hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

01 August 2015

compang camping

dah lama teringin nak ambil gambar kat studio. tapi macam tak best sebab 2 orang jeeee... so,sebelum ni gambar raya kami welfie jeee...  tahun ni memang awal2 dah cakap kat suami,nak ambil gambar studio.

kalau diamati la gambar kami tu, banyak compang campingnya. baju suami basah dik peluh. seluar uzair kusut. saya pula, terpaksa duduk macam tu sebab nak kepit si uzair. mood dia dah kelaut dahh..sibuk nak merangkak..

tapi kan, bagi saya, compang camping nilah yg sempurna. cukup ini. tak kisah lah rabak macam mana pun, asalkan bertiga, saya dah puas hati..

anak, terima kasih.. ummi happy!