hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

28 July 2011

Kenapa Mood KERJA takde?

Wahai mood, aku seru kau!! datang lah... 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
degil sungguh MOOD ni, tak kunjung tiba!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku tau MOOD akan tiba if dapat jejak kaki kat  PULAU MABUL :(



21 July 2011

mereka dijanjikan syurga..


Mat lenggang..

Orang perlis mesti kenal mat lenggang. Dari budak-budak sampai la ke org tua, tak de yang tak kenal dia kan. Betul tak? Tapi korang tau tak yang dia dah meninggal? Aku baru je tau, kawan aku cakap dah sebulan dah dia meninggal. Walaupun dia tak de kena mengena ngan aku, tapi sedih gak bila tau dia dah tak de. Dia jatuh sungai. Sungai mana aku tak tau la. 

Mat lenggang ni dia akan menggunakan jalan yang sama setiap hari, time pun sama je setiap hari. Disiplin sangat kan? pernah satu hari tu aku terlewat nak gi kerja n korang tau la kan simpang 4 kat hospital tu sememangnya jem kalau waktu kemuncak (if korang org perlis korang tau le).  Dari jauh aku dengar bunyi wisel, nyaring sangat! Aku ingatkan jem tu disebabkan traffic jaga, kot – kot la jalan tutup. Semua kereta bergerak perlahan! Rupa – rupanya mat lenggang dok berdiri kat kaki lima sambil dok tunjuk2 arah mcm polis sambil dok tiup wisel!!!!!!! Bengang betul aku time tu!!! Memang hampeh la siapa yang bagi wisel kat dia! 

Sekarang ni mat lenggang dah takde, sama – sama la kita doakan dan sedekahkan Al – fatihah kat dia. Memang la dia bukan siapa – siapa pun dengan kita, tapi dia kan sedara sesama Islam. Dia gak penghibur jalanan dikala jalan jem..


Amin..


......................................
Dua Beradik..

Ni lagi satu kisah insan-insan yang dijanjikan syurga. Dua beradik yang sentiasa berjalan berpegangan tangan tapi kalau depa ni bergaduh, sorang dok kiri jalan, sorang dok kanan jalan. Time baik, muka masing – masing senyum je. Bila gaduh, dua – dua muka macam asam!

Aku suka sangat  tengok dua beradik ni, dengan kepiahnya, dengan sorang baju hijau, sorang baju biru, tak tukar – tukar! Tapi depa ni tak la busuk sangat2 busuk peluh je, depa balik mandi kot. Aku rasa depa ada baju yang sama banyak helai la :D (sempat lagi aku buat kajian kan).

Kadang – kadang, depa ni geng ngan mat lenggang. Kalau korang pernah tengok mereka berpegangan tangan bertiga, mesti korang akan tersenyum! Sweet sangat tau! Diaorang la yang akan jaga mat lenggang time nak melintas jalan. Padahal mat lenggang tu punya la cekap melintas jalan,dia kan dah berpuluh tahun melenggang. :D

Dua beradik ni tak pernah minta RM1 tau! sekali minta RM5 terus!! Pernah sekali tu aku dengar dia minta kat polis duit, polis tu cakap dia tak de duit, dia pun jawab ‘ takpa-takpa, nanti dapat gaji abag polis bagi duit kat kami na’ polis tu tengok je dia dengan muka tak puas hati n belah. :D bijak depa ni!!
Sama la ngan mat lenggang, depa pun tak de kena mengena dengan aku, tapi depa la yang selalu buat aku tersenyum. 


18 July 2011

LASKAR PELANGI

Korang layan tak lagu laskar pelangi? Aku xsuka sangat lagu tu dulu, tapi lepas layan cita LASKAR PELANGI ni, terus suka! Bagi aku cita ni best sangat. 

Al-kisahnya aku mc hari tu,sakit perut (aku xmc kalau aku xsakit ok) nak tido xngantuk.. so aku layan la cite yg aku langsung xtingin nk tengok ni. layan punya layan best rupanyer. cita ni simple n sangat2 menarik. 

aku yakin kalau siapa-siapa pun yang layan cita ni akan jatuh cinta ngan jalan cita dia. kakak, ibu n adik pun suka cita ni. kakak aku siap nk cari cd lagi,nak bagi anak2 dia tengok. cita yang sarat dengan nilai2 murni ni. cuba la layan, aku jamin akan ada yang gelak terbahak - bahak, akan ada yang menangis n akan ada yang rasa sayu..

hero kecil yg best

pemandangan cita ni cun!


indahnya hidup ini..

salam..

bila berbicara tentang jodoh, aku akan bersyukur.. kerana diberikan jodoh yang melapangkan hati, yang mencintai dan merindui diriku.. entah sampai bila, tapi doakan dia yang pertama dan dia yang terakhir untukku..

bila berbicara mengenai rezeki.. alhamdulilah, Dia menyayangiku.. rezeki yang dilimpahi rahmat diturunkan.. Belum pernah aku tidak mempunyai hala tuju.. walaupun pelbagai rintangan, pelbagai dugaan, alhamdulilah aku masih diberikan kekuatan untuk terus mencari rezeki..

bila berbicara mengenai cahaya mata, itu belum diberikan.. belum merasai keenakan menjadi seorang ibu, belum dijentik rasa bahagia itu.. tapi aku tahu, Dia merancang sesuatu yang sangat indah untukku..

kenapa perlu mengatakan Dia kejam?
kenapa perlu mengatakan Dia tidak adil?
kenapa perlu mengatakan Dia tidak menyayangi ku?

Ya Allah.. aku bersyukur dengan 'keenakan' yang kau kurniakan.. jangan jemu memberinya.. tetapkan hatiku untuk Mu..

amin..

12 July 2011

Dunia baru yang akan saya CINTAI

assalammualaikum..

Nak kata baru tak la baru sangat, tapi dah 5 bulan saya makan gaji kat tempat baru ni. Saya tak suka jadi budak baru! Xde nak lepak dengan kawan, Xde nak borak-borak. Saya selalu teringat kawan - kawan lama. Saya rasa 2-3 bulan juga la jiwa saya memberontak! Padahal saya yang pilih nak datang sini!

Saya ingat lagi masa datang interview, saya Xde kabel2 politik, saya Xkenal 'orang dalam'. Saya datang bebekalkan apa yang ada je! Saya cakap kat ayah "takpe ayah,xpayah kabel2,cik (biasa la org perlis,bahasakan diri cik) boleh berdiri dengan kaki cik sendiri!( buat best je) padahal sebenarnya aku sikit pun tak yakin yang aku akan dapat kerja ni, saja nak bagi ayah n ibu yakin.

Alhamdulilah, syukur sangat-sangat bila saya berjaya dapat jawatan tu! Berkat doa ibu dan ayah.

Walaupun jarak pejabat baru dekat je dengan pejabat lama, tapi rasa berat hati tu sangat kuat. MUNGKIN sebab kat tempat lama saya ada kawan2 kaki rewang, kawan2 yang sama2 boleh layan kepala, kawan2 yang dah kering hatinya (sebab dah lali dengan duniawi-ecewah). 


TAPI lepas 5 bulan kat sini, saya dah makin serasi, dah ada teman nak makan, dan ada teman nak borak - borak. Saya dah makin cinta dengan tempat saya sekarang.  




Hope cinta tu akan terus mekar, coz saya akan berada di sini sampai usia 56!!!

Assalammualaikum..

Salam Cinta.. Salam Sayang.. Salam Berbicara..