hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

22 November 2013

Chiang Mai ~ last

Assalammualaikum..

Hari ke3, awal-awal kami dah check out. Nak pi Chiang rai pulak, tapi bag tinggal kat hotel,sebab nanti nak patanh balik kat situ.  Perjalanan dalam 3 jam. Tapi tak terasa sangat sebab sepanjang jalan tu kami melawat Hot Spring Chang Rai. Ciput je tempat ni, biasa la, jual-jual baju & batu permata. Kami kat sini pun 45minit je.


kalau nak rebus telur pun boleh je..
air suam-suam kuku je..siap buat air pancut..

Pastu singgah kat Watt  Ronkun. Watt ni hasil dari sumbangan orang persendirian. Dia ni pelukis, banyak duit, so dia buat la watt, tapi kat sini tak ada sami, dia buat untuk tujuan seni, nak bapi pelancong menghayati kesenian yang tempat lain tak ada.

see... masuk-masuk je dah nampak seni ;)

adoi..kalau gantung kat rumah, mesti budak-budak dah xberani main bola depan umah .


semuanya putih.

Kat sini semua orang boleh masuk, tapi kena buka kasut. Saya tak masuk pun, panas sangat. hihi..

kat sini siapa nak masuk kat dalam watt tak boleh seksi, kena pakai kain ye.. kalau duduk luar je takpa la nak seksi..
ni tandas tau!! tandas!! cantik dan bersih sangat!!
sangat-sangat suka!! nak kena buat ni..

nilah pemilik watt ni, sempoi je..
Lepas tu dalam 30minit camtu, kami sampai kat segi tiga emas!!! Nak pi cari emas pulak. Hehehe... Sebenarnya Golden Triangle ni ialah tempat dimana kita boleh pergi ke Thailand, Laos dan Myanmar. Naik bot je.. Kat sini sebenarnya tempat kasino. Tapi ada la kat Laos tu tempat shopping, tapi biasa je, macam pasar tani kita je.. ;)

jom..jommm naik bot!!
inilah dia, dari kiri thailand, myanmar, laos!

boleh la study peta kat sini, nak pi china pun dekat dah tau!


kan dah cakap..macam nat je...

Kami kat sini pun dalam 1jam je kot. Sebab dah petang, nak check in  pastu makan. Lapo!!

akak ni suara dia power!
Lepas makan, jejalan lagi, kat sini cuaca tak sejuk,tapi baru nak masuk sejuk, semua kedai jual baju tebal-tebal. Kami tengok-tengok je la.

Besoknya kami jejalan kat depan hotel je. Sepanjang jalan tu orang menjual tau, macam-macam ada.
Hotel kami kat Maesai, sempadan Myanmar.


tu..tu...tu pintu pagar ke Myanmar, saya tak masuk pun, geng lelaki banyak masuk sana. Katanya sana lagi banyak kedai jualan. Nak masuk sana RM50!! baik beli kat belah sini je.. ;)
dekat sangat dah.. hehe

tradisional sangat!

the northern most of thailand. mat fariq, u nak sangat kat mai sini. ;) i datang tulu ye..

kat sini semangat kebangsaan sangat, pagi-pagi lagu kebangsaan kuat sangat depa ni pasang, masa tu semua orang kena berdiri, mamat ni punya la laju keluar dari kedai, tapi bila dengar lagu, terus berhenti. bagus tul.
teramat banyak kedai!!!
Tengah hari tu, kami dah bertolak ke Chiang mai balik. Malam tu, shopping kat sana pulak, tapi orang lain la shopping, saya sakit perut, so lepak bilik je! Banyak baju tak sempat nak beli. Tak ada pun baju Chiang Mai tau!! Sedih betul..

Kesimpulannya kat sini betul-betul tempat shopping!! Tapi ada banyak lagi tempat yang kami tak pi, macam naik gajah , perkampungan orang asli yang leher panjang, dan banyak lagi. Rasanya kena tambah lagi 1 minggu la kalau nak pi semua tempat. hehhee...Seminggu pun dah teringat pokok kat rumah, camna nak tambah lagi 1 minggu.

Apapaun, terima kasih sangat kat office yang sudi bawa saya!
Nanti-nanti bawa lagi tau!!

terima kasih
;)

1 comment:

NinaAz said...

Salam kenl. Nina singghah dn follow