hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

19 March 2014

Puan Zuriati

Assalammualaikum..

Alhamdulilah...akhirnya kawan saya yang seorang ni dah bergelar puan.
Kiranya geng kami ni dah lengkap lah!! Semua dah jadi puan, so...nanti boleh la bercuti sesama dengan pasangan masing-masing. 

Dah pelan dah ni, nak gi Phuket, Krabi, Taman Negara bal..bla..bla... 
Doalah bagi menjadi percutian kami ni. Boleh relex2 otak!

Majlis 15.3.2014, tapi 13.3.2014 saya dah terpacak dah kat rumah pengantin. Betapa semangatnya nak tengok sahabat kawen tau. 


Bai - Zu - Saya
masa ni baru 5 saat jadi isteri orang. ;)

muka lega!! yelah, sekali je akadnya.
Pengantin lelakinya tu, kawan kami jugak, kiranya memang rapat dengan kami ni. Orang Perlis, so.....maknanya nanti keraplah Zu balik Perlis, bolehlah lepak!!  Bai, je jauh.. kan baik kan? kan? kan?


masa ni, 2-2 malu-malu!!

See...wajah bahagia. Semoga hubungan ni kekal hingga ke syurga. 
Faizul, kalau zu still jadi bidadari u  kat   syurga nanti takpe kan?? 
Ke u nak bidadari lain??
 ;D



Nak selit jugak muka dayang-dayang masa akad nikah.Inai tu 'artis' kat sebelah kiri saya tu yang lukis, Pandai dia lukis, tengok gambar, terus je lukis, tak teragak-agak pun. Bakat semulajadi, tak belajar pun.
okey,
Malam tu jugak, kami gubah bunga untuk meja tetamu. Tangan kami ni tak seni, main cucuk je, nasib baik la ada mantan pengarah tempat kami kerja dulu, berbakat!! pandai sangat Cikju gubah!

bab bergambar memang no.1.. lah.. alaaaa gambar gelap ;(



Hari kenduri, alhamdulilah cuaca baik... panas.. Kat Ipoh ni tak macam kat Perlis, kat Perlis, sampai pul 5-6 petang tetamu ada lagi.. Kat sini betul-betul waktu tengah hari je. Padat gila orang. Meriah!!
 
 Pengantin sibuk mekeup, saya sibuk pasang bunga tu. Saja je menggedik nak pakai bunga, dulu muda-muda takde semua ni dik!!

Cikju tolong pakaikan bunga-bunga cinta tu kat saya.. Baik kan bos saya ni.;)








gambar dengan pengantin~~ wuuhuuu..
 
Dulu hubungan ni antara bos dan anak buah, sekarang ni macam emak n anak.

 Sekarang ni cikju dah pencen dah. Nampak dia tenang je. Yelah...dah tak payah fikir kerja, duduk rumah, masak, makan, berkebun je... Suka tengok cikju happy.

Ni kawan pengantin zaman belajar. Kami baru je kenal, baik. Otak macam boleh masuk je. Cuma saya ni orang utara, kasar sikit la.. ;)

Ni sepupu pengantin. Kami memang dah kenal dengan si Ya ni, dia study kat Arau, so memang kerap juga lah lepak dengan artis ni.;)



Bahagian paling best, ni.. Bab bergambar!! Memang tak pergi tempat lain dah!!
Berbaloi u buat misai2 bagai ni zu.. hihihi..

Layan gambar jelah ye.. ;))

lawa kan?? Idea sendiri je..

sesuka hati je terbalikkan..
macam hero tak? hahahaaa... saya minat betul dengan misai kontot tu!!

Misai ni kembang sikit..

sebabkan malu asyik saya je kat sini, so ajak la anak buah pengantin...hihihi..

single la sangat..

laki bini sibuk bergambar!

 Tapi, dalam banyak-banyak gambar, yang paling tak boleh tahan

-


-


-




-




-





-







-










-









-







-







-





 

Rasa macam nak tenyeh je Mat Fariq ni!!! Geram!!
Hot la sangat!!
Wekkkkkkkkkkkkkk!!






















OOOpppssss.... Petang tu, masa nak balik, singgah la kejap rumah kenduri. Sekali tengok pengantin kena membasuh daaa..

Hahaahahahhaaaa...
Nasib lah

gosok jangan tak gosok!!


10 March 2014

Pray for MH370





Assalammualaikum..

Berdoalah..
Moga Semuanya Terungkai..
Moga Setiap Persoalan Terjawab..

Berdoalah..

05 March 2014

Lepas dapat kunci rumah, nak kena buat apa ye? Ubahsuai? Apa nak kena fikir ye?







Assalammualaikum..

Sekarang ni, perumahan kat Perlis ni, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada je rumah nak naik. Pesat betul membangun!! Ehhh...puji negeri sendiri pulak.. hehe...

Tetiba rasa macam nak bagi pendapat pasal pengubahsuaian rumah perumahan terutama rumah semi d. Ramai sangat yang obses nak besarkan rumah. Nak guna semaksimum tanah yang ada. Sampaikan terlupa nak jaga kebajikan jiran.

CCC
Okey, saya kongsi sikit ye, apa perlu buat lepas dapat kunci rumah. Sebelum tu, pastikan rumah betul-betul siap dan dah dapat CCC (dulu CF) baru ambil kunci tau. Dan jangan lupa minta salinan CCC tu. Kena simpan tau. CCC tu macam surat beranak untuk rumah tu. Simpan sampai mati! Selagi tak dapat CCC, jangan terima kunci rumah. Sebabnya, rugilah...tarikh tanggung kecacatan dikira dari tarikh kita terima kunci.  So, sabar ye, tunggu CCC. Kalau adalah perumahan yang dah lama siap, tapi tak juga dapat CCC, tu maksudnya ada la masalah tu!

Kalau pemaju bagitau Majlis Perbandaran lambat, itu satu penipuan!! CCC dikeluarkan oleh Arkitek, bukan Majlis Perbandaran. Sebelum Arkitek keluarkan CCC, ada 21 borang dia kena selesaikan, borang-borang tu pula melibatkan banyak agensi, BOMBA, IWK, TNB.....dan byk lagi. nak detail, google je..

BORANG ADUAN KEROSAKAN
Pemaju akan bagi borang aduan kerosakan semasa sesi penyerahan kunci.. Check rumah betul-betul, tengok sama tak dengan pelan. Ukur keluasan rumah dan tanah.Kot-kot lah terrrrrtak cukup sekaki dua..rugi kot!!!

Point elektrik, sinki, kepala paip, tail ruang tamu, tandas, tail dinding, semua tu chek tau!! Selalunya pemaju akan terus baiki kerosakan yang kita dah isi dalam borang tu. Dalam sebulan semuanya sepatutnya dah siap dibaiki.

..........................................

Nak Ubahsuai? Sebolehnya, tunggulah sampai tarikh tanggung kecacatan habis, sebabnya, kalau kita buat ubahsuai sebelum tamat tarikh tanggung kecacatan tu, maka berakhirlah sesi tanggung kecacatan tu. Pemaju dah tak tanggung dah. Sendiri tanggung la ye..

.........................................


APA NAK BUAT KALAU NAK UBAHSUAI RUMAH?

Mula-mula, kena jumpa pelukis pelan. Kalau tak jumpa dia, siapa nak lukis pelan? hihihi.... Pelukis pelan ni dah mahir syarat-syarat nak ubahsuai rumah, so, tanya dia apa yang boleh, apa yang tak boleh. Lepas tu baru berangan nak ubah rumah tu macam mana.

Kalau saya nak cerita syarat satu persatu, boring kottttttttt... So, saya cerita yang berkenaan dengan saya la ye..

RUMAH TERES
Bagi rumah teres, tak banyak syarat. Boleh tambah sampai rapat ke longkang belakang. Tinggal 9inci je, kot-kot la nanti longkang tu nak dibesarkan, taklah ganggu. INGAT ye, kita beli rumah sampai pagar je, bukan sampai longkang. Longkang tu BUKAN kita punya, tak payah dok buat harta!! Tapi kalau jaga elok-elok tu takpa lah.. Tapi...Tapi...Tapi...tak payah la dok buat sinki, buat slap sampai orang nak cuci longkang pun tak boleh, agak-agak lah ye...

