hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

25 November 2014

Qief Uzair

Assalammualaikum...


Uzair.. 
Dunia ini indah..
Jangan gentar..
Terbanglah..
Terbanglah sayang..

Uzair..
Moga jodoh kita hingga ke syurga..





Uzair..
Ummi sayang Uzair..
Sampai syurga..

Insyallah..


02 August 2014

Kau

Andai diberikan ruang dan peluang, aku tetap tak tahu apa harus aku ucapkan. Nak bersyair lagilah aku buntu. Nak bersajak pun samalah, panjang pendek nafas tak tentu, tak sama, tak merdu. Aku cuma manusia yang tahu 123, yang lurus, yang langsung tak kreatif, susah orang nak terima, tapi itulah aku. Manusia berlidah lembut. Hakikat lebih baik diucapkan. Pedih-pedih ayat lebih baik, asalkan itu kebenaran. Aku tak pandai menyusun pantun, menyusun bunga untuk dijadikan halwa telingan. Itu gila. Aku cuma aku. Keras macam agar-agar. Lembut macam batu. Aku rasa aku belum cukup, berbukit ilmu aku tak dicangkul. Sekadar menjenguk. Aku tahu ilmu itu ada, tapi aku tak hirau.  Tak ada yang terkesan dihati. Dosa aku. Daif aku. Aku memang tak sempurna. Pincang sana sini, kosong itu ini. Dunia terlalu besar untuk aku menjadikan aku dilihat. Ahh.. Memang aku tak mahu dilihat. Begitu juga dikenang. Dunia aku kerdil. Aku tak perlu kuasa ajaib, aku ada pencipta. Dia ada untuk aku. Bila adu kata aku redha, dia bagi aku tenang. Apa lagi yang aku nak? Bukanlah aku wajib bersyukur. Dimulut sentiasa lekang bertasbih. Dihati lagilah, 99 paling banyak, nak lebih tu sangatlah jarang. Aku takut nak tengok kiamat, aku tak nak rasa kiamat. Tapi aku tahu kiamat dah dekat. Aku percaya kiamat ada. Tapi aku tak cukup. Dosa macam angin, sentuh pipi, sentuh tangan, sapa sebadan. Menggigil badan bukan bukti aku ada jiwa, langsung tak. Aku menggigil kerana aku tak kuat. Jiwa digoncang. Kelemahan yang nyata. Aku tak daya berjalan, merangkak pun tidak. Aku tak cinta ini lagi. Aku cinta yang dulu. Aku tertekan, tapi bukan terbelenggu. Aku cinta yang sama tapi dah lain. Aku rasa aku sakit. Aku rasa aku dah lesu, aku rasa aku dah penat cinta itu. Aku perlu rehat? Aku tak tahu. Aku bukan lengkap. Kan dah cakap banyak kali. Tak faham ke? Haahhhahaaa.. Memang tak perlu faham. Malaikat takan tanya pun faham atau tak, buang masa. Dosa ber kilometer aku pun tak dipotong-potong, bertambah panjang adalah. Kenapa ye  pari-pari tak datang jenguk. Ke dia datang tapi aku yang tak tahu. Aku yang tak faham. Kemarin, masa maki berbalam, benar jiwa taklah sebaris. Tapi semalam beralun, macam ribut tu taklah, tapi hujan kencang tu adalah. Tapi tak ada yang terkesan. Hakikat memang begitu kan.. Maghrib aku tunduk, isyak aku rebah. Kuat sangat kot. Come on, kenyataan memang gitulah ia, bukannya macam mimpi, bolehlah belalut, pergi bulan makan ais kacang, pergi bintang main bunga api, pergi kelangit buat-buat dahaga. Namapun diawangan. Macam nasi tanpa kuah lah, mengkelan kot. Tapi tu macam khayalan jugak, memalut macam ni pun indah. Cakap apa nak cakap, bukannya kenyataan pun. Aku langsung tak harap orang akan baca. Dunia makinlah kejam. Dah lama tak dipeluk. Dah lama tak disayang. Sebab tu gaduh sana gaduh sini. Perlu agama untuk dijadikan panduan. Percaya aku. Aku rasa itu penting. Wahai kau. Aku cinta kau. Tetap macam dulu. Tolong kembali. 

