hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

14 March 2012

Sangat ikhlas

kata-kata ini sang suami yang sangat ikhlas




" Roza adalah isteri saya. Bukan Sekadar Resepi merupakan perjalanan kisah hidup beliau yang sangat panjang. Lalu disatu persimpangan, saya turut bersama meneruskan perjalanan beliau, sama ada saya mendahului atau beliau mengikuti, ia tidak terlalu mustahak. 

Saya tidak tahu bila kami akan berhenti. Siapa, saya atau beliau dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak. Namun ada sesuatu yang pasti, saya berdoa agar kami – saya dan Roza – dapat bertemu kembali di syurga Firdaus.

Benar, Allah SWT telah berjanji untuk menganugerahkan bidadari namun tidak mengapa jika bidadari itu masih Roza, insan yang membekaskan seluruh kehidupan saya.

Mudah-mudahan – di sana – kami dapat menikmati hidangan enak dan istimewa yang benar-benar bukan sekadar resepi." 

---prof. muhd kamil

No comments: