hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

10 September 2013

Gaji sikit tapi nak beli rumah? Ni caranya...cara saya la.

Assalammualaikum..

Macam mana nak beli rumah dalam keadaan harga rumah yang mendadak naik? 

Saya bukan pakar, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman, sebab saya tengok sekarang ni ramai sangat merungut tak mampu nak beli rumah. Ramai orang melayu kita ni sewa rumah berpuluh tahun sebab tak mampu nak beli rumah. Saya bukan kata saya bagus ye, tapi macam saya cakap tadi, sekadar berkongsi. Nak ikut silakan, kalau rasa tak sesuai takpa la. Saya cerita cara saya la, dengan pendapatan yang bukan mewah ni,macam mana nak beli rumah. tu je..

Okey, bila dapat kerja ja, jangan terus beli kereta atau motor besar. Sabar dulu. Kalau sebelum kerja ada kereta lama atau motor zaman belajar dulu-dulu tu, pakai je dulu. Kalau ada pengangkutan awam, naik yang tu dulu. Jangan melulu. Zaman saya dulu, nak beli kereta, tunjuk surat tawaran kerja je, mudah sangat-sangat kalau nak beli kereta. Ramai je kawan-kawan yang beli kereta, tapi saya tahan diri, sebelum kawen tumpang ayah, lepas kawen naik kereta proton saga Mat Fariq. Proton saga lama a.k.a buruk.hehehe...  Bunyi macam-macam kereta tu, yang paling mendugakan, power lengan ye. Tangan saya kuat sebab dok pulas stereng tu je!! Teringin sangat nak beli myvi...yela, zaman tu semua orang muda pakai myvi, siap makeup macam-macam.Teringin sangat-sangat-sangat.  Tapi terubat gak keinginan nak beli myvi sebab kawan saya cik zu & puan baidura tu pakai myvi. So, tumpang kereta kawan-kawan je la... ;)

Tapi, kalau memang sangat memerlukan kenderaan, beli yang murah. Takpa, simpan dulu niat untuk bergaya tu. Insyallah lain tahun boleh bergaya. Beli la kereta yang langsung tidak membebankan. Jangan sampai separuh dari gaji ye, suku daripada gaji cukup! 

Lagi, jangan buat personal loan untuk bayar muka kereta, untuk melancong @ saja-saja nak beli gajet. NO!! Ramai sangat yang 'saja-saja' buat loan. Ramai yang jawab 'Ala.....buat 20k je, ada nak guna sikit' JANGAN SAMA SEKALI!!! Bersihkan diri dari buat loan saja-saja ni. Sayang duit dik... Jangan buat kesalahan kecil ni. Fikir betul-betul, nak kena tanggung hutang 20 tahun untuk beli benda yang boleh rosak setahun dua. Sangan membazir.

Tapi, kalau sangat memerlukan duit, silakan. Situasi kita tak sama, tapi pertimbangkan sebaiknya ye.

Penyakit yang paling bahaya, KREDIT KAD. Berhantu betul!!! Jangan jangan jangan!!! semua ni akan buat anda semua gila shopping, baik perempuan @ lelaki. Perempuan ada je nak beli handbag mahal, kasut mahal, makeup mahal,bla..bla..bla.. Yang lelaki nak beli Laptop mahal, PSP, makeup kereta..bla..bla..bla.. NO!!

Kenapa saya tak beli kereta dan buat loan? Sebab gaji saya tak besar. kontrak pulak tu. Suami pun kerja sendiri. Susah sangat nak buat loan rumah. So, make sure nama kita bersih dari hutang. Bila dah jumpa rumah yang harganya sesuai, mula buat carian bank mana yang sudi luluskan loan kita tu. Saya dulu sangat seksa, semua bank kat perlis ni tak terima, ada yang saya baru tanya sepatah, terus jawab tak boleh. Saya luaskan carian, saya gi bank kat Alor Setar, dan alhamdulilah...ada yang terima. 2 minggu je loan lulus. Akak yang uruskan loan saya bagitau, loan ni boleh lulus pun sebab saya belum ada hutang, kalau dah ada hutang, memang takan lulus. Alhamdulilah.

Bila loan dah lulus, masalah kedua ialah nak bayar 10% kat pemaju. Yang ni memang sangat-sangat berat. Macam mana nak cari 'seketul' duit nak bayar 10% tu? haa....kalau kita bebas dari hutang, kita boleh la simpan duit kan, bayangkan kalau kita simpan RM300-500 sebulan sepanjang kita bekerja. Banyak kan?  RM300 x 12 = RM3,600.00/tahun. Kalau 3 tahun, tak ke RM10,800.00. Banyak kan? boleh la bayar loan. Tu kalau beli rumah RM100 ribu, kalau rumah kat perlis sekarang ni koman-koman pun RM200 ribu keatas. Memang kena buat loan @ keluarkan duit KWSP la. Bayangkan kalau kita dah ada loan sebelum ni. Mesti tak mampu nak bayar @ loan tak lepas. Saya dulu simpan sangkut-sangkut gak, ada je benda nak beli. ;)

Saya dulu tak ada kwsp dan nak buat loan pun dah tak boleh, yela.. jadi kami guna duit simpanan & suami buat loan kat tokey kedai hardware yang sangat baik, tokey tu cina, tapi baik sangat-sangat. Banyak juga pinjam kat dia. Memang tak sangka dia bagi, tapi tula..dah nama rezeki. Alhamdulilah.

Okey, kalau beli rumah yang dalam pembinaan ni kita bukan lulus loan je terus kena bayar. Bayaran tu ikut peratusan yang pemaju dah claim kat bank. Muala-mula saya bayar rumah, RM56.00. Lepas tu bila peratusan kerja naik, baru la bayar penuh. Paling mahal pun RM300, tu pun lepas 3 tahun, rumah dah nak siap pun. So..bukanlah satu beban kalau kita sewa rumah. Insyallah.. Saya bertuah, sebab ada rumah pusaka, tumpang la kejap rumah arwah tok & chaq ;) 

Saya ULANG, saya bukan kata saya bagus & saya tak kata cara saya ni terbaik. Saya cuma cerita cara saya usaha untuk beli rumah. Kalau ada yang kata, boleh la..dok perlis ja. Boleh la, perlis rumah murah. Boleh la, perlis taraf hidup rendah. INGAT, saya dulu kontrak dan suami kerja sendiri, buat paip kat rumah orang je. 

Kalau tak usaha tak boleh juga. Harga rumah kat sini jauh lebih tinggi bagi berpendapatan sederhana macam kami. Tambah-tambah sekarang ni, nak cari yang RM100 ribu memang tak ada dah. Kat mana pun kita tinggal, kalau ada usaha dan keinginan, insyallah kita mampu. Yang penting beringat, pastu kena la sedar diri. Kalau gaji rm2000, jangan la berangan nak beli rumah rm500 ribu. Ukur baju badan sendiri. ;)




  





29 comments:

munirah said...

terbaekkk!!!!

Siti said...

nak ikut cara ayu la..:)

sweety deamor said...

salam,

just for sharing....=)
ada saudara saya pernah gunakan khidmat satu syarikat perumahan ni..kalau tak silap saya qwaris...
layanan dan perkhidmatan yang diberikan bagus..

sharing is caring...^_^

Siti Shahidaanis Abdul Aziz said...

nshat yg sgt berguna.=)

Umi Qi said...

Sgt2 membantu entry ini...terima kasih kerana berkongsi cara2 anda...

Yasmin Ain said...

baguih la info awak ni.. sangat bermanfaat..

cincalokgirls said...

you inspired me!!

Ariffin Abdul Ghafar said...

nak ikut nasihat tentang menyimpan duit RM300-RM500 sebulan tu..

MaMA_SumI_miRa said...

best en3 ni..naseb baca en3 ni xde la tersilap langkah...baru rasa semangat pergi kerja naik motor..huhu

Prince Ace said...

alhamdulillah...info yg sangat2 berguna..sekarang sy da mula menabung 300-500 sebulan..guna motor yg ada ja dahulu..minyak jimat rm5 seminggu..terima kasih sis..

Nadia Pamela YJ said...

betul lah apa yg cik ayu ckp tu... sy pun beli rumah apartment rm80k je... deposit tu kumpul sikit2 monthly rm500 sebulan. tapi dalam masa proses membeli tu mmg kena banyak sabar.. dengan perangai karenah lawyer lagi.. for those.. yg nak beli.. boleh lah ikut nasihat berguna ni...=)

haya said...

Alhamdulillah. Seronok baca. Tahniah kak :)

Lelaki :D said...

Menarik sekali perkongsian ini. Dengan gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi, ramai orang perlu bijak dalam menguruskan wang.

Mencari kerja

Adikchiek said...

Sye pun dah lepas dua loan rumah..loan rumah pertama tahun 2012. Loan rumah ke2 subsale tahun 2014. Baru je approve july 2014. Sye kerja sendiri n bisnes kecik je,, but alhamdulillah loan kedua approve 112k. Nanti sila lah ke blog sye. Adikchiek .blogspot. Sye bru je start tulis blog.. Mengenai pengalaman beli rumah lelong. Rumah first 3bulan dah Settle sbb property tak Bermasaalah dan lawyer tip top. Lawyer tu pun dapat review dri blogger lain. Mmg bagus wat kerja

Adikchiek said...

Betul apa yg puan fidayu tulis tu. .. Sye sendiri pun sama gak,memang kekadang datang godaan nak berkereta yg besar sikit. Berangan nak beli myvi lah, gen2 lah. Kete sekarang kete kancil 660. Je. Mcm-mcm masaalah kerosakan yg muncul sekarang.. Tapi, bila mengenangkan beban loan yg kena tanggung nanti , kena lah sabar lepas target2 bebas kewangan dah tercapai. Credit card pun sye ada pakai juga. Tapi memang kena tahan membeli lah.. Mcm sye, every moth sye list kan segala perbelanjaan sye.. Harga rumah pun makin mahal,. Tu yg sye berusaha beli sebiji lagi rumah kat kepong tu.. Sbb akan dtg risau tak mampu nak beli rumah mahal sangat. Sbb jaga CCRIS dengan baik, alhamdulillah public bank approve loan sye. Tapi doc yg sye bagi tersangatlah tebal (sbb keja sendiri)

NUR AISYAH MOHAMAD said...

Good info

NUR AISYAH MOHAMAD said...

Ye betul tuu...good info

nurul huda said...

bezz sgt . follow la blog saya http://hudacogy.blogspot.com/

Ada Sya said...

saya suka entry awak ni..berguna sgt..kebetulan skrg sy tgh kumpul duit nak beli rumah... tq2

Hafidz & Dzulkarnain said...

btol sgt2..saya sgt2 bersetuju dgn cara pn. Ayu...saya kerja swasta...gaji pun tak besar mana tapi alhamdulillah sehingga ke hari ini saya bebas hutang bank melainkan hutang ptptn...cara pn. Ayu berfikir sama seperti saya...walaupun saya dah ada rumah sendiri tetapi atas nama suami...saya kini sedang berusaha keras utk mencari sebuah rumah atas nama saya sendiri..dlm kepala mmg nak jgk cari kereta baru...tapi saya tahan nafsu nak beli kereta dlu...yg penting saya nak beli rumah dlu...

Nur Farrah Hani said...

Nak tau la bank ape yang luluskan loan kalo gaji sikit ni?? ada suggetion??

matnormyth89 said...

maaf, boleh saya tahu lebih lanjut tentang process beli rumah dlm pembinaan?

untuk DP, saya hanya perlu bayar 2% sahaja. dan remaining 90% bank loan.
loan fee boleh dimasukkn dlm loan.

bagaimana pula dgn lawyer/legal fee dan stamp duty untuk SPA/SNP ya?

Sha Nikitasakura said...

terima kasih berkongsi tips yg sgt membantu ni.. perkongsian yg ikhlas..suka sgt baca..

nini said...

Teringin nak ada rumah...tapi bila tgk harga.....hihi

Adikchiek said...

Harap2 next year harga rumah akan turun...kesian org yg belum beli rumah before gst.,.coz after gst rumah dah naik mcm roket....tak sempat kumpul duit harga naik lagi...rumah flat sekarang pun dah cecah rm120k

Pesan Mebel Kitchen Set said...

Terima kasih infonya

Unknown said...

Deposit awk byr dgn duit poket awk?

Nur Shadikha said...

Tq 4 as advice

Mazlina mohd nazir said...

Terbaik la..
Card credit sentiasa berhantu kalau takleh nak kawal nafsu..