hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

17 February 2012

Pemergiannmu..

Assalammualaikum..

hari ni jumaat, so ada la tazkirah kat opis saya tu. tajuk hari ni sifat-siat Nabi Muhammad S.A.W..

ada satu part tu ustaz yg bagi ceramah tu nyanyi lagi pemergiannmu..

air mata terus bertakung!!

akak kat sebelah terus je keluarkan tissu. aku??? xde tissu!! nak kesat air mata, malu!!

aku biaq je..

alangkah indahnya sifat-sifat kekasih Allah ini..

16 February 2012

16.2.2007 - 16.2.2012

Assalammualaikum..

Alhamdulilah, hari ni 16.2.2012 ialah ulang tahun pernikahan saya dan suami. Dah 5 tahun!! Dah lama rupanya yek :)

Syukur kepadaNya..

Saya sangat bahagia.. Dugaan tu biasa la, lidah pun selalu je tergigit dik gigi yang sejak azali berpasangan dengannya kan.. inikan pula saya yang baru 5 tahun bersama-sama. :)

Semoga hubungan yang suci ni akan diserikan dengan cahaya mata, diberkati oleh Nya, di lindungi daripada dugaan-dugaan yang maha hebat.

Semoga kami menjadi pasangat yang kekal hingga ke syurga.


Saya nak jadi ketua bidadari untuk suami saya!!


Semoga kita bertemu dan kekal di syurga..

15 February 2012

hati!

assalammualaikum..

saya tak diberi ilham olehNYA untuk update blog ni!! dalam hati macam2 nak luahkan, tapi tak terluah. kenapa yek?? hanya DIA yang tahu..






baby ni comel sgt!!!

06 February 2012

dia..

Assalammualaikum..


alhamdulilah, 16.2.2012‎ ialah ulang tahun pernikahan saya dan suami. dah 5 tahun kami hidup berdua. dah 5 tahun kami sama-sama belajar menjadi suami yang baik kepada isterinya dan isteri yang baik kepada suaminya.


seharusnya rasa cinta dan sayang makin tebal. adakalanya rasa cinta melebihi rasa sayang, ada tempatnya rasa sayang melimpahi rasa cinta. itu yang membuatkan hubungan kami makin diulit bahagia. insyallah hingga ke syurga..


bersama-sama kami bina dunia kami seadanya. membina 'mahligai syurga di dunia' bukan sesuatu yang mudah. syaitan sentiasa ada membisikkan sesuatu yang boleh meruntuhkan magligai itu.mahligai impian saya dah suami. alhamdulilah, sehingga kini kami berjaya dari mendengar hasutan syaitan jahanam!! 


ya allah,kau peliharlah kami dari semua dugaan dan hasutan syaitan. tetapkan hati kami untuk sentiasa di jalan yang benar.lindungi kami ya allah






ada yang bertanya, kenapa pilih dia? 






kenapa nak kawen dengan dia? 






kenapa?










kenapa tanya macam tu ye? :)






ok, jawapan kepada soalan kenapa tu ialah..


kerana dia insan yang sentiasa ada bila saya memerlukan. dia tak pernah hilang. dikala saya boring makan makanan kat kantin poli, dia call ajak makan kat luar. dikala saya boring melepak depan umah sewa, dia datang ajak gi jejalan dan siap angkut kawan-kawan, penuh kereta.macam tin sardin! dikala panas menanti pakcik ven sapu datang, dia muncul!! 


saya tak pasti itu kebetulan atau dirancang, tapi itulah hakikatnya.dia tak pernah tak ada dalam hidup saya.










dia kawan terbaik yang pernah saya ada.




dia menjadi istimewa secara tiba-tiba. bermula sebagai kawan, menjadi sahabat, menjadi teman, menjadi kekasih, menjadi tunang dan seterusnya menjadi suami.


dia bukan manusia hebat yang ada kereta besar, yang drive BMW, yang ada duit berkepuk-kepuk, yang ada padanya hanya kejujuran dan kesetiaan. 


kenapa saya kata dia setia? kerana dia tunggu saya sejak tingkatan 2!! 


dikala saya menjadi isterinya, saya bersyukur dan berdoa supaya hubungan kami hingga ke syurga.


ya allah, terima kasih kerana meminjamkan rasa bahagia ini. 






'ya allah, jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgamu dan menemui jodohnya 'si bidadari bermata jeli' berikanlah saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. sekadar di pinggiran. cukuplah untuk saya tahu dia berada di situ'




dari hati seorang isteri



alah!!!

saya terpadam post pasal azhad!!!!!!!!
tersalah tekan!!
nanti makteh buat lain ye ayat!! tensionnya!

Travelog Cinta Abadi: masa yang berlalu

Assalammualaikum..

Alhamdulilah, saya dah habis baca buku travelog cinta abadi. buku yang benar-benar ikhlas. tulus dari hati penulisnya. sebetulnya saya bukan peminat penulisnya, bahkan saya bukan seorang yang suka membaca! tapi lepas baca buku travelog haji dan blog penulis travelog haji. hati meronta-ronta nak baca buku travelog cinta abdi. alasannya cuma satu. AKU NAK BACA BUKU TU SEBAB PENULISNYA ISTERI KEPADA PROF DR MUHD KAMIL. tak ada alasan lain.

masa tengah godek2 blog pro dr m.kamil saya terjumpa link ke blog isterinya. roza roslan.. bila baca blog dia, rasa mcm best! so lagi la hati ni membuak2 nak baca buku penulisan beliau.


buku ni sangat menarik, ada beberapa bab yang buat saya tersenyum, tergelak dgn kuat! ada juga ayat-ayat yang buat saya menitiskan air mata. penulisannya sangat mudah untuk difahami. takde ayat2 yang membuatkan kita mengerutkan dahi. semuanya mudah untuk difahami..

cubalah baca buku ni..
insyallah pengembaraan yang akan anda lalui seindah cinta abadi.. :)

01 February 2012

1.2.2011 - 1.2.2012

Assalammualaikum..

Alhamdulilah.. Syukur kepadaNya.. Segala puji kepadaNya.. Hari ni ngam-ngam 1 tahun saya bekerja di MPK.. Rasa macam baru je masuk sini..

Alhamdulilah, rezeki dari Allah yang Maha Pengasih..
Saya tak tahu perasaan orang lain, tapi saya sangat-sangat bersyukur. Saya dah merasai keperitan bekerja kontrak. Bagaimana perasaan setiap kali kontrak nak habis.. Bagaimana perasaan bila tak dengar langsung pasal kontrak yang nak habis.. Alhamdulilah..

Saya pernah putus asa.. Dah tak nak isi-isi borang ni.. Dah tak ambil peduli pasal iklan-iklan kerja kosong..Setiap kali orang bagitau ada kerja kosong,saya cuma iakan dan senyum.. Tapi dalam hati tak pernah berhenti untuk berdoa.. Saya selalu berdoa lepas solat, masa drive, masa masak.. Serius!! Dalam hati sentiasa berdoa 'Ya Allah, Murahkan Rezekiku, Bagilah Aku Dapat Kerja Tetap, Aku Nak Sangat Rasa Macam Mana Rasanya Kerja Tetap'
itu yang aku sentiasa bisikan.. Nak kata tak pernah lekang kat mulut tu takde la,tapi memang tak henti-henti saya mengulanginya.

Tapi bila fikir2, Doa tanpa usaha pun tak akan kemana-mana.. (Allah gerakan hati saya) Atas alasan tu, saya dah siapkan CV banyak2.. So, setiap kali ada je kerja kosong, saya akan ambil set CV yang dah memang tersedia & pos!!

Suatu hari adik-adik yang bekerja sekali bagitau " kak ayu, MPK ada keluaq jawatan kosong, banyak!! jom pi ambil borang". Masa tu saya sibuk,tengah buat kerja,so dengan muka tak malunya saya cakap " tolong ambil kat kak ayu, kalau boleh la, kalau tak boleh ambil,nanti kak ayu rajin kak ayu pi" :)
Tak sampai 10minit borang atas meja :) dengan muka kelat adik tu cakap " kelulusan kami tak da..ni kelulusan kak ayu ja ada,nah borang" aku pun senyum & cakap terima kasih yeeeee...

Akhirnya, sampai la hari terakhir untuk hantar borang, saya hantar borang tu lagi 5minit waktu tutup :)) Terukkan???!!! Sebenarnya saya hampir2 terlupa, cuai betul!!

Alhamdulilah,lekat gak nama untuk temuduga yang sangat2 menduga!! Banyak tul soalan-soalan yang ditanya. Macam-macam.. saya kena jadi MC untuk majlis pecah tanah, kena jadi DJ masa majlis pecah tanah.. Dan yang paling tak best, saya ialah orang terakhir yang diduga!! semua 40 orang, 1 balik xmau tunggu!!! dan saya diduga pada jam 6.30petang!!! Pecah peluh ok tunggu giliran, dah la saya gi kul 7.50pg..so siapa yang baca tu pandai2 kira berapa jam peluh saya pecah :P

last masa diduga tu,salah seorang daripada 10 orang yang panel tu tanya..

'ada apa-apa nak cakap?'




jawapannya ---

Saya teringin sangat-sangat nak rasa macam mana rasanya bila kerja tetap ni, dah lama saya kerja kontrak.saya teringin sangat-sangat dan kemudian saya senyum :)

Alhamdulilah.. Besok tu saya dapat panggilan
'awak boleh buat surat letak jawatan, kami dah buat keputusan untuk ambil awak'

bertakung air mata saya..
alhamdulilah..

dan hari ini, setahun sudah!!!!
alhamdulilah..semoga rezeki yang dikurniakan oleh Nya saya manfaatkan,semoga saya tak leka, tak tersasar dari tujuan sebenar mencari rezeki,semoga saya tak alpa dengan duniawi dan yang paling saya takut, semoga Allah akan sentiasa mengingatkan saya,supaya saya tak hanyut dengan keenakan dunia..