hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

22 June 2016

Perempuan..

Perempuan itu aneh.
Perempuan boleh menangis dikala hatinya berbunga, ketawa dikala hatinya rapuh,senyum dikala hatinya robek.






Perempuan itu pelek.
Perempuan boleh diam dikala dadanya penuh. Perempuan boleh membebel dikala hatinya kosong.




Perempuan.
Aneh.
Pelek.
Terkadang jelek.
Merungut semua benda. Menempek semua bahasa.
Bersiul semua lagu.





Perempuan itu terkadang halus. Bisik saja kata sayang, longlai. Seperti tidak utuh pendiriannya.





Ahhh..perempuan. Goyangkan buaian sudah letih, inikanpula dunia. Macam dicampak kapal atas kepala. Bohong kata mampu. Bohong.






Perempuan. Emosi. Semua betul dikatanya salah. Semua yang salah dikatanya pedoman. Gila.
Gila. Gila. Gila.















Perempuan. Akan jadi istimewa hanya untuk yang layak. Hanya jadi wangi pada hidung yang betul. Hanya jadi penyejuk pada jiwa yang tepat. Hanya jadi pelindung pada arjunanya sahaja.




















Perempuan.
Perempuan itu aku.


































Serikandi lima minit.

29 April 2016

Aku tak pasti itu


aku sendiri melihat ianya pergi. hilang perlahan-lahan.lenyap.yang hairannya,langsung tak gelap,langsung tak berkabus.bukan samar,tapi hilang.mungkin juga meresap bukan hilang. sayang.itu yang dibela,itu yang dikepung.tapi pengakhirannya begitu.gila.aku terebah dalam kebingitan.ditelan tak kenyang,diluah tak basi, dikemam tak rasa.lut mungkin. nak merenung ianya lebih halus, aku rabun.berpinar kornia.jadi aku biarkan.berjalan dalam kabus juga rahmat.tak ada celanya walaupun tempang.aku masih punya jantung untuk menyalurkan darah,bersambung segalanya.amin.

aku sendiri melihat ianya pergi.dekat dekat dekat.setiap hari.dekat dekat dekat.tapi lutsinar.jemari makin jauh.aku tak pasti itu.

28 April 2016

Rindu

Terlalu lama serikandi sepi
Kontang
Bahagia mungkin

Malam ini dia datang
Jenguk yang ada
Senyum

Rindu?
Disapanya aku.

Entah.
Jawabnya aku.

Jawapan bocor tanpa rujukan
Gila untuk menjawab.

Kaseh
Lama betul rindu pergi
Entah mana perginya. Kenapa tak pulang? Sesat? Hilang dalam nyata? Mati?

Serinkadi ketawa
Senyum sinis

Dia tanya dah pernah rasa ada? Aku jawab entah.rasanya ada,tapi campingnya kekal.

Bodoh

Tutup mata, pandang jiwa, jumpa kaseh sekelip nafas, sesat dalam nyata. Betul kata serikandi, aku rasa tapi tak rempuh.

Bodoh
Bodoh
Bodoh

Aku tahu, langkah tak pergi.

*beku
*beku
*beku

Serikandi pergi tanpa pulangkan itu

Kaseh, sampaikan salam pada rindu. Katakan aku rindu. Serindunya. Tetap macam dulu