hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

03 July 2015

9 Bulan

Assalammualaikum..

Cepatnya masa berlalu, dah 9 bulan anak ummi ni tau. Sejak ada uzair, saya tak terasa pun masa berjalan. Tup...Tup... uzair dah boleh merangkak, sekarang ni dia dah boleh berdiri n berjalan sepanjang grill pintu. Dia pun dah pandai buka almari dapur, dah pandai tunggu ummi mandi depan pintu sambil membebel bebel, dah pandai tepuk amai-amai, dah pandai makan nasi arab..hehehe..

Kenapa cepat sangat awak besar anak?

Sejak awak ada, ummi rasa penat tu macam tak penat je bila awak senyum, bila awak usap rambut ummi, bila awak panjat-panjat ummi, bila awak nak baring atas perut ummi. 
 
Semua penat tak terasa. 

Anak, terima kasih kerana membahagiakan ummi n ayah.
 
Walaupun sekarang ni ummi tak boleh nak berjalan sangat waktu malam, sebab awak kul8 dah tido, tapi ummi okey je.. tengok awak tido lagi best dari lepak mamak tau!
 Tapi ummi rindu la juga kat roti tisu yang nipis, rangup n manis tuu.
Rindu juga la. hahaa..
 
 

Satu lagi yang buat ummi rasa anak ummi ni besar sangat, tuu..dah pandai main lori. Siap boleh buat bunyi lori.. Nape cepat sangat besar ni.. 
 
Anak.. nanti dah besar pun janji awak tetap jadi baby ummi okey!!
 



1 comment:

nini said...

Geram tgk uzair....comelll sangatttt...grfr