hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

22 March 2012

cik C

Cinta.
Suatu perasaan yang tersangat ajaib. Tak semua dapat menggapai cinta. Ada yang dah menggenggam,tapi terlepas. Ada yang dah didakap, tapi tercicir. Ada yang sudah diulik, tapi terbidas. Itulah cinta.
Cinta seharusnya menjadikan kita lebih baik. Cinta seharusnya menjadikan kita semakin matang. Cinta sepatutnya menjadikan kita semakin ikhlas. Dan cinta seharusnya menjadikan hati kita sesuci kalimah. Itulah cinta.
Bersyukurlah bila Dia membenarkan kita merasai cinta.  Kerana tak semua dianugerahkan perasaan itu. Sekurang kurangnya dia memberi  rasa itu. Janganlah salahkan Dia sekiranya rasa itu hilang.
Dia hanya menduga.

Bukankah perasaan itu dipinjamkan sahaja kepada kita?Bukankah semua perasaan itu miliknya.
Cinta.
Belajarlah mencintai  Dia melebihi segalanya.Belajarlah meletakkan Dia sebagai yang pertama dihati.Belajarlah menyemadikan Dia di dalam hati.Kerana hanya cinta kepada dia kekal selamanya.
Siapalah kita menidakkan semua itu…

2 comments:

zuriati zainudin said...

setuju...cinta itu mmg ajaib...alangkah indahnya kalau cinta kita kepada Allah dan KekasihNya lebih dari segalanya..lets come closer and closer to Allah..Amin.

fidayu mohd shobri said...

:) ;)