hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

25 September 2013

Chicken Pie

Assalammualaikum...

Sejak ada oven ni kan, saya rajin sangat membakar. Semua benda saya nak bakar. Biasa la..tengah keciwi kan.. hehe.. Pastu, makin rajin la saya buka myresipi. Saya suka resipi yang sangggggggat senang! Sekali tu selak-selak, terjumpa la resipi chicken pie. So..tergedik-gedik la nak buat. Balik kerja, berdesuuup pi kedai beli barang. ;)

Mat Fariq kata sedap. Ada la saya buat untuk tetamu yang mai kat rumah. Alhamdulilah semua suka.



Tapi macam biasa la, saya olah sikit. Daging kisar tak ada, saya buat dengan daging burger. Satu lagi, saya buat kecil-kecil sebab malas nak potong-potong. Nanti tak adil pulak kan kalau potong tak sama besar. hehe.. lagi satu, saya letak sos dan bakar sekali, konon-konon nak buat macam kedai la... hehe...;)

ni la hasilnya

chef nabila yang tersangat teruja masak ni.
 

Chicken Pie


 

Bahan-bahan ( 5 org makan )
  • puff pastry
  • daging ayam - biasa pakai minced chicken Ramly peket kecil - anggaran 500gm.
  • mixed vegie - 250gm
  • cendawan butang - 1 tin
  • Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin) - 1 tin
  • 3 ulas bawang besar dipotong dadu
Cara-cara

  1. Untuk pastry: guna puff pastry yang ada kat kedai. Roll ikut size loyang. Di bahagi dua sebab untuk lapisan bawah dan atas.
  2. Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
  3. Bakar pada suhu 200 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.
  4. Untuk intinya:
  5. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  6. Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.
  7. Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.
  8. Masukkan cream of chicken.
  9. Rasakan dengan garam. 

3 comments:

Afridams said...

sedapnya....tapi kalau balik perlis makteh bukan nak masak pun.ni dok jauh2 ni dia masak macam2 pulak!

Puteri Fiza said...

Salam kenal fidayu. Nmpk sedap cookies tu, nak skit. Hehe. Done follow awk. Klu sudi follow back. Tq :)

Puteri Fiza said...

Sedapnye :)