hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

18 November 2013

Chiang Mai ~ part 1

Assalammualaikum..

1. Rezeki jangan ditolak.
2. Bagai mengantuk disorongkan bantal.

Dua  peribahasa ni memang sesuai sangat dengan saya. Yela.. masa tengah relex2, tetiba dapat msg bagitau nama saya terpilih untuk join lawatan ke Chiang Mai. Hiiippppp...Hiiiipppp.... Hiiippppp... Terus lompat bintang!! ;)

5 hari 4 malam tau tinggal Mat Fariq. Haaaaaaaaa...balas dendam!! Asyik kita je kena tinggal, kali ni baru dia tau! Isteri nak berfoya-foya 5 hari okey! Dia awal-awal lagi dah ingatkan saya, suruh bawa no. phone siam dia punya tu. Senang nak calling2 katanya. Takut rindu latew!! ;)

ngantukkkkkk!!!

Kami naik Air Asia dari Hat yai. 2 jam. Ala...saya tidoq je dalam tu. Apalah sangat takat tido
q 2 jam tu. Verry the kacang!! ;)

Sampai-sampai je, saya taklah perak sangat. Yela.. tapi teruja la kan, sebab Mat Fariq memang ada pelan nk ride sampai Chiang Mai ni. Boleh dikatakan seminggu 3-4 kali gak dia dok cerita pasal Chiang mai ni. Best la, nak masuk Burma la, nak tu la...nak ni la... So, dengan tak semena2, saya pun jadi macam teringin gak nak jejak kaki kat sani. Cuma rezeki saya sampai dulu. Tumpang lalu ye abang... muhaaaahhahaaa... (gelak jahat!!!)

Masa sampai tu, dah ada bas tunggu. Siap ada minah siam sambut & kalungkan bunga. Rasa macam pelancong angat! ahaksss....

Gambar saya takde..so letak gambar adik ni ye..

Nak ke hotel 20 minit je, sempat la tengok pemandangan sikit-sikit.Malam tu, lepas makan je, terus ronda-ronda night bazaar. Okey2..ikhlas nak ngaku ni, masa makan tu kan, hati meronta-ronta nak pi bazaar!! Tak sabaq tau!! 

Berpinar mata ni. Macam nak beli semua!! Tapi saya tahan diri, saya tekad nak tengok-tengok dulu, sebab kami ada banyak hari lagi nak shopping, so...kita jamu mata dulu. Tengok-tengok dulu, nanti last day baru rembat! Strategi mau power!!


pemandangan 180 darjah

Kat night bazaar, orang ramai gila. Mat saleh bersepah. Tapi dari Malaysia tak jumpa pulak orang lain. Kami-kami je. Bazaar ni besaq baq hang!! Lenguh kaki berjalan. Tapi apa nak risau, pengurut-pengurut kaki sedia berjuang membetulkan urat-urat kaki anda. Harga tak mahal sangat, RM20-30 untuk 1 jam. Lupa nak bagitau, yang bestnya, hotel kami dekat je, jalan 5minit je dah sampai bazaar. Oh Bahagia!!!

dengan kawan-kawan n yang lelaki tunggal tu my bos!

caaaaaannnnnntttiiikkkkkkkk!!!!
 Dekat bazaar ni, yang paling best, artis-artis ni. Cantik sungguh la.. Lukisan tu nampak hidup. Terpegun akak. Harga lukisan ni ikut saiz la, macam gambar budak yang tengah senyum tu RM120 rasanya. Tapi serius berbaloi. Lukisan tu lagi cantik dari gambar tau. Anugerah Allah kat dia.. tangat boleh 'menari'.



Masa tunggu akak-akak saya shopping, saya layan lagu-lagu sedih dari mamat siam ni. Ya Allah...merdunya. Tapi lagu dia semua sedih. Kalaulah saya sorang je masa ni, merambu dah rasanya air mata ni. Syahdu sangat. Terbuai-buai dibuatnya.  




Besoknya kami naik tuk-tuk masa nak gi sarapan. Kat hotel memanglah ada makanan, tapi tak halal. So..jalan-jalan cari halal food la. Senang je, cakap kat driver tu halal food, pastu dia bawa kami kat lorong Masjid. Pagi tu makan roti canai pisang. Alhamdulilah...kenyang ;)

muka kenyang camni la!

Lepas makan, kami berkumpul kat hotel, masing-masing tak sabar nak jejalan dah ni. Akak-akak ni tak keluar makan, depa bawak bekal dari perlis okey! Roti, sambal udang, sambal bilis, semua ada!!! Saya pun tumpang gak la sekeping dua.. hihi..


 Masa nak naik bas, ada sorang makcik ni dok tunggu. Kononnya, kalau kita lepaskan burung ni, akan menyelamatkan perjalanan kita. RM10 untuk 4 ekor burung. Hihihihi...takpa la makcik, kami baca doa naik kenderaan je.. Tapi macam comel je kan? Kalau kita saja-saja nak beli dan lepaskan pun takpa, yang penting niat tu. ;)

Okeylah, nanti sambung lagi yek..
Banyak tempat menarik nak kongsi..
;)

No comments: