hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 March 2012

kenapa nak curang..

ikatan pernikahan sangat suci..
ianya tak sepatutnya dicemari perkara yang boleh melaknadkan kita..
sebagai isteri, jujurlah..
setialah..
ingatlah syurga kita ialah suami..

tak perlulah curang..
saya rasa sangat keji bila melihat wanita yang bergelar isteri berlaku curang!
jijik!!

kenapa perlu bernikah jika hati milik orang lain?

maaflah jika saya terlebih,
tetapi percayalah, saya merasa keji bila melihat semua itu..

29 March 2012

seindah biasa..


saya dan suami suka lagu ni.
seindah biasa.
ni la lagu kami..

tadi tiba-tiba je rindu nak dengar..
laju je capai  cd cetak rompak 8tahun lepas :)
punya la semangat nak dengar..


cd tu calar la pulak!!
terus sedih!
terus balik umah buka laptop dan cari lagu tu!

dan saya rasa saya kena letak dalam blog :))



28 March 2012

milik saya!

assalammualaikum..

saya tak tahu bila rezeki saya..

tapi saya tahu, insyallah suatu hari nanti 'keindahan' itu akan saya miliki..

DIA sekadar menguji..

DIA sekadar menentik..

DIA sekadar menduga..

semoga suatu hari nanti saya dianugerahkan 'keindahan' itu..

YA ALLAH.. kurniakan hambamu ini zuriat, zuriat yang sihat, yang sempurna, yang bijak, yang beriman, yang boleh menjadi khalifah yang beriman dibumi mu ini, yang boleh menjadi contoh kepada adik-adiknya, yang boleh berdoa untukku apabila aku tiada nanti, yang boleh menjadi imam semasa solat jenazahku, yang boleh memandikan jasadku, yang boleh memimpin keluarganya menjadi islam yang benar..

hanya padamu aku memohon..

27 March 2012

rahsia DIA

assalammualaikum..

semua orang tahu jodoh itu rahsia ALLAH.
rahsia yang perlu dirungkai.
rahsia yang perlu diselongkar.
rahsia yang perlu digali.

rahsia hati.
rahsia naluri.
rahsia jiwa.
rahsia perasaan.
rahsia DIA.

carilah rahsia itu.
terokailah rahsia itu.

akan ada keindahan dalam rahsia itu.
akan ada magis dalam rahsia itu.
akan ada kemanisan dalam rahsia itu.
akan ada senyuman dalam rahsia itu.

mungkin akan ada tangisan dalam rahsia itu.
mungkin ada kepahitan dalam rahsia itu.

tapi..
 itulah yang dinamakan rahsia...

rahsia DIA YANG MAHA ESA..
:)

siam!

assalammualaikum..

jom jejalan hatnyai :)
percutian sehari yg berbaloi-baloi u!












di setiap gambar, ada lagu :)

so cipta le melodi tersendiri :))

24 March 2012

comel sgt!!













gambar-gambar ni cantik sangat!!

sekiranya..

assalammualaikum.

sekiranya suatu hari nanti saya diberikan rezeki melimpah ruah, saya nak sangat menunaikan haji dan umrah sepuas-puasnya sebanyak yang boleh.alangkah indahnya jika dapat menjejakkan kaki ke sana setiap tahun. saya nak bawa suami, ayah, ibu, ayah mertua, emak mertua dan adik beradik. saya nak bawa jugak saudara-saudara saya yang tak mampu pergi sendiri.

saya juga nak bersedekah sepuas-puasnya. saya nak bagi anak-anak yatim makan sedap-sedap. macam anak-anak yang ada ibu bapa dapat.

saya nak bina rumah yang sederhana tapi sangat melapangkan jiwa.

saya nak beli kereta yang sederhana besar. kalau besar sangat nanti saya tak pandai bawa pula. driver?? tak naklah, saya lebih suka drive sendiri.

saya nak tinggal di hotel mewah. nak tidur atas tilam bulu burung.

saya nak makan sedap-sedap. nak upah chef wan jadi tukang masak saya :)

saya nak upah ustaz dan ustazah ajar kami sekeluarga ilmu agama dengan lebih terpeinci. ada duit tapi hati tak bersih tak guna.

:)

22 March 2012

cik C

Cinta.
Suatu perasaan yang tersangat ajaib. Tak semua dapat menggapai cinta. Ada yang dah menggenggam,tapi terlepas. Ada yang dah didakap, tapi tercicir. Ada yang sudah diulik, tapi terbidas. Itulah cinta.
Cinta seharusnya menjadikan kita lebih baik. Cinta seharusnya menjadikan kita semakin matang. Cinta sepatutnya menjadikan kita semakin ikhlas. Dan cinta seharusnya menjadikan hati kita sesuci kalimah. Itulah cinta.
Bersyukurlah bila Dia membenarkan kita merasai cinta.  Kerana tak semua dianugerahkan perasaan itu. Sekurang kurangnya dia memberi  rasa itu. Janganlah salahkan Dia sekiranya rasa itu hilang.
Dia hanya menduga.

Bukankah perasaan itu dipinjamkan sahaja kepada kita?Bukankah semua perasaan itu miliknya.
Cinta.
Belajarlah mencintai  Dia melebihi segalanya.Belajarlah meletakkan Dia sebagai yang pertama dihati.Belajarlah menyemadikan Dia di dalam hati.Kerana hanya cinta kepada dia kekal selamanya.
Siapalah kita menidakkan semua itu…

21 March 2012

tiket

my adik    : teh, malam ni kita keluaq kita pi beli tiket noo..

aku          : aik..dh set nak pi kl ke?

my adik   : dok la..nk beli tiket pi ALOR STAQ je..

aku         : ?????????????????????????? biaq betul! mana ada orang
                nak pi aloq staq dari  kangaq beli tiket awal2!!!

my adik : hari sabtu..kot2 ramai..

aku       : ish!buat lawak!

19 March 2012

rahsia..

adik saya hangat bercinta sekarang ni..

ala..adik yang perempuan tu la..

nak tahu, dia set nama pakwe dia 'GULA HATI' dalam hp..

hehehehehehehehehe..

lawak kan???

macam-macam budak-budak sekarang ni..

kalau dia baca mesti marah



18 March 2012

dia terpilih..

assalammualaikum..

semalam 17.3.2012, dapat sms daripada ayah. "tok meninggal kat mekah"..

aku terkedu..
_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
terdiam..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lepas tu terus aku bagitau kat adik n suami aku. dua-dua terdiam.
ya allah..
sangat-sangat terkejut.
tok meninggal sehari sebelum sepatutnya balik ke malaysia.
nasib baik kat sana ada ayah, ibu, bibik dan 2 sahabat baik tok.
ibu dan bibik mesti sangat sedih.
-
-
-
-
-
last aku dengar suara tok masa tengah cakap fon dengan ibu, tok cakap

'teh kena mai sini teh'


jelas dengar suara tok.



tok insan terpilih..
dia dipilih untuk bersemadi di sana..
tempat idaman setiap umat islam..

dia terpilih menjadi penghuni rumah allah..


walaupun tiada kubur untuk kami ziarah..
tapi kami redha..

semoga dia bahagia..

hanya doa dari seorang cucu yang dapat aku hadiahkan..

insyallah suatu hari nanti aku nak sangat pergi ke sana..
sepertimana tok cakap
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

'teh kena mai sini teh'



14 March 2012

rindunya


rindu kat ayah & ibu
semoga kedua-dua insan yang sangat saya cintai ini cemerlang sebagai tetamu Allah di sana
semoga keindahan berada di sana dibawa pulang
semoga keenakan beramal di sana dikekalkan hingga keakhir hayat
semoga cinta kepada Allah menebal setiap detik


Sangat ikhlas

kata-kata ini sang suami yang sangat ikhlas




" Roza adalah isteri saya. Bukan Sekadar Resepi merupakan perjalanan kisah hidup beliau yang sangat panjang. Lalu disatu persimpangan, saya turut bersama meneruskan perjalanan beliau, sama ada saya mendahului atau beliau mengikuti, ia tidak terlalu mustahak. 

Saya tidak tahu bila kami akan berhenti. Siapa, saya atau beliau dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak. Namun ada sesuatu yang pasti, saya berdoa agar kami – saya dan Roza – dapat bertemu kembali di syurga Firdaus.

Benar, Allah SWT telah berjanji untuk menganugerahkan bidadari namun tidak mengapa jika bidadari itu masih Roza, insan yang membekaskan seluruh kehidupan saya.

Mudah-mudahan – di sana – kami dapat menikmati hidangan enak dan istimewa yang benar-benar bukan sekadar resepi." 

---prof. muhd kamil

kerana itu

assalammualaikum..

sejak kecil saya dah biasa tengok ibu sedekahkan duit kat orang-orang yang meminta sedekah kat pasar malam. walaupun  keluarga kami taklah mewah, tapi ibu tetap sedekah. ibu cakap, anggap sedekah tu menabung, kalau sayang duit kertas, rasa banyak sangat, bagi duit syiling. kalau sayang juga duit syiling rm1 tu,bagi duit pecah.. anggap macam menabung, nanti Allah bagi ganjaran, kita tak boleh kedekut. Kita susah, tapi orang yang minta sedekah tu lagi susah.

Bagi saya, semua tu tak penting!! lagi baik kalau saya masuk dalam tabung, bila banyak nanti,boleh tukar dan beli apa yang saya nak!! Tapi.. bila tengok ibu bagi, rasa macam nak bagi juga. Ibu pula,kalau tengok saya tak bagi,dia akan bagi duit kat saya dan suruh saya bagi.

Bila dah  remaja, saya dah mula jadikan sedekah tu satu pelaburan!! dah boleh fikir apa yang ibu cakap tu betul.. Saya dah mula rasa tak sedap hati kalau tak sedekah.. dah mula rasa bersalah kalau tak hiraukan orang yang minta sedekah..

bersedekah lah..
kerana ALLAH sayang hambanya yang sentiasa membatu orang di dalam kesusahan..

Sucikan niat, lapangkan dada untuk bersedekah..

kerana itu..
saham akhirat kita..




02 March 2012

afdlin n azhad

rindunya kat hero-hero makteh ni...




mewah

assalammualaikum..

dulu saya nak sangat ada kereta mewah, rumah mewah.. saya bekerja untuk menjadi kaya! saya nak hidup senang.. saya pernah minta bos lama saya doakan saya jadi kaya depan kaabah!

bos lama saya pernah cakap, kita tak perlu jadi kaya, lengkap makan pakai cukup. ada duit banyak pun tak bahagia buat apa. minta doa supaya kita bahagia dunia akhirat katanya..

saya tak kira! saya nak kaya juga!

tapi....

bila dah lama-lama kerja, dah tak rasa macam dulu.. saya lebih suka sederhana.. tak tahu kenapa, tapi saya betul-betul dah tak ada rasa nak kaya!

saya pernah masuk pelaburan ikan keli. alhamdulilah pelaburan tu berbaloi :) labur rm 2000, 4 bulan sekali saya akan dapat rm 1000 tanpa tarikh luput! rasanya 2 tahun juga saya dapat pulangan. masa tu saya betul-betul buat pelaburan berani muflis!! baru kerja dan duit simpanan ngam2 rm2000. diam-diam saya masuk, tak bagitau ayah dan ibu!! lepas masuk, baru bagitau ayah n ibu.. ayah n ibu terdiam.. apa pun tak kata.. mungkin terkejut kot saya berani buat camtu! lepas 4 bulan, alhamdulilah saya dapat rm1000..

lega.. tapi masih tak boleh duduk diam coz tak balik modal lagi. 4 bulan seterusnya saya dapat lagi.. dan kali ni betul-betul lega. DAH BALIK MODAL!!

lepas tu saya tambah lagi 1 pakej. tapi kali ni harga dah naik.. rm2700.. 4 bulan sekali akan dapat rm1000.. dan alhamdulilah saya dapat duit pulangan mcm biasa..

dengan duit tu saya bayar muka kereta... bayar upah peguam masa beli rumah..
syukur alhamdulilah..

saya juga pernah aktif eBay!! abang ipar siap belanja jumpa Sifu Lan lagi!! dia bayar rm1000 utk personal coaching 8 jam!! (betul ke eja tu)  gila mahal kan!

nak kata tak berjaya tu,tak juga.. dapat la tangkap ilmu-ilmu yang dia bagi.. KEGAGALAN saya  dlm eBay ni sebab saya MALAS nak layan karenah pembeli.. mat-mat saleh ni banyak songeh la.. malas nak layan :P

saya pernah nak berhenti kerja dan nak jual mee rebus! saya dah tulis surat berhenti kerja, tapi tak print lagi la.. tentangan dari suami!! susah katanya.. nak cari pekerja yang betul-betul setia dan boleh dipercayai susah.. terkubur niat tu..

2011 mengubah semuanya..

betullah perancangan ALLAH kepada umatnya sangat adil.. bila saya dikabarkan dapat kerja tetap, hasil keli yang dah bertahun saya dapat tu tiba-tiba terhenti.. ada masalah dalaman katanya..

saya tersenyum seorang diri..


sesungguhnya perancangan Allah sangat-sangat adil!! dia biarkan saya bekerja kontrak dengan gaji yang agak rendah dari sepatutnya, dia berikan saya ilham untuk melabur keli.

dia bagi saya kerja tetap dengan gaji sepatutnya.. dia tarik balik hasil keli tersebut..

pendapatan saya tak terjejas..

alhamdulilah..

kini, saya nak jadi manusia yang sederhana dari segala segi, tapi jika diberikan ilham olehNya untuk mendapat pendapatan yang lebih dari sekarang,saya akan usahakan..

semuanya dari DIA..