hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

06 February 2012

Travelog Cinta Abadi: masa yang berlalu

Assalammualaikum..

Alhamdulilah, saya dah habis baca buku travelog cinta abadi. buku yang benar-benar ikhlas. tulus dari hati penulisnya. sebetulnya saya bukan peminat penulisnya, bahkan saya bukan seorang yang suka membaca! tapi lepas baca buku travelog haji dan blog penulis travelog haji. hati meronta-ronta nak baca buku travelog cinta abdi. alasannya cuma satu. AKU NAK BACA BUKU TU SEBAB PENULISNYA ISTERI KEPADA PROF DR MUHD KAMIL. tak ada alasan lain.

masa tengah godek2 blog pro dr m.kamil saya terjumpa link ke blog isterinya. roza roslan.. bila baca blog dia, rasa mcm best! so lagi la hati ni membuak2 nak baca buku penulisan beliau.


buku ni sangat menarik, ada beberapa bab yang buat saya tersenyum, tergelak dgn kuat! ada juga ayat-ayat yang buat saya menitiskan air mata. penulisannya sangat mudah untuk difahami. takde ayat2 yang membuatkan kita mengerutkan dahi. semuanya mudah untuk difahami..

cubalah baca buku ni..
insyallah pengembaraan yang akan anda lalui seindah cinta abadi.. :)

No comments: