hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

19 September 2013

Geng WhatsApp

Assalammualaikum..

Sejak ada geng whatsapp ni dunia tidak sunyi lagi. Hahaha.. macam tagline pulak. Okey, dulu saya tak download pun whatsapp ni, sebab kena bayar. So..saya ada app yang free je.. LINE ngan  WeChat. I jimat cermat u, bukan kedekut tau.

Disuatu hari yang hening dan boring, buka la App Store, ku ternampak whatsapp dan ianya free. Ku pun downloadlah aianya. Yeaaaaaa!!!!!

Ishh...menyampah pulak tulis macam tu. Kembali kepada bahasa yang bertamadun ye. Bahasa perlis..hehe..



Saya memang tau yang  geng sekolah dulu ada group whatsapp, Mat Fariq selalu je story. Tapi dah tak ada whatsapp kan, tak dapat la nak layan. Ni, bila join geng sekolah dulu, rasa best pulak. Rasa muda kembali. Jangan salah faham...Bukan bermaksud sekarang ni tua, cuma tak berapa nak muda je okey. ;)

Sebenarnya berborak dengan kawan-kawan yang pernah sama-sama comot dulu ni, rasa lain tau. Walaupun semua dah berkeluarga, semua dah kerja, tapi semua jiwa budak-budak lagi. Hilang stress. Yang paling best, tak sombong dan tak cakap up diri. Semua relex jer... walaupun ada yang dah pakai ferrari. Tak sombong langsung. Tu yang best tu.. Ishhh...gila kan umur baru 29 dah pakai ferrari. Rezeki..rezeki..

Dalam group ni ada yang jadi polis, jadi cikgu, suri rumah, kerja ngan bank, kerja ngan swasta, bisnes sendiri pun ada dan tidak ketinggalan, tukang paip...haaaa ni Mat Fariq la ni. Alhamdulilah semua jadi 'orang'. Tak sia-sia kita pi sekolah dulu..... poyo tak kenyataan tu? hahahhaaa....Kalau la hampa (korang) kenal dan tau betapa belemoih (comot) kami dulu, mesti hampa semua senyum je tengok kami sekarang. Yela..kami semua budak kampung, main pun macam budak kampung la. Kayuh basikal sana-sini. Pendek kata, belemoih tak sangga la.. Baju pun biasa-biasa ja, baju murah ja. Tak pernah la nak pakai baju cap adidas, cap nike ni. Kalau ada pun, yang ciplak punya je.

Tapi semua tinggal kat luar. Saya je setia kat sini. Dulu Kini Dan Selamanya. ;) Ala....... Tak kisah la mana kita tinggal, yang penting tak lupa daratan. Geng ni pun relex je cakap perlis, tak da nak belagak cakap kolompoq (KL) pun. Stedy je!!  ;)

Topik perbincangan kami semua HOT! HOT! tau... Lebih HOT dari HOT FM. Macam-macam merapu. Isu yang paling disukai, macam biasa la....... isu kenapa tak bagi lelaki kawen 2. Rasanya tiap hari akan timbul isu ni. Kira isu sepanjang zaman la. Suka sangat geng laki kalau cakap bab tu. Berpusu-pusu masuk. Semangat! 

Apapun, memang saya harap sangat kami semua akan kawan sampai bila-bila. Harap-harap lepas ni berjumpa balik dengan kawan-kawan yang lain & rapat balik macam zaman sekolah dulu. Sayang la kalau kita lupa semua kenangan zaman sekolah kan. Yang paling penting, kena ikhlas dalam berkawan. Saya tak suka kawan yang cari masa dia susah ja. Bila senang, lupa. Tak best la berkawan macam tu. Kita berkawan sebab kita kawan ye, senang ke, susah ka, tak kisah. Kawan tetap kawan.

Lagipun hidup kita lebih indah kalau ramai orang yang baik-baik disekeliling kita. ;)



Alahh...rindunya zaman sekolah!

No comments: