hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

21 July 2011

mereka dijanjikan syurga..


Mat lenggang..

Orang perlis mesti kenal mat lenggang. Dari budak-budak sampai la ke org tua, tak de yang tak kenal dia kan. Betul tak? Tapi korang tau tak yang dia dah meninggal? Aku baru je tau, kawan aku cakap dah sebulan dah dia meninggal. Walaupun dia tak de kena mengena ngan aku, tapi sedih gak bila tau dia dah tak de. Dia jatuh sungai. Sungai mana aku tak tau la. 

Mat lenggang ni dia akan menggunakan jalan yang sama setiap hari, time pun sama je setiap hari. Disiplin sangat kan? pernah satu hari tu aku terlewat nak gi kerja n korang tau la kan simpang 4 kat hospital tu sememangnya jem kalau waktu kemuncak (if korang org perlis korang tau le).  Dari jauh aku dengar bunyi wisel, nyaring sangat! Aku ingatkan jem tu disebabkan traffic jaga, kot – kot la jalan tutup. Semua kereta bergerak perlahan! Rupa – rupanya mat lenggang dok berdiri kat kaki lima sambil dok tunjuk2 arah mcm polis sambil dok tiup wisel!!!!!!! Bengang betul aku time tu!!! Memang hampeh la siapa yang bagi wisel kat dia! 

Sekarang ni mat lenggang dah takde, sama – sama la kita doakan dan sedekahkan Al – fatihah kat dia. Memang la dia bukan siapa – siapa pun dengan kita, tapi dia kan sedara sesama Islam. Dia gak penghibur jalanan dikala jalan jem..


Amin..


......................................
Dua Beradik..

Ni lagi satu kisah insan-insan yang dijanjikan syurga. Dua beradik yang sentiasa berjalan berpegangan tangan tapi kalau depa ni bergaduh, sorang dok kiri jalan, sorang dok kanan jalan. Time baik, muka masing – masing senyum je. Bila gaduh, dua – dua muka macam asam!

Aku suka sangat  tengok dua beradik ni, dengan kepiahnya, dengan sorang baju hijau, sorang baju biru, tak tukar – tukar! Tapi depa ni tak la busuk sangat2 busuk peluh je, depa balik mandi kot. Aku rasa depa ada baju yang sama banyak helai la :D (sempat lagi aku buat kajian kan).

Kadang – kadang, depa ni geng ngan mat lenggang. Kalau korang pernah tengok mereka berpegangan tangan bertiga, mesti korang akan tersenyum! Sweet sangat tau! Diaorang la yang akan jaga mat lenggang time nak melintas jalan. Padahal mat lenggang tu punya la cekap melintas jalan,dia kan dah berpuluh tahun melenggang. :D

Dua beradik ni tak pernah minta RM1 tau! sekali minta RM5 terus!! Pernah sekali tu aku dengar dia minta kat polis duit, polis tu cakap dia tak de duit, dia pun jawab ‘ takpa-takpa, nanti dapat gaji abag polis bagi duit kat kami na’ polis tu tengok je dia dengan muka tak puas hati n belah. :D bijak depa ni!!
Sama la ngan mat lenggang, depa pun tak de kena mengena dengan aku, tapi depa la yang selalu buat aku tersenyum. 


No comments: