hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

11 October 2015

setahun

assalammualaikum..

rupanya,dah setahun ummi jaga uzair. ayat biasa yang orang cakap... "sekejapnya dah setahun". bagi ummi, masa berlalu tanpa ummi perasan pergerakannya. sungguh. setiap hari bersama uzair, indah! setiap hari takterasa waktu berjalan bila melayan uzair. tambah la sekarang ni, makin bijak anak ummi. dah pandai buat bunyi macam2, merap pun pandai..tak bagi ummi masak, suh lepak dpn tv dengan dia jeee...

qeif uzair, tadi tiba-tiba je ummi terfikir, kalau ummi xjaga uzair dulu, ummi takan perasan yang masa berlalu.. mungkin ummi masih leka dengan shopping online jee.. huhu

uzair, terima kasih untuk satu tahun yang sangat membahagiakan ini. terima kasih untuk segalanya anak.

happy birthday sayang.
19.09.2014 - 19.09.2015
yeaaaa dah 1 tahun!

17 September 2015

ragu

assalammualaikum...

"iman yang baik dan mulia pun allah tak benarkan diwarisi, inikan pula sifat yang jahat"

itu yang saya pegang bila jiwa tekadang terjentik dik cakap orang yang risau nak ambil anak syurga ni. yelah,tak semua orang boleh hidup, boleh sayang, boleh bersama-sama anak syurga ni. adalah satu dua email yang cakap dia sunyi, tapi entah lah, dengan anak2 "camtu" macam tak boleh je nak sayang.

sedih sangat bila baca email mcm tu. selalunya saya tak balas email mcm tu. biarlah... tak ada paksaan pun. awak hidup lah dengan kesunyian tu ye.. biar kami yang tak ada masalah dengan anak2 "camtu" ni yang jaga. biar kami yang membela. awak teruskan hidup awak yang sempurna dan baik tu okey.

dalam islam, anak yang dilahirkan itu suci bersih. langsung tiada dosa. tapi masyarakat suka sangat beranggapan sifat anak akan terikut perangai mak bapak. mungkin sebab banyak sangat cerita "orang tu ada bela anak angkat sorang, anak sendiri semua jd baik,anak angkat dia je jadi jahat"..biasa dengar kan? kan?

saya biasa dengar, tapi tak pernah jumpa sendiri pun.. dongeng kottt...

cuba perhati, dalam satu keluarga, selalunya akan ada sorang yang bijak, sorang yang sederhana, sorang yang kurang bijak, sorang yang sangat baik, sorang lagi tak baik sangat. tu tak cite lagi yang rajin, yang malas. normal kot dalam satu keluarga tu kalau ada macam2 perangai. nape nak kena risau n fikir bukan2 hanya sebab dia tak kongsi DNA dengan korang? yang sama DNA pun ada yang ok ada rabak. tak gitu?

sedih dengan perasaan macam2 uols tu.. dah la tak ada anak, ehhh pandang baby yang tak berdosa tu macam dosa tinggi menggunung pula. layaklah uols tu hidup kesunyian..

pagi petang,siang malam, tengokjelah muka uols yang suci murni ni.. ok.. tata..

01 August 2015

compang camping

dah lama teringin nak ambil gambar kat studio. tapi macam tak best sebab 2 orang jeeee... so,sebelum ni gambar raya kami welfie jeee...  tahun ni memang awal2 dah cakap kat suami,nak ambil gambar studio.

kalau diamati la gambar kami tu, banyak compang campingnya. baju suami basah dik peluh. seluar uzair kusut. saya pula, terpaksa duduk macam tu sebab nak kepit si uzair. mood dia dah kelaut dahh..sibuk nak merangkak..

tapi kan, bagi saya, compang camping nilah yg sempurna. cukup ini. tak kisah lah rabak macam mana pun, asalkan bertiga, saya dah puas hati..

anak, terima kasih.. ummi happy!

21 July 2015

Setiap minit...

Assalammualaikum..
 Selamat hari raya... 

Raya tahun ni memang meriah sangat dengan adanya si uzair ni. Serius ummi sibuk simpan sampul duit, kutipan duit raya sangat memberangsangkan.. hihihi

Raya tahun ni ummi tak dapat pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri macam selalu.. Serius rasa lain sangat, kalau dulu bangun pagi,terus je siap,kali ni,ayah je siap..

uzair tau tak, ummi dari kecil2 pergi solat sunat raya tau..so bila xpergi,kekok! tapi ummi still happy sebab uzair ada. Pagi raya, ummi dh lain, sibuk mandikan n siapkan uzair. Ngam2 ayah balik, ummi dh siap. Berpeluh jugalah ummi,

Baju raya ummi kerdut lepas 2minit pakai.
Tengah ummi pakai shawl, uzair panjat kaki ummi n lapkan hingus kat baju raya ummi.
Shawl ummi? senget benget lepas 30saat pakai.. 

Masa salam raya dengan ayah, ayah tanya ummi, "awat la yang berpeluh2 ni? buat apa tadi" ummi cuma balas dengan pandang uzair yg sedang sibuk main kereta kat tepi.. Maka...fahamlah ayah! 
huhu

Terima kasih uzair, awak buat ummi happy sangat. Akhirnya raya yg boring dah berlalu..

Moga kita dapat beraya sampai ummi takde..

 

03 July 2015

9 Bulan

Assalammualaikum..

Cepatnya masa berlalu, dah 9 bulan anak ummi ni tau. Sejak ada uzair, saya tak terasa pun masa berjalan. Tup...Tup... uzair dah boleh merangkak, sekarang ni dia dah boleh berdiri n berjalan sepanjang grill pintu. Dia pun dah pandai buka almari dapur, dah pandai tunggu ummi mandi depan pintu sambil membebel bebel, dah pandai tepuk amai-amai, dah pandai makan nasi arab..hehehe..

Kenapa cepat sangat awak besar anak?

Sejak awak ada, ummi rasa penat tu macam tak penat je bila awak senyum, bila awak usap rambut ummi, bila awak panjat-panjat ummi, bila awak nak baring atas perut ummi. 
 
Semua penat tak terasa. 

Anak, terima kasih kerana membahagiakan ummi n ayah.
 
Walaupun sekarang ni ummi tak boleh nak berjalan sangat waktu malam, sebab awak kul8 dah tido, tapi ummi okey je.. tengok awak tido lagi best dari lepak mamak tau!
 Tapi ummi rindu la juga kat roti tisu yang nipis, rangup n manis tuu.
Rindu juga la. hahaa..
 
 

Satu lagi yang buat ummi rasa anak ummi ni besar sangat, tuu..dah pandai main lori. Siap boleh buat bunyi lori.. Nape cepat sangat besar ni.. 
 
Anak.. nanti dah besar pun janji awak tetap jadi baby ummi okey!!
 



01 June 2015

Janji


Suatu hari nanti, akan ada pelbagai soalan yang akan ummi hadap. Entah apa jawapannya. Soalan bocor. Tapi jawapan takde pula dalam buku. 

Anak, janji senyum sama2 dengan ummi sampai bila2 ye.. 

Ummi ada uzair je..
Janji. 

Kita senyum sama2.. Sampai bila2.. 

28 April 2015

Jalan-jalan dengan uzair

Assalammualaikum..

Saya n suami kan, sebenarnya dah tak tahu nak pergi jalan2 mana. Sebab dari dulu kami asyik berjalan berdua. Pusing Malaysia dah, Thailand tu setakat Hatyai tu biasa sangat. Dah takda tempat nak pergi. Semua tempat rasa boring. Nak pergi luar Negara takde bajet la pula..huhuhuhu..

Sejak ada uzair ni, kami ulang balik tempat2 yang kami pernah pergi. Rasa happy dapat bawa dia jalan-jalan. Padahal dia tido je.. tapi ummi n ayah ni happy je! Lawak kan?


 
Masa ni uzair sambut raya haji kat sungai petani. Umur uzair masa ni dalam 3minggu je.. Sorry uzair, awak takde baju raya. cuba tengok sarung tangan tu. gedabak besar. Yela... masa ni baru 2 kg.. 
 
 


Masa ni pula,  otw nak pergi Shah Alam dengan maksu n Dhia Humaira. Dhia lahir 1 minggu je awal dari uzair. So, maksu n ummi sama2 cuti n jalan2!! yeehuuu!! Dekat Shah Alam takde la berjalan sangat, setakat pergi expo baby je. Ada la bawa uzair balik Lurah Bilut, kampung maktok.

 

Ni pula kat Tasik Jitra. Tempat ummi n ayah lepak dulu2... Dah lama tak pergi, bila ada uzair ni, baru la ayah semangat nak gi lepak tasik balik. Kalau tak ummi n ayah lepak depan tv je.. huhuhu..
 


 
Yang ni kat Gunung Jerai. Saja je naik atas ni. Dulu ummi n ayah naik atas ni sejuk, tu yang nak bagi uzair rasa sejuk macam kat London la kekonon. hahahaaa..
 
 
 
Bukit merah ni ummi jemu xtau nak cakap dah. Tapi ayah ajak tido sana juga, sebab nak bawa uzair jalan2. Ummi redha.. hahhaaa
 
 
 
Masa opening butik pakcik yon pun uzair pi tau. Yelah... bagi semangat sikit kat pakcik yon, mana la tau nanti pakcik yon bagi saham butik kat uzair sikit...ehhhhhh byk! kikikiki...
 

 
Masa gi rumah mama bai, ayah semangat la nak bagi uzair merasa naik komuter. Uzair pun layankan jelah. Papa sham pun redha masa ni, sebab kena follow. hahhaa.. Semangat kan ayah uzair ni?
 


Yang banyak kunci ni bukan kat Korea atau Paris ye.. Ni kat Bukit Bendera Pulau Pinang. Hajat ayah dari uzair umur 1 hari lagi nak bawa uzair naik Bukit Bendera ni. Hahahaaa... Macam biasa, niat tu nak tunjuk tempat ummi n ayah dating dulu2. Serius cakap, ummi n ayah dulu boleh melangut kat atas bukit tu lama2. Melangut tengok pemandangan n tengok orang. Sebenarnya ummi dah jemu naik atas ni, tapi macam biasa, layan yelah!
 
 
 
 
Ni kat Pak Bara, Thailand. Masuk makan2 je. Ayah la nak tunjuk kat ummi n uzair tempat ayah selalu lepak makan dengan geng konvoi moto dia tu. 1st time ummi makan kerabu belangkas. Sedap la pulak! Tempat ni tepi pantai. Sambil makan tu angin tiup sepoi2 bahasa. Fuhhhh... ayah, nak pi lagi!!!
 

 
Hatyai.... kat sini uzair pi banyak tempat, tu gambar tu kat pantai samila. Memang penat la. Tido sana 1 malam je.. Nanti nak kena datang lagi, sebab masa ni uzair tak pandai lagi. ok ayah! Sini lagi yek!! Zoo pun uzair pi dah. Banyak sangat gambar sampai ummi rasa malas nak upload. hahahahaa.. nanti kita cerita bab zoo yek. Best!! sebab kat situ boleh mandi2..  
 


Tu muka bahagia sebab dapat main air kat zoo, sampai tido pun nak gelak.
hehehe..
 
 
 
 
Dulu2 kan, masa jalan ber2, rasa macam best dah. Tapi, sejak ada uzair ni, baru sedar yang dulu tu best sikit je, sekarang ni baru best banyak!! Terima kasih anak sebab teman ummi n ayah jalan2. Tempat yang dah rasa tawar tu jadi manis balik. Walaupun awak banyak tidur, tapi bila sampai kat satu2 tempat tu, awak sanggup berjaga n main dengan ummi n ayah ni.
 
 
Nanti ada rezeki kita pergi jalan-jalan lagi ye!
 
London?
 
**pengsan!**