hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

28 January 2014

Seindah biasa..





Assalammualaikum..

Alhamdulilah...
Suami dah sihat, cuma jalan tu ada capit-capit lagi la..
Start minggu ni dah tak payah ulang - alik ke klinik, dah tak payah cuci...
Luka pun dah sembuh. 

Serius rasa lapang dada ni.
Tak sabar nak menjalani kehidupan macam biasa balik.

Sekarang ni pun bukan  tak normal, cuma ada la yang lainnya kan..
Mat Fariq pun tak sabar dah nak kerja, boring sangat kat rumah, nak bagi kaki kuat sikit je lagi,
lepas ni dah boleh kerja.



Dalam masa Mat Fariq sakit dulu, macam-macam dugaan. Tapi itulah tanda DIA sayangkan kami.
 Alhamdulilah, semua dugaan tu kami sama-sama harungi.

Marah, merajuk, sakit hati, makan hati, semua ada!
Nama pun dugaan kan.. Masa tu, memang kena ingat Allah banyak-banyak.


Perkara yang paling susah, ialah SABAR. 
Sangat susah nak jumpa sabar, sangat susah!! 
Tapi itu je ubat yang ada.
 SABAR..
So, memang kena cari, kena gali, kena 'kawan' dengan 'dia'.
Suka atau tak, itu sahaja yang ada.
SABAR.

Semoga hidup kami tetap seindah biasa..
DIA tahu ini yang terbaik untuk kami, sebab tu DIA bagi kami 'rasa' ini.



21 January 2014

Cendawan a.k.a kulat

Assalammualaikum...

Orang putih panggil mushroom, orang bandar panggil cendawan, orang Perlis panggil kulat. Hhhaaaaa.... nampak tak punya la tak ada idea nak start entry ni.. ;)

Alhamdulilah....Sejak jual bongkah cendawan ni, semua bagi maklumbalas yang baik. Semua rasa seronok bila cendawan tu kembang setaman. Saya yang jual ni lagi la, best tau bila tengok cendawan tu menjadi.

Semua pelanggan dari batch 1 dah tuai hasil, dan sekarang ni tengah tunggu hasil ke2. 

Yang dah tuai hasil ke2 pun ada.
 Bahagia rupanya bila buat orang lain happy!! 









Bagi siapa yang berminat, boleh follow instagram @hijau0green ye. kat situ video cara nak siram, cara nak tuai pun ada.

 Jemputlah jamu2 mata ye..

nampak tu, besar tapak tangan okey!!

penuh!!




ni dari hasil ke2, 7-8 hari lepas tuai pertama. setiap bongkah tak sama tau kitarannya. lagi lembab tempat kita simpan, lagi cepat penumbuhan cendawan tu.

ni pun dari hasil ke2..
ni hasil daripada 2 pek cendawan tu.

02 January 2014

Cendawan! Jom berkebun dalam kabinet!!

Assalammualaikum..


Siapa minat berkebun dan suka makan cendawan macam saya. 

Jom

Jom

Jom



Jom ber"kebun" dan berjimat bersama-sama. 

Baru-baru ni saya jumpa kawan lama, dia buat pengusahaan cendawan... Bila tengok dia buat tu, macam best je tau. 

Bongkah cendawan ni sesuai sangat bagi siapa yang minat berkebun tapi rumah tak ada ruang nak bercucuk tanam. Takpun yang nak berkebun, tapi tak ada masa nak pergi nursery, nak kena membaja, nak kena gembur tanah, nak kena beli pasu dan macam2 lagi la. 

Saiz pek ni pun 6inci je. Memang menjimatkan ruang. 

Dalam pek ni semua dah redy, benih, baja, semua dah digaul sekali. Pek ni pun dah matang. Kalau ikut sains pertanian tu, kira memang akan hidup. Tapi semua tu rezeki Allah ta'ala,  insyallah dengan penjagaan yang baik, suburlah cendawan ni. 



Bagi yg berminat, bila dah dapat, cuma perlu buka cap. Kemudian simpan kat tempat yang gelap dan lembab. Simpan dalam kabinet je. Siram 2x sehari. Siram pun guna spray je. 

1 pek ni tahan 3 bulan dan boleh menghasilkan 1 kg cendawan dalam masa 3 bulan tu. Banyak kan!!




Lepas buka cap, 3-5 hari akan tumbuh anak cendawan. Dalam masa 3-4 hari kemudian, cendawan akan mengembang, masa tu dah boleh dituai.

Lepas dituai, 4-5 hari berikutnya, akan tumbuh lagi cendawan baru. 

Macam itu la kitarannya. Sangat menjimatkan dan berbaloi-baloi tau!! 

Yang penting, fresh!!

1 pek RM 6 + postage RM 9..



Kalau ada yang berminat, email kat fidayu_ps@yahoo.com.my