RUMAH DEMI D
Syarat yang buat saya stress : Bagi rumah semi d, jarak kelegaan 6 kaki 6 inci. Maksudnya, dari pagar tepi dan belakang, saya boleh tambah 4 kaki je!! (keluasan tahan 10 kaki je) OOOooohhhhhhhhh stresssssss!!!! Masa tu memang marah gila! Sibuk betul la, orang dah beli rumah, sibuk nak bersyarat bagai!!

Lepas kawan terangkan, baru la boleh terima sikit. Jarak kelegaan tu supaya kita tak terlalu rapat dengan jiran, taklah nampak macam rumah setinggan. Bagi kuih ikut tingkap. hehehe.. dan yang lagi penting, rumah semi d ni tak ada jalan belakang, so andai kata terjadi kebakaran, ruang tu la abang bomba nak lalu buat kerja.
**gambar hiasan**

Bila fikir balik, betul la syarat tu.Bila tengok rumah-rumah yang tak ikut syarat, yang rapat dengan jiran sebelah, baru la perasan, diaorang ni tak pernah pun buka tingkap, sentiasa tertutup. Dan kebetulan, saya ada berkunjung ke rumah sedara yang buat rumah rapat dengan jiran, bila tanya 'tingkap ni tak buka ke?' jawapannya 'sejak buat rumah memang tak buka, dekat sangat dengan rumah sebelah, tu yang gelap tu, dok kena pasang lampu je'.

**gambar hiasan**
Bila dengar sendiri pengakuan macam tu, baru rasa tak marah dengan orang yang buat syarat tu. Heheheheeee... Saya ni jenis suka pengudaraan semulajadi, suka buka tingkap, buka sliding. Saya memang tak suka rumah jenis terperap. Saya lah.. ;)

So, siapa yang beli rumah semi d, kalau nak ubahsuai, fikirlah keselesaan jiran sama ye.

'BENDA' WAJIB ADA!!
Antara ruang penting yang saya memang nak sediakan, ruang sidai baju!! Saya ada buat kajian sendiri, saya perhatikan, banyak rumah besar yang cantik, siap kolam, siap landskap, tapi sidai baju kat porch rumah. Jem!!! Pemandangan yang indah tu terus lesap!! Saya dah tekat, sidai baju kat belakang. Saya tak nak rumah saya nampak macam kedai dobi. No!! No!! Kedai dobi pun sidai baju kat belakang okey. Tapi yela, ni saya punya pendapat la, lain orang lain caranya, mungkin yang sidai kat depan tu tak ada ruang nak sidai di belakang. Tapi yelah, kita sendiri la kena sediakan ruang, kalau semua nak besarkan rumah sampai habis ruang, memang kena sidai kat porch la jawabnya. masing-masing punya pendapat la ye. ;)

Lagi satu yang saya nak, saya tak suka bila buka sliding tepi rumah saya tu, saya nampak jiran. So, penyelesaiannya, tembok tinggi. Bila check dengan  dengan kawan, dia cakap, tembok boleh sehingga 6 kaki. Cun!! tinggi saya 5 kaki 6 inci, so memang tak nampak la. Boleh la saya buka sliding tepi tu tanpa was-was.  ;)

Nak buat tembok tu, bincanglah dengan jiran elok-elok. Kita kan nak berjiran lama, macam saya, saya ambil tengah, jiran pun bersetuju. Kalau buat asing-asing ni, rugi ruang je kot!! tak lawa pulak tu!! hihihi..

**gambar hiasan**


.........................................

Akhirnya, kami buat keputusan untuk buat tembok & porch je kat keliling rumah. Tepi sliding sampai belakang, 6 kaki tinggi, selebihnya 4 kaki tinggi. Sedih juga tak dapat besarkan dapur dan ruang tamu, tapi takpa lah.

