hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 January 2012

Travelog haji - mengubah sempadan iman


Alhamdulilah.. saya berjaya membaca buku ni.. Sangat-sangat menarik. 
Buku ni bukan untuk yang nak pergi haji je yek, buku ni penuh dengan nasihat, tauladan, keinsafan, kesayuan, kata semangat, pedoman, ketulusan dll.. Banyak sangat..
Buku yang nipis, tapi sarat dengan rasa cinta kepadaNYA.

Senang betul air mata bertakung bila baca buku ni.. Sebetulnya saya bukan seorang yang senang tersentuh..
Tapi dengan buku ni, 
lain..


Air mata boleh bertakung dan menyapa pipi dengan mudah..
Jangan tanya mengapa, bacalah  kalau nak merasai apa yang saya baca..



25 January 2012

indah bak berlian..

Assalammualaikum..
Cabaran untuk menjadi 'manusia lebih baik dari kemarin' memang tak putus-putus. Banyaknya saya perlu belajar. Dan yang penting,perlu bersabar. Betul kata Ustazah2 dan Ustaz2..

Tapi takpe, sumua itu cabaran dan tanda kasihNya kepada saya. Kalau Dia tak uji saya,maknanya Dia tak sayang saya :)

Doakan yang terbaik dan sangat-sangat terbaik untuk kehidupan saya ye.. :))

Apa kena mengena ngan tajuk ni yek??


jawapannya-----> saja :))

17 January 2012

to: Puan Baidura cc: Cik Zuriati

Bersama - sama ini saya nak bagi jawapan kepada soalan Puan Baidura mengenai soalan yang diajukan di dalam Facebook.

'wei  korang nk g hijrah ke mana? nk jugak...xshare pong...

segan lak nk jawab kat fb.. jawab kat sini ok sikit kot..lagipun yang follow blog aku ni 6 orang je :P


Assalammualaikum..

sebenarnya kami tak pergi mana-mana, tapi hati kami yang hijrah.. nak jadi lebih baik dari dulu, nak jadi lebih bagus dari dulu, nak jadi lebih tenang dari dulu, nak jadi hamba yang sentiasa mengingati penciptanya, nak jadi hamba yang setia dengan perintahnya, nak jadi muslimah yang cekal hatinya, nak jadi anak yang terbaik untuk ibu dan ayahnya, nak jadi lebih baik dari dulu..

dengan adanya sokongan dari sahabat, niat kami insyallah akan berada di landasan yang betul.. sebab tu kami ber'kompromi'..

jom la join!! sekarang ni dengan adanya kecanggihan teknologi, duduk jauh pun ok jee.. boleh je nak kongsi ilmu kan..

:)

tu dia..tu dia!

minggu lepas sepupu saya tunang, minggu ni pula sepupu lagi 2 beradik nikah, hujung bulan ni sepupu yg lain pula tunang, hujung bulan depan adik sepupu yang lain pula tunang.. bulan 10 ni sepupu yang tunang minggu lepas nak nikah, insyallah adik saya yg tunang bulan 6 tahun lepas nikah bulan 11, tapi sepupu yang nak tunang hujung bulan ni pun nak nikah bulan 11.. so???? ada sesiapa nk bagi det minyak n tol??? :)


nanti ateh hadiah sorang satu set ni yek ;)

10 January 2012

rindunya..

assalammualaikum..

tadi masa solat teringat kat tok dgan chaq.. rasa rindu sangat-sangat.. saya takut kalau suatu hari nanti saya lupa rupa tok ngan chaq.. memang la ada gambar, tapi saya nak wajah 2 insan ni bersemadi dalam hati..

tok meninggal awal.. masa tu saya belajar lagi.. tak sempat nak berbakti kat tok.. tok meninggal tiba-tiba.. tak sakit.. masa tok meninggal ramai jiran - jiran tok cakap 'senangnya dia meninggal, harap-harap nanti kita pun mudah macam ni' sesungguhnya saya langsung tak faham.. tapi bila dah dewasa ni,baru faham.. saya pun nak meninggal semudah tok pergi.. amin..

chaq pula meninggal masa saya dah kerja.. chaq sakit dan saya sempat juga jaga chaq.. tapi chaq sakit sekejap je.. lepas tu chaq ikut jejak tok.. chaq insan yang tabah..

tok dengan chaq selalu pi masjid sama-sama.. dah menjadi rutin bertahun-tahun tok dengan chaq menjadi jemaah masjid.. indah kan pengalan tu.. semoga suatu hari nanti saya dan suami dapat mengikuti jejak langkah tok dengan chaq.. menjadi ahli masjid sehingga menutup mata..

tok... chaq... chek rindu.. rindu sangat-sangat..


tempat tok dengan chaq solat kat kebun..

08 January 2012

simpan dalam hati..

assalammualaikum..

semua gambar-gambar ni akan aku simpan dalam hati..
















05 January 2012

saya memahami..

Assalammualaikum..

Alhamdulilah, rezeki saya tak pernah terputus. Syukur pada DIA yang satu.

Sebenarnya saya simpati sangat kat kawan - kawan yang kontrak tidak disambungkan. Kesian sangat - sangat! Dah la mereka tu sangat - sangat rajin bekerja. Kalau tak de sehari pun dah susah, ni tambah - tambah la bila kontrak dah abis. Hope sangat kontrak  akan disambungkan dalam masa terdekat. insyallah rezeki kita kan ALLAH dah tentukan.

Sama - sama kita berdoa ye..

LULUS...

Assalammualaikum Tuan - Tuan Dan Puan - Puan :)

Hari ini saya sangat - sangat gembira bila dapat keputusan peperiksaan

PERINTAH AM & UNDANG - UNDANG :))

 LULUS..ALHAMDULILAH...


04 January 2012

Masjid Berdindingkan Dua Kalimah Syahadat



Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya. Masjid yang terletak di Padalarang ini masuk 5 besar "Building Of The Year 2010" oleh National Frame Building Association. Acara akbar yang melibatkan para arkitek di seluruh dunia ini menempatkan Masjid Al Irsyad dalam kategori religious architecture. Menurut ArchDaily, laman penerbitan arsitektur terpopuler, Masjid Al Irsyad cukup popular di antara tempat ibadah yang lain dan hanya dikalahkan oleh Gereja Tampa Covenant, Florida, Amerika Syarikat.


Jika umumnya masjid mempunyai kubah atau menara, tidak dengan Masjid Al Irsyad. Masjid yang direka oleh Ridwan Kamil, arkitek kenamaan Indonesia ini direka mirip Kaabah, berbentuk kubus dengan warna abu-abu. Desainnya sederhana, tidak banyak ornamen dan tetap mempunyai keindahan tersendiri.

Berwarna masjid diperbuat dari batu bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk celah yang terbaca sebagai dua kalimah syahadah.



Selain mempunyai fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai ventilasi udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mulai dinyalakan, sinar lampu akan menerobos celah ventilasi sehingga jika dilihat dari luar kelihatan seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimah syahadah. Sangat mengagumkan.

Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir asmaul husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk siluet nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya.

Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di tingkat. Suara gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.


Berwarna di belakang mimbar juga dibiarkan terbuka sehingga jama'ah boleh menikmati pemandangan Padalarang yang menyegarkan.

Ditubuhkan di atas lahan seluas 1.100 meter persegi, masjid berkapasiti 1,500 jemaah ini selain menjadi tempat ibadah juga menjadi destinasi pelancongan tak hanya bagi para sekitar Bandung dan Jakarta tetapi Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya.






INDAHNYA KAN..

Visi & Misi 2012

Tahun ni Visi & Misi saya ialah:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Menjadi Hamba yang Soleh

 Menjadi Isteri yang menyenangkan hati suami

 Menjadi anak yang terbaik

Membaiki kehidupan dari masa ke semasa

Mempelajari keindahan ISLAM


Doakan Kejayaan Saya
AMIN

02 January 2012

1.1.2012

Assalammualaikum..

1.1.2012 bermula dengan hujan yang agak lebat.. Suami saye tak dapat gi kerja coz hujan lebat! Hehehe..saya suka sebenarnya dia xleh kerja hari tu, boleh lepak sama2! :)

Ok, pagi yang tak berapa pagi tu, lepas bangun tido + mandi, saya pun kejutkan suami n mcm biasa dia cuma bangun n buka TV je!! Saya pun dok tok tek tok tek kat dapoq tu..buat nasi goreng yang dap dap dap dap.. :) Lepas je suami kesayanganku mandi, bersarapanlah kami seadanya..

Sesudah makan, ibu n ayah datang bertandang ecewah ayat! sambil gebang2 tu ayah mengeluarkan kenyataan yang amat meliurkan!! ****RAHSIA YE**** nanti kalau misi berjaya, i story yek :)

Lepas ayah balik je saya n suami yang kekenyangan macam ulaq sawa tu pun siap2 n gi kedai tayar dengan niat nak tukar tayar depan ke belakang,yg belakang ke depan..TAPI cina tu cakap kereta ni kuat jalan sangat,ni nampak benang dah ni..kuikuikuikuikui...SUAMIKU pun dengan perkasanya ckp 'BOS,KASI TUKAR BARU' hehe..kopak ok!

Disebabkan XDE la bersedia rm bebanyak, so kami pinjam keta cina tu gi jolok rm.. tetiba depan pintu ada 2 beradik yang sangat istimewa ni. Suka tengok 2 beradik ni!!




Lepas tu kami pun tak tahu hala tujuan ~~~ rm melayang dow!! kami pun ronda2 kota raya & kampung la.. Singgah la makan PASEMBOQ kodiang tu.. old school sgt kedai dia!


tea tarik 1!!!

Seterusnya, kami pun ronda2 tengok keindahan alam.. Cuaca mendung..... Sejuk je... Bestt...
Tetiba kami jumpa felda..Sesungguhnya kami tak tahu kat situ ada felda..

Jalan Masuk Felda ni memang MENAKUTKAN ok! Kalau malam mmg kami tak masuk la..




 rumah felda dulu2..



Dalam ronda2 tanpa tujuan tu, kami terjumpa kedai perabut jual barang2 JATI.. CUN2 ok..
**model tak bertaulian**





 Suka pasu ni!! nak!!!!!!

Walaupun tak keluarkan duit yang banyak,tapi perjalanan tu sangat menghiburkan..





Suka tengok hijau!!!

01 January 2012

Selamat Tahun Baru

ASSALAMMUALAIKUM

SELAMAT TAHUN BARU & SEMOGA TAHUN NI MENJADIKAN KITA LEBIH BERILMU