08 April 2014

Beku

Assalammualaikum..


Tak rapuh.
Tak kurang.
Tak goyang.
Itu.
Doa.

Beku

Kemarin.
Semalam.
Tadi.

Sama.

Besok?
Allah tahu.

Beku

Sama
Sama
Sama
Sama
Sama
Sama
Sama
Sama
Sama
Sama

Aku pasti 
Ini tertulis

Luh Mahfuz.

Beku

Ini Cinta
Ketigi selepas Rasul
Pertamanya Allah

Ini Lubuk.

Beku

Cukup!

19 March 2014

Puan Zuriati

Assalammualaikum..

Alhamdulilah...akhirnya kawan saya yang seorang ni dah bergelar puan.
Kiranya geng kami ni dah lengkap lah!! Semua dah jadi puan, so...nanti boleh la bercuti sesama dengan pasangan masing-masing. 

Dah pelan dah ni, nak gi Phuket, Krabi, Taman Negara bal..bla..bla... 
Doalah bagi menjadi percutian kami ni. Boleh relex2 otak!

Majlis 15.3.2014, tapi 13.3.2014 saya dah terpacak dah kat rumah pengantin. Betapa semangatnya nak tengok sahabat kawen tau. 


Bai - Zu - Saya
masa ni baru 5 saat jadi isteri orang. ;)

muka lega!! yelah, sekali je akadnya.
Pengantin lelakinya tu, kawan kami jugak, kiranya memang rapat dengan kami ni. Orang Perlis, so.....maknanya nanti keraplah Zu balik Perlis, bolehlah lepak!!  Bai, je jauh.. kan baik kan? kan? kan?


masa ni, 2-2 malu-malu!!

See...wajah bahagia. Semoga hubungan ni kekal hingga ke syurga. 
Faizul, kalau zu still jadi bidadari u  kat   syurga nanti takpe kan?? 
Ke u nak bidadari lain??
 ;D



Nak selit jugak muka dayang-dayang masa akad nikah.Inai tu 'artis' kat sebelah kiri saya tu yang lukis, Pandai dia lukis, tengok gambar, terus je lukis, tak teragak-agak pun. Bakat semulajadi, tak belajar pun.
okey,
Malam tu jugak, kami gubah bunga untuk meja tetamu. Tangan kami ni tak seni, main cucuk je, nasib baik la ada mantan pengarah tempat kami kerja dulu, berbakat!! pandai sangat Cikju gubah!

bab bergambar memang no.1.. lah.. alaaaa gambar gelap ;(



Hari kenduri, alhamdulilah cuaca baik... panas.. Kat Ipoh ni tak macam kat Perlis, kat Perlis, sampai pul 5-6 petang tetamu ada lagi.. Kat sini betul-betul waktu tengah hari je. Padat gila orang. Meriah!!
 
 Pengantin sibuk mekeup, saya sibuk pasang bunga tu. Saja je menggedik nak pakai bunga, dulu muda-muda takde semua ni dik!!

Cikju tolong pakaikan bunga-bunga cinta tu kat saya.. Baik kan bos saya ni.;)








gambar dengan pengantin~~ wuuhuuu..
 
Dulu hubungan ni antara bos dan anak buah, sekarang ni macam emak n anak.

 Sekarang ni cikju dah pencen dah. Nampak dia tenang je. Yelah...dah tak payah fikir kerja, duduk rumah, masak, makan, berkebun je... Suka tengok cikju happy.

Ni kawan pengantin zaman belajar. Kami baru je kenal, baik. Otak macam boleh masuk je. Cuma saya ni orang utara, kasar sikit la.. ;)

Ni sepupu pengantin. Kami memang dah kenal dengan si Ya ni, dia study kat Arau, so memang kerap juga lah lepak dengan artis ni.;)



Bahagian paling best, ni.. Bab bergambar!! Memang tak pergi tempat lain dah!!
Berbaloi u buat misai2 bagai ni zu.. hihihi..

Layan gambar jelah ye.. ;))

lawa kan?? Idea sendiri je..

sesuka hati je terbalikkan..
macam hero tak? hahahaaa... saya minat betul dengan misai kontot tu!!

Misai ni kembang sikit..

sebabkan malu asyik saya je kat sini, so ajak la anak buah pengantin...hihihi..

single la sangat..

laki bini sibuk bergambar!

 Tapi, dalam banyak-banyak gambar, yang paling tak boleh tahan

-


-


-




-




-





-







-










-









-







-







-





 

Rasa macam nak tenyeh je Mat Fariq ni!!! Geram!!
Hot la sangat!!
Wekkkkkkkkkkkkkk!!






















OOOpppssss.... Petang tu, masa nak balik, singgah la kejap rumah kenduri. Sekali tengok pengantin kena membasuh daaa..

Hahaahahahhaaaa...
Nasib lah

gosok jangan tak gosok!!


10 March 2014

Pray for MH370





Assalammualaikum..

Berdoalah..
Moga Semuanya Terungkai..
Moga Setiap Persoalan Terjawab..

Berdoalah..

05 March 2014

Lepas dapat kunci rumah, nak kena buat apa ye? Ubahsuai? Apa nak kena fikir ye?







Assalammualaikum..

Sekarang ni, perumahan kat Perlis ni, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada je rumah nak naik. Pesat betul membangun!! Ehhh...puji negeri sendiri pulak.. hehe...

Tetiba rasa macam nak bagi pendapat pasal pengubahsuaian rumah perumahan terutama rumah semi d. Ramai sangat yang obses nak besarkan rumah. Nak guna semaksimum tanah yang ada. Sampaikan terlupa nak jaga kebajikan jiran.

CCC
Okey, saya kongsi sikit ye, apa perlu buat lepas dapat kunci rumah. Sebelum tu, pastikan rumah betul-betul siap dan dah dapat CCC (dulu CF) baru ambil kunci tau. Dan jangan lupa minta salinan CCC tu. Kena simpan tau. CCC tu macam surat beranak untuk rumah tu. Simpan sampai mati! Selagi tak dapat CCC, jangan terima kunci rumah. Sebabnya, rugilah...tarikh tanggung kecacatan dikira dari tarikh kita terima kunci.  So, sabar ye, tunggu CCC. Kalau adalah perumahan yang dah lama siap, tapi tak juga dapat CCC, tu maksudnya ada la masalah tu!

Kalau pemaju bagitau Majlis Perbandaran lambat, itu satu penipuan!! CCC dikeluarkan oleh Arkitek, bukan Majlis Perbandaran. Sebelum Arkitek keluarkan CCC, ada 21 borang dia kena selesaikan, borang-borang tu pula melibatkan banyak agensi, BOMBA, IWK, TNB.....dan byk lagi. nak detail, google je..

BORANG ADUAN KEROSAKAN
Pemaju akan bagi borang aduan kerosakan semasa sesi penyerahan kunci.. Check rumah betul-betul, tengok sama tak dengan pelan. Ukur keluasan rumah dan tanah.Kot-kot lah terrrrrtak cukup sekaki dua..rugi kot!!!

Point elektrik, sinki, kepala paip, tail ruang tamu, tandas, tail dinding, semua tu chek tau!! Selalunya pemaju akan terus baiki kerosakan yang kita dah isi dalam borang tu. Dalam sebulan semuanya sepatutnya dah siap dibaiki.

..........................................

Nak Ubahsuai? Sebolehnya, tunggulah sampai tarikh tanggung kecacatan habis, sebabnya, kalau kita buat ubahsuai sebelum tamat tarikh tanggung kecacatan tu, maka berakhirlah sesi tanggung kecacatan tu. Pemaju dah tak tanggung dah. Sendiri tanggung la ye..

.........................................


APA NAK BUAT KALAU NAK UBAHSUAI RUMAH?

Mula-mula, kena jumpa pelukis pelan. Kalau tak jumpa dia, siapa nak lukis pelan? hihihi.... Pelukis pelan ni dah mahir syarat-syarat nak ubahsuai rumah, so, tanya dia apa yang boleh, apa yang tak boleh. Lepas tu baru berangan nak ubah rumah tu macam mana.

Kalau saya nak cerita syarat satu persatu, boring kottttttttt... So, saya cerita yang berkenaan dengan saya la ye..

RUMAH TERES
Bagi rumah teres, tak banyak syarat. Boleh tambah sampai rapat ke longkang belakang. Tinggal 9inci je, kot-kot la nanti longkang tu nak dibesarkan, taklah ganggu. INGAT ye, kita beli rumah sampai pagar je, bukan sampai longkang. Longkang tu BUKAN kita punya, tak payah dok buat harta!! Tapi kalau jaga elok-elok tu takpa lah.. Tapi...Tapi...Tapi...tak payah la dok buat sinki, buat slap sampai orang nak cuci longkang pun tak boleh, agak-agak lah ye...

RUMAH DEMI D
Syarat yang buat saya stress : Bagi rumah semi d, jarak kelegaan 6 kaki 6 inci. Maksudnya, dari pagar tepi dan belakang, saya boleh tambah 4 kaki je!! (keluasan tahan 10 kaki je) OOOooohhhhhhhhh stresssssss!!!! Masa tu memang marah gila! Sibuk betul la, orang dah beli rumah, sibuk nak bersyarat bagai!!

Lepas kawan terangkan, baru la boleh terima sikit. Jarak kelegaan tu supaya kita tak terlalu rapat dengan jiran, taklah nampak macam rumah setinggan. Bagi kuih ikut tingkap. hehehe.. dan yang lagi penting, rumah semi d ni tak ada jalan belakang, so andai kata terjadi kebakaran, ruang tu la abang bomba nak lalu buat kerja.
**gambar hiasan**

Bila fikir balik, betul la syarat tu.Bila tengok rumah-rumah yang tak ikut syarat, yang rapat dengan jiran sebelah, baru la perasan, diaorang ni tak pernah pun buka tingkap, sentiasa tertutup. Dan kebetulan, saya ada berkunjung ke rumah sedara yang buat rumah rapat dengan jiran, bila tanya 'tingkap ni tak buka ke?' jawapannya 'sejak buat rumah memang tak buka, dekat sangat dengan rumah sebelah, tu yang gelap tu, dok kena pasang lampu je'.

**gambar hiasan**
Bila dengar sendiri pengakuan macam tu, baru rasa tak marah dengan orang yang buat syarat tu. Heheheheeee... Saya ni jenis suka pengudaraan semulajadi, suka buka tingkap, buka sliding. Saya memang tak suka rumah jenis terperap. Saya lah.. ;)

So, siapa yang beli rumah semi d, kalau nak ubahsuai, fikirlah keselesaan jiran sama ye.

'BENDA' WAJIB ADA!!
Antara ruang penting yang saya memang nak sediakan, ruang sidai baju!! Saya ada buat kajian sendiri, saya perhatikan, banyak rumah besar yang cantik, siap kolam, siap landskap, tapi sidai baju kat porch rumah. Jem!!! Pemandangan yang indah tu terus lesap!! Saya dah tekat, sidai baju kat belakang. Saya tak nak rumah saya nampak macam kedai dobi. No!! No!! Kedai dobi pun sidai baju kat belakang okey. Tapi yela, ni saya punya pendapat la, lain orang lain caranya, mungkin yang sidai kat depan tu tak ada ruang nak sidai di belakang. Tapi yelah, kita sendiri la kena sediakan ruang, kalau semua nak besarkan rumah sampai habis ruang, memang kena sidai kat porch la jawabnya. masing-masing punya pendapat la ye. ;)

Lagi satu yang saya nak, saya tak suka bila buka sliding tepi rumah saya tu, saya nampak jiran. So, penyelesaiannya, tembok tinggi. Bila check dengan  dengan kawan, dia cakap, tembok boleh sehingga 6 kaki. Cun!! tinggi saya 5 kaki 6 inci, so memang tak nampak la. Boleh la saya buka sliding tepi tu tanpa was-was.  ;)

Nak buat tembok tu, bincanglah dengan jiran elok-elok. Kita kan nak berjiran lama, macam saya, saya ambil tengah, jiran pun bersetuju. Kalau buat asing-asing ni, rugi ruang je kot!! tak lawa pulak tu!! hihihi..

**gambar hiasan**


.........................................

Akhirnya, kami buat keputusan untuk buat tembok & porch je kat keliling rumah. Tepi sliding sampai belakang, 6 kaki tinggi, selebihnya 4 kaki tinggi. Sedih juga tak dapat besarkan dapur dan ruang tamu, tapi takpa lah.

Rumah ceconet tu pun liat nak menyapu, nak rumah besar-besar pulak.. ;)

Bila dah pindah, rasa selesa pula. Tak mengganggu jiran, ruang luar pun selesa, boleh letak meja makan, kalau tetamu datang, kami memang makan kat luar la, kalau musim berangin, memang saya & mat fariq suka lepak luar, buka sliding, tengok tv dari luar.

ruang tepi tu, bolehla anak2 buah main lari2 kat luar.


tempat makan

kiranya memang lepak luar lah siapa yang datang rumah saya ;)

nak bakar-bakar pun senang~~alaaa gambar goyang!!

ruang luar dengan dalam macam sama je.. so, kekonon luas la kan... konon je!!

Saya kongsi ni apa yang saya tahu je, ikut pengalaman saya. So, kalau nak secara detail, macam saya kata tadi, jumpa pelukis pelan bertauliah ye.

wassalam ;)

03 March 2014

Hujung minggu

Assalammualaikum..

Yuuuuhhuuuuuuu... Buat pe tu? 

Minggu lepas saya kursus kat Langkawi. Yang bestnya, kursus tu sehari lepas dapat gaji. Haaaaa... Bahagia!! Shopping baik punya, lepas ni  makan nasi dengan telur goreng jelah!! Beria-ia beli. Tapi taklah semeriah akak-akak office yang lain. Depa lagi meriah, pi Idaman Suri 2 kali uolsssss!!! Tak rela i nak follow sampai 2 kali. Takut tergoda dengan pinggan-pinggan yang seksi tu!! muhahahaaaa..

Kami kat sana 3 hari 2 malam je, tapi sempat la menjamu mata, apa taknya.....Hotel Ismail Group tu, sebelah tempat shopping je. Apa nak, sumua ada. Hotel baru, memang best!! Wifi laju okey!! Oh bahagia!! 

Hotel ni kat Kuah, 5 minit je dari jeli. Dekat sangat. Sesuai sangat nak buat kursus kat sini, selesa. 


bilik memang terbaik

kami sebilik. akak ni anak 4, tapi badan kurus dari saya!! jelessss!!



Sesi kat idalam suri. Iolss beli sikit je..

Disebabkan beli 'sikit' bag tak muat, terpaksa beli bag lagi. Tapi okey lah, bag lama pun dah nak hancur. ;)

Balik dari Langkawi, ada sesi merajuk. Kes kecil je. Mat Fariq la, ada kerja, tak boleh nak ambil masa saya sampai kat jeti. Nasib baik office siapkan kereta hantar sampai rumah. Kecil je, tapi saja la nak merajuk. Saja je buat teruk. So, untuk menebus kesedihan isteri, Mat Fariq ajak gi Hat yai hari ahad tu.. Weeehhuuuuu.... Jejalan lagi!!!! Suka i, tak payah masak. Yes!! Menjadi skill merajuk i.

Hat yai ni dekat je dangan rumah, macam pi Alor Star je. Bezanya kena cop border pass je. Sebenarnya Mat fariq tu semangat nak gi pasaraya baru kat sana. Tak padan dengan sakit kaki, laju je dia berjalan. ;D

nama panjang berjela..

Lepas ni memang tak payah masuk Pulau Pinang dah, semua ada sini. Sebut je. yang bestnya, sini lagi murah!!


 Kebetulan, sale sana sini!!! Suka!! Mat Fariq cakap, cara tengok barang macam nak beli je. Tapi tukar duit pun RM100 je. Ehh....suka hati i lah, jamu mata pun layan apa.. ;)

yang ni boleh la beli, murah...hihihi..
Mat Fariq ni sebenarnya lawak, dia suka je buat saya gelak. Alahhhhh nak pujuk la tu!! Layan jelah..

'ayang, jom tangkap gambaq.' 'tak mau lah' 'ishhhh tak romantik!!'

Saya bukan tak romantik, tapi lapaq la masa ni. Tak ada mood nak berromantika sangat. Perut kkrooo kkrreeekkkk!!
 
gambar ni tak boleh belah!! 'tangkap gambar abag jadi duyong jap' hheeemmm...layan jelah!!
Itujelah ceritanya,

;)

oopppssss.. saya dah tak merajuk dah!
;D

19 February 2014

Kau Pergi Jua...

Assalammualaikum..



Akhirnya....Akhirnya..... Mat Fariq lepaskan jugak kereta kesayangan kami. 
Masa tengok tuan baru bawa kereta, Ya Allah... berlenang air mata! Rasa macam orang ambil hak kami. Rasa macam nak ambil balik kereta tu!!!

Kereta ni baik sangat, tak pernah rosak tengah jalan. Kalau nak rosak pun, mesti jadi kat rumah je. Memang jaga tuan arrrr.


TL dah 2 kali pusing Semenanjung Malaysia, nasib baik Sabah & Serawak kena fly, kalau boleh drive, memang dah sampai dah. ;)



Kereta ni lah, penyumbang utama dalam usaha kami nak beli rumah dulu. 
Terima kasih atas jasa mu..

Sedihhhhhhhhh!!!!

Kenapa kami jual?

Sebab dah lama tak digunakan. Berbalut je kat porch tu. So, rasanya lebih baik kami bagi peluang orang lain pula merasa betapa indahnya duduk kat dalam TL ni. Biar TL berjasa kat orang lain pulak.
Tuan baru pun kawan suami.
 Dia yang buka mulut nak beli, sebab dia dah lama dia nak beli kereta tu, berkenan katanya.
 Lepas berbincang dengan suami, kami buat keputusan untuk lepaskan. Lagipun, dia lebih memerlukan. 

Sedihhhhhhh!!!!!



Ini pemandangan terakhir yang takan pernah saya lupa.
Simpan dalam hati beb!!

04 February 2014

Moga

Assalammualaikum..


Kabur
.
Ya
,
Ianya
Kabur
.
Nak 
Kata
Nampak
Tidak
.
Nak
Kata
Tak
Nampak
Pun 
Tidak
.
Entah
.
Entah
.
Seakan 
Penting
Seakan
Tidak
.
Moga
Adalah
Harapan
.
Amin

28 January 2014

Seindah biasa..





Assalammualaikum..

Alhamdulilah...
Suami dah sihat, cuma jalan tu ada capit-capit lagi la..
Start minggu ni dah tak payah ulang - alik ke klinik, dah tak payah cuci...
Luka pun dah sembuh. 

Serius rasa lapang dada ni.
Tak sabar nak menjalani kehidupan macam biasa balik.

Sekarang ni pun bukan  tak normal, cuma ada la yang lainnya kan..
Mat Fariq pun tak sabar dah nak kerja, boring sangat kat rumah, nak bagi kaki kuat sikit je lagi,
lepas ni dah boleh kerja.



Dalam masa Mat Fariq sakit dulu, macam-macam dugaan. Tapi itulah tanda DIA sayangkan kami.
 Alhamdulilah, semua dugaan tu kami sama-sama harungi.

Marah, merajuk, sakit hati, makan hati, semua ada!
Nama pun dugaan kan.. Masa tu, memang kena ingat Allah banyak-banyak.


Perkara yang paling susah, ialah SABAR. 
Sangat susah nak jumpa sabar, sangat susah!! 
Tapi itu je ubat yang ada.
 SABAR..
So, memang kena cari, kena gali, kena 'kawan' dengan 'dia'.
Suka atau tak, itu sahaja yang ada.
SABAR.

Semoga hidup kami tetap seindah biasa..
DIA tahu ini yang terbaik untuk kami, sebab tu DIA bagi kami 'rasa' ini.