hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

21 July 2015

Setiap minit...

Assalammualaikum..
 Selamat hari raya... 

Raya tahun ni memang meriah sangat dengan adanya si uzair ni. Serius ummi sibuk simpan sampul duit, kutipan duit raya sangat memberangsangkan.. hihihi

Raya tahun ni ummi tak dapat pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri macam selalu.. Serius rasa lain sangat, kalau dulu bangun pagi,terus je siap,kali ni,ayah je siap..

uzair tau tak, ummi dari kecil2 pergi solat sunat raya tau..so bila xpergi,kekok! tapi ummi still happy sebab uzair ada. Pagi raya, ummi dh lain, sibuk mandikan n siapkan uzair. Ngam2 ayah balik, ummi dh siap. Berpeluh jugalah ummi,

Baju raya ummi kerdut lepas 2minit pakai.
Tengah ummi pakai shawl, uzair panjat kaki ummi n lapkan hingus kat baju raya ummi.
Shawl ummi? senget benget lepas 30saat pakai.. 

Masa salam raya dengan ayah, ayah tanya ummi, "awat la yang berpeluh2 ni? buat apa tadi" ummi cuma balas dengan pandang uzair yg sedang sibuk main kereta kat tepi.. Maka...fahamlah ayah! 
huhu

Terima kasih uzair, awak buat ummi happy sangat. Akhirnya raya yg boring dah berlalu..

Moga kita dapat beraya sampai ummi takde..

 

03 July 2015

9 Bulan

Assalammualaikum..

Cepatnya masa berlalu, dah 9 bulan anak ummi ni tau. Sejak ada uzair, saya tak terasa pun masa berjalan. Tup...Tup... uzair dah boleh merangkak, sekarang ni dia dah boleh berdiri n berjalan sepanjang grill pintu. Dia pun dah pandai buka almari dapur, dah pandai tunggu ummi mandi depan pintu sambil membebel bebel, dah pandai tepuk amai-amai, dah pandai makan nasi arab..hehehe..

Kenapa cepat sangat awak besar anak?

Sejak awak ada, ummi rasa penat tu macam tak penat je bila awak senyum, bila awak usap rambut ummi, bila awak panjat-panjat ummi, bila awak nak baring atas perut ummi. 
 
Semua penat tak terasa. 

Anak, terima kasih kerana membahagiakan ummi n ayah.
 
Walaupun sekarang ni ummi tak boleh nak berjalan sangat waktu malam, sebab awak kul8 dah tido, tapi ummi okey je.. tengok awak tido lagi best dari lepak mamak tau!
 Tapi ummi rindu la juga kat roti tisu yang nipis, rangup n manis tuu.
Rindu juga la. hahaa..
 
 

Satu lagi yang buat ummi rasa anak ummi ni besar sangat, tuu..dah pandai main lori. Siap boleh buat bunyi lori.. Nape cepat sangat besar ni.. 
 
Anak.. nanti dah besar pun janji awak tetap jadi baby ummi okey!!