hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

15 April 2012

rumah kayu


assalammualaikum..

rumah kayu milik arwah chaq dan tok ni ialah peninggalan yang paling saya sayang. rumah yang menadi 'syurga' ketika zaman kanak-kanak. rumah yang tertanam 1001 kenangan.

di sini kami 3 beradik 'dikuarantin' semasa demam campak. di sini kami tidur berlapikkan daun pisang. di sini kami bermain masak-masak. di sini kami memanjat pokok sawa. dan di sini juga arwah tok meninggal. di sini juga arwah chaq memasak selepas tok meninggal. di sini segalanya..

arwah chaq yang bina rumah ni. arwah chaq kata ruma ni rm2000 sahaja. tukangnya ialah tok ngah. setiap lapisan cantuman kayu, dibuat dengan teliti. saya sayang rumah kayu ini. lepas chaq meninggal, rumah ni menjadi milik ayah, anak tunggal arwah tok dan arwah chaq.

tak lama lagi, saya akan berpindah dari sini. selepas 3 tahun tinggal di sini, berat rasa hati nak meninngalkan rumah kayu ini. tapi saya ada matlamat saya sendiri. saya perlu berpindah dan mengumpul 'harta' saya sendiri. itu yang saya belajar dari arwah chaq dan arwah tok. masa arwah chaq berkahwin denga arwah tok, arwah chaq cuma ada basikal tua. dengan basikal tu arwah chaq pergi bekerja. mengumpul duit dan membina rumah ini. itu cerita arwah chaq.

arwah chaq sangat bersemangat bila bercerita tentang kepayahan dia mencari rezeki. betapa sukarnya dia mencari duit, betapa sukarnya untuk dia membeli motosikal. betapa payanhya dia mengumpul duit membeli tanah.

rumah kayu ini akan sentiasa dihati.

:)

4 comments:

zuriati zainudin said...

sedih plak i baca post ni...mgkin ramai yg xtau rumah ni jgk bnyk sgt kenangan dlm persahabatan kita...keep it as our sweet moment in life

fidayu mohd shobri said...

kan.. nantikan post akan datang..hehe.. banyak sangat kenangan kat rumah ni

Vel Oliver said...

so kemas2 la skit dalam rumah tu.. hehe

fidayu mohd shobri said...

yon..i mmg dh kemas..tp barang byk sgt ok!