hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

06 February 2012

dia..

Assalammualaikum..


alhamdulilah, 16.2.2012‎ ialah ulang tahun pernikahan saya dan suami. dah 5 tahun kami hidup berdua. dah 5 tahun kami sama-sama belajar menjadi suami yang baik kepada isterinya dan isteri yang baik kepada suaminya.


seharusnya rasa cinta dan sayang makin tebal. adakalanya rasa cinta melebihi rasa sayang, ada tempatnya rasa sayang melimpahi rasa cinta. itu yang membuatkan hubungan kami makin diulit bahagia. insyallah hingga ke syurga..


bersama-sama kami bina dunia kami seadanya. membina 'mahligai syurga di dunia' bukan sesuatu yang mudah. syaitan sentiasa ada membisikkan sesuatu yang boleh meruntuhkan magligai itu.mahligai impian saya dah suami. alhamdulilah, sehingga kini kami berjaya dari mendengar hasutan syaitan jahanam!! 


ya allah,kau peliharlah kami dari semua dugaan dan hasutan syaitan. tetapkan hati kami untuk sentiasa di jalan yang benar.lindungi kami ya allah






ada yang bertanya, kenapa pilih dia? 






kenapa nak kawen dengan dia? 






kenapa?










kenapa tanya macam tu ye? :)






ok, jawapan kepada soalan kenapa tu ialah..


kerana dia insan yang sentiasa ada bila saya memerlukan. dia tak pernah hilang. dikala saya boring makan makanan kat kantin poli, dia call ajak makan kat luar. dikala saya boring melepak depan umah sewa, dia datang ajak gi jejalan dan siap angkut kawan-kawan, penuh kereta.macam tin sardin! dikala panas menanti pakcik ven sapu datang, dia muncul!! 


saya tak pasti itu kebetulan atau dirancang, tapi itulah hakikatnya.dia tak pernah tak ada dalam hidup saya.










dia kawan terbaik yang pernah saya ada.




dia menjadi istimewa secara tiba-tiba. bermula sebagai kawan, menjadi sahabat, menjadi teman, menjadi kekasih, menjadi tunang dan seterusnya menjadi suami.


dia bukan manusia hebat yang ada kereta besar, yang drive BMW, yang ada duit berkepuk-kepuk, yang ada padanya hanya kejujuran dan kesetiaan. 


kenapa saya kata dia setia? kerana dia tunggu saya sejak tingkatan 2!! 


dikala saya menjadi isterinya, saya bersyukur dan berdoa supaya hubungan kami hingga ke syurga.


ya allah, terima kasih kerana meminjamkan rasa bahagia ini. 






'ya allah, jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgamu dan menemui jodohnya 'si bidadari bermata jeli' berikanlah saya peluang ya tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. sekadar di pinggiran. cukuplah untuk saya tahu dia berada di situ'




dari hati seorang isteri



1 comment:

Mrs. Aisam said...

alhamdulillah...moge kekal bahagia sampai akhir hayat ok....selamat ulang tahun perkahwinan BFF~!! HEHEHE....