. best sangat!!

2 hari baru siap baju je.. minggu depan baru buat kain..

susah rupanya menjahit ni..

kelas ni 7 orang je, so cikgu boleh la bagi tumpuan kat sorang2.. TQ to PM yang wujudkan kursus 1 Malaysia ni.. kalau takde kursus ni,tak merasa la nak pakai baju buatan sendiri. kalau nak belajar kat luar tu agak mahal la.. kain pun dapat free je..

saya tengah senyum ni..

puas dapat buat baju sendiri..



























rasa macam nak beli mesin pulookk!!!

:)




ni cikgu su

09 May 2012

Noorah

assalammualaikum..

saya baru je habis baca buku ni.
anda yang rasa diri anda malang, diri anda tak disayangi Allah, diri anda yang terlalu banyak dugaan tu, baca la buku ni. saya pasti anda akan rasa betapa beruntungnya anda menjadi diri anda.

saya terpegun dengan semangat NOORAH.
saya terpesona dengan iman NOORAH
saya terkasima dengan keperibadian NOORAH

dari seorang yang langsung tak percayakan tuhan, berubah menjadi manusia yang beriman.

zikir tak pernah lekang dibibirnya..

bacalah..
semoga kita juga menjadi sekuat NOORAH. semoga kita menjadi setabah NOORAH. dia manusia biasa yang mempunyai semangat dan perjalanan hidup yang luar biasa.


08 May 2012

opi ais!


di kedai makan tasik melati.

ibu afdlin         : abang nak minum apa?
afdlin              : opi ais! (pelat)
maktok           : abang...kopi ais tak bagus, abang  minum milo ye.
afdlin              : milo tak bagus, opis ais bagus!!

MY ZONe

 assalammualaikum..

:)))
saya tengah sengeh ni..
rumah saya dah mula di'godek-godek'

semangat sangat nak masuk rumah baru..

 :))))) senyum lagi...

harap-harap rumah jadi jadi macam yang saya nak..

insyallah..
nanti jemput la kerumah ye.. tetamu kan pembawa rezeki..