Rumah ceconet tu pun liat nak menyapu, nak rumah besar-besar pulak.. ;)

Bila dah pindah, rasa selesa pula. Tak mengganggu jiran, ruang luar pun selesa, boleh letak meja makan, kalau tetamu datang, kami memang makan kat luar la, kalau musim berangin, memang saya & mat fariq suka lepak luar, buka sliding, tengok tv dari luar.

ruang tepi tu, bolehla anak2 buah main lari2 kat luar.


tempat makan

kiranya memang lepak luar lah siapa yang datang rumah saya ;)

nak bakar-bakar pun senang~~alaaa gambar goyang!!

ruang luar dengan dalam macam sama je.. so, kekonon luas la kan... konon je!!

Saya kongsi ni apa yang saya tahu je, ikut pengalaman saya. So, kalau nak secara detail, macam saya kata tadi, jumpa pelukis pelan bertauliah ye.

wassalam ;)

03 March 2014

Hujung minggu

Assalammualaikum..

Yuuuuhhuuuuuuu... Buat pe tu? 

Minggu lepas saya kursus kat Langkawi. Yang bestnya, kursus tu sehari lepas dapat gaji. Haaaaa... Bahagia!! Shopping baik punya, lepas ni  makan nasi dengan telur goreng jelah!! Beria-ia beli. Tapi taklah semeriah akak-akak office yang lain. Depa lagi meriah, pi Idaman Suri 2 kali uolsssss!!! Tak rela i nak follow sampai 2 kali. Takut tergoda dengan pinggan-pinggan yang seksi tu!! muhahahaaaa..

Kami kat sana 3 hari 2 malam je, tapi sempat la menjamu mata, apa taknya.....Hotel Ismail Group tu, sebelah tempat shopping je. Apa nak, sumua ada. Hotel baru, memang best!! Wifi laju okey!! Oh bahagia!! 

Hotel ni kat Kuah, 5 minit je dari jeli. Dekat sangat. Sesuai sangat nak buat kursus kat sini, selesa. 


bilik memang terbaik

kami sebilik. akak ni anak 4, tapi badan kurus dari saya!! jelessss!!



Sesi kat idalam suri. Iolss beli sikit je..

Disebabkan beli 'sikit' bag tak muat, terpaksa beli bag lagi. Tapi okey lah, bag lama pun dah nak hancur. ;)

Balik dari Langkawi, ada sesi merajuk. Kes kecil je. Mat Fariq la, ada kerja, tak boleh nak ambil masa saya sampai kat jeti. Nasib baik office siapkan kereta hantar sampai rumah. Kecil je, tapi saja la nak merajuk. Saja je buat teruk. So, untuk menebus kesedihan isteri, Mat Fariq ajak gi Hat yai hari ahad tu.. Weeehhuuuuu.... Jejalan lagi!!!! Suka i, tak payah masak. Yes!! Menjadi skill merajuk i.

Hat yai ni dekat je dangan rumah, macam pi Alor Star je. Bezanya kena cop border pass je. Sebenarnya Mat fariq tu semangat nak gi pasaraya baru kat sana. Tak padan dengan sakit kaki, laju je dia berjalan. ;D

nama panjang berjela..

Lepas ni memang tak payah masuk Pulau Pinang dah, semua ada sini. Sebut je. yang bestnya, sini lagi murah!!


 Kebetulan, sale sana sini!!! Suka!! Mat Fariq cakap, cara tengok barang macam nak beli je. Tapi tukar duit pun RM100 je. Ehh....suka hati i lah, jamu mata pun layan apa.. ;)

yang ni boleh la beli, murah...hihihi..
Mat Fariq ni sebenarnya lawak, dia suka je buat saya gelak. Alahhhhh nak pujuk la tu!! Layan jelah..

'ayang, jom tangkap gambaq.' 'tak mau lah' 'ishhhh tak romantik!!'

Saya bukan tak romantik, tapi lapaq la masa ni. Tak ada mood nak berromantika sangat. Perut kkrooo kkrreeekkkk!!
 
gambar ni tak boleh belah!! 'tangkap gambar abag jadi duyong jap' hheeemmm...layan jelah!!
Itujelah ceritanya,

;)

oopppssss.. saya dah tak merajuk dah!
;D