hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

30 July 2013

Berbuka ;)

Assalammualaikum..

Puasa tahun ni saya banyak masak sendiri, beza la dengan tahun sebelum ni. Pasar ramadhan pun baru 2 kali je saya pi. Tiba-tiba terrrrrrrrajin pulak tahun ni memasak. Saya dah tak berapa lalu la lauk beli. Rasa tak sedap sangat-sangat!!! Kat rumah masak simple2 pun rasa sedap sangat! Padahal masak sayur, goreng ikan & sambal telur je.. ;) 

Hari sabtu kat kawasan rumah saya ni ada nat. Nat tu nama lain untuk pasar sehari. Orang perlis semua panggil pasar sehari tu nat. Sedap kan nama tu? hehe..

Setiap sabtu saya akan pi nat, beli barang rumah untuk seminggu. Balik rumah, terus proses. Ikan, ayam, sayur, semua saya dah siap pesiang, basuh, pastu simpan. Bila nak guna nanti senang. Bawang pun dah siap blender. Terus tumis je. Sebab tu la balik kerja je sempat la nak memasak. Tapi hari sabtu tu memang penat la.. terleleh saya urus semua benda mentah tu.

Antara menu berbuka yang saya suka dan dah masak kan, sayur wajib ada. Bayam goreng, kangkung goreng, sayur campur, bendi wajib arrr... bendi goreng buh kicap & bendi masak ayaq ( orang perlis suka ni).. Mat fariq pula suka kubis goreng macam kat mamak tu, ala...yang letak kunyit pastu pecahkan telur tu. Kalau masak yang tu laju la dia makan.

Menu lain yang saya dah masak, kari ikan, masak lemak cili api ikan, sambal telur, sambal sotong, sup ekor, tomyam putih, daging bakar, kambing bakar.

Menu yang saya baru belajar buat pun ada, biasa la..saya suka je buat jubaan berani hentam, tapi kalau tak jadi pun Mat Fariq telan je. Saya ada la buat ayam pandan, tengok resipi kat sini. Macam-macam ada. Senang rupanya buat ayam pandan ni, campur-campur bahan, blender, pastu gentel la. Bab gentel tu yang malas tu. Tapi ku gagahi jua demi nak makan. Nasib baik semua yang makan cakap sedap ;)

balut macam ni pun boleh


macam ni pun boleh

hasilnya!!
Semalam saya masak nasi daging. Tak tahu la tetiba je rajin nak masak nasi daging, resipi tanya kakak kat pejabat ni je, pastu ada la cari kat tenet, sama je resipinya. Menjadi nasi tu, tapi daging tu terhancur la pulak, daging lembut sangat la.. Air asam kerisik saya pun okey2 je.. tak la sedap sangat, tak la tak sedap... sooosooo je! (rekod: saya tak pandai buat sambal/air asam)

ni masa tengah masak, bila dah masak tinggal tulang je..daging hancur!

Saya tak berapa nak tangkap gambar makanan sangat sekarang ni, lagipun penat la. Kalau bulan tak puasa tu okey la, bulan puasa ni macam malas + penat + kekalutan nak siapkan makanan. So, takdelah sangat gambar makanan yang saya masak tu. Tapi saya tak tipu tau, saya masak betul2 tau!

Kebanyakan orang, hari cuti rajin masak, hari kerja beli. Tapi saya terbalik. Hari kerja masak, hari cuti buat akal nak makan kat luar.Penat tau buat kerja rumah..ngeeeee!!! Kami ada la berbuka kat Nasmir, makan kat Dadok. Berbuka kat rumah ibu, mak mertua & mak sedara harus la kan..

Sekarang ni masa sahur saya tak lalu nak makan nasi, soooo saya goreng telur + bawang, kasi cancur, gulung dalam warps. Terus selera tau!

best tau!

22 July 2013

Sayalah budak kedai Foto & Kasut

Assalammualaikum..

Hari ni saja-saja je nak bercerita.

Saya ambil SPM tahun 2001. Lepas habis SPM, saya duduk rumah 1 minggu je. Bosan sangat!! Saya pun keluarlah mencari la kerja kat kangaq yang penuh pancaroba tu. Sorang-sorang okey. Saya ni memang jenis relex je.. Saya boleh je jejalan sorang diri, shopping sorang diri.. kira koboi je.

 Satu kedai satu kedai saya tanya. 'ada kerja kosong tak?'  Malu tau sebenarnya, tapi nak kerja punya pasal kan..

Nak dijadikan rezeki, saya dapat kerja kat kedai gambar. Kedai mualaf. Kedai tu uncle bahagikan dengan isteri dia, so...sebelah kedai gambar, sebelah kedai emas. Tingkat atas salon, auntie punya gak. Tingkat atas sekali, rumah depa la.

Gaji RM350 sebulan. Kerja 9 pagi - 6 petang. Saya pergi kerja dengan ayah, awal la.. kul 8 pagi dah sampai kangaq, lepak dalam kereta 45minit, pastu baru jalan gi kedai. Best tau suasana pagi. Tenang je.

Selalunya saya akan sampai awal, uncle tak buka kedai lagi. Soo..jadilah saya penunggu setia, bertinggong depan kedai. ;) Bila uncle buka, saya pun mula la, kemas kedai, sapu sampah, lap cermin-cermin tempat simpan emas tu, susun-susun apa yang patut. Saya suka kerja tu sebenarnya.

Uncle pulak ada 2 orang anak perempuan. Dua-dua baik.

Waktu paling best, 2 minggu sebelum raya. Meriah sangat-sangat!! Orang ramai sangat!! Tambah pulak blok kedai saya kerja ni kedai kasut, borong din, bank... memang jadi tumpuan la. Best tau!!

Tapi...ada satu kejadian yang saya takan lupa. Masa tu saya berdiri kat depan kedai..saja la tengok orang lalu lalang. Sekali tu, sorang makcik ni yang tengah jalan dengan anak lelaki dia, pusing belakang, tarik budak perempuan yang baru selisih dengan dia, zassssss.....zasssssss....zassss......budak tu kena tampaq dengan makcik tu. bertubi-tubi. Ternganga saya. Pastu makcik tu maki-maki sampil pukul-pukul. Anak lelaki dia yang kat sebelah tu mula-mula biar, tapi bila dia tengok mak dia 'naik hantu' baru la dia tarik mak dia. Dari apa yang makcik tu maki, saya dapat tangkap la yang perempuan tu rampas suami dia. Tapi kan..perempuan tu muda sangat, macam belajar lagi je. Anak lelaki makcik tu siap cakap, 'kita jumpa kat mahkamah'. Bayangkan orang tengah ramai masa tu. Kesian...tapi mesti ada hikmah Allah nak bagi depa tu berjumpa kan?

Lagi satu, masa kerja kat kedai tu, saya dah macam jadi geng dengan 'orang-orang istimewa' yang selalu tadah tangan minta duit tu. Tiap-tiap hari depa akan mai minta duit. Saya bagi sebulan sekali je, masa dapat gaji. Ada la satu hari tu, salah sorang mai minta duit, saya cakap la tak ada duit. Dia terus keluarkan duit dalam poket dia, pastu baling, bagi melayang-layang atas muka dia. Lawak!! Tu nak menunjuk la yang dia banyak duit! Pastu auntie buat gaya macam nak terkam ambil duit dia, laju je kutip balik & lari sambil buat muka marah. Haahahhaaa.. lawak tau.

gambar ni uncle yang ambilkan.. ;)
Disebabkan lama kerja kat situ, saya rapat la dengan kakak kedai kasut. Haaa....'kakak' tu merujuk kepada tokey kedai kasut tu ye, dia berbangsa cina, tapi semua orang panggil dia kakak. Sempoi je. 2 minggu sebelum puasa, saya kerja part time kat kedai kasut. Habis kerja kat kedai gambaq kul6, terus je sambung kat kedai kasut. Pastu rehat untuk berbuka. habis kerja kul10 malam. Gaji RM35/hari.

Kat sini pun best. Kiranya kerja kat sini kan, jumpa habis adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan. Semua mai beli kat kedai ni. Seminggu sebelum raya tu, orang teramat la ramai. Sangat ramai, jalan memang bahu bertemu bahu. Ala...kat perlis masa tu memang tu je la kedai kasut yang okey pun.hehe..

Masa mula-mula memang kekok nak tunduk-tunduk bagi & pakaikan orang kasut, tapi bila dah ramai sangat orang, pastu nak cepat, rasa okey je tunduk-tunduk pakaikan orang kasut, picit-picit kat depan kasut nak tengok ketat ke tak. Buang ego la kiranya. Rasanya sebab tu la sekarang ni saya akan rasa okey je bila kena merendahkan diri, tak kisah la apa situasinya. Ala..kalau kita meninggi diri dapat paha ok gak, ni tak dapat apa pun, so biasa-biasa sudah. Ni tak cita lagi kalau stok kasut sampai. Bersila tepi kaki lima tu biasa. Memang tak ayu langsung la. hehe..

Semua ni kenangan yang sangat best. Kakak pun sampai sekarang, kalau beli kasut kedai dia mesti bagi murah gila. Kadang-kadang tu kurang sampai RM10 tau! Walaupun saya kerja kejap je dengan dia, dia tetap ingat, tu yang best.

Semua ni kenangan yang sangat best. Tak kisah la apa bangsa kita, apa agama kita, yang penting kita hormat menghormati. Saya bekerja dengan dua majikan berbangsa cina tapi sorang beragama islam, sorang beragama ibunda dia la, tapi dua-dua baik, dua-dua tunjuk contoh yang baik kat saya, dua-dua sampai sekarang selalu je bagi diskaun kat saya. like! like!

Masa berhenti kerja, uncle bagi gaji lebih, dekat rm1,000 la.. Dia cakap buat belanja nak masuk belajar, jadi, saya terus gi kedai sebelah, buat spek.. hehe..

Last day kerja, sedih nak berhenti, tapi semangat nak sambung belajar. Apapun..ni cuma secubit je daripada  pengalaman saya bergelar budak kedai, ada banyak lagi yang pengalaman best! Kalau ada rekezi kita birak lagi la yek. okey..wassalam.. 







 

21 July 2013

Ini benar

Assalammualaikum




Bohong
Bohong
Bohong
Bohong kononnya tak terasa
Bohong kononnya tak sedih
Bohong kononnya tak kisah

Ya.. Aku bohong 
Aku bohong rasa
Aku bohong hati
Aku bohong otak
Aku bohong naluri

Tapi aku tak terbohong jiwa
Tak mampu
Aku tak mampu bohong dia!!!

Jiwa sangat mengerti
Jiwa sangat memahami

**kelu**

Jiwa.. 
Berlakonlah seperti tak tahu apa-apa
Tolonglah
Tolonglah
Tolonglah berbohong untuk kali ini

Biarlah sejuta kali pun
Tolonglah
Berbohonglah


**kelu**
**kelu**
**kelu**

Jiwa... Aku merayu..
Tolonglah..


18 July 2013

Mana Pelangi?

Assalammualaikum..


'Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
 Dia datangkan petir dan kilat.
 Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. rupa-rupanya 
Allah nak hadiahkan kita pelangi'

Kata-kata indah ini buat saya tersenyum. Betul. Walaupun pelangi yang akan dihadiahkan kat kita tu sekejap, tapi boleh memadamkan semua semua penderitaan yang dulunya terasa sangat perit.

Tak kisah la pelangi tu penuh ke separuh. Ianya tetap membahagiakan.

Tapi..kita tak tahu, bila pelangi akan hadir.

Pelangi itu misteri, bila, dimana, bagaimana, kita tak tahu.

Tapi percayalah, akan ada pelangi yang akan muncul.

DIA kan maha mendengar.

12 July 2013

Sahur Dulu & Sekarang

Assalammualaikum..

Apamacam puasa? Hari ni dah masuk hari ke3, harap-harap semua okey la ye. Hari pertaman & kedua, saya rasa penat sangat. Lesu. Tapi alhamdulilah, masuk hari ke3 ni dah okey sikit. Taklah selesu 2 hari lepas. Serius penat tau! 

Kerja Mat Fariq pasang paip. Kesian tengok dia, balik kerja je melepek penat. Rezeki dia, hari pertama & kedua puasa, kerja dalam bumbung, atas siling tu. Panas tak payah cakap la. Sampai dia beli kipas la nak kerja atas siling punya pasal. Takpa la, dah rezeki mai dengan cara tu kan.


Kalau dicampur dengan tahun ni, dah 7 kali kami berpuasa sebagai suami isteri. Dari tahun 2007 sampai la 2013. Tu la..untung kawen awal tahun, hujung tahun boleh beraya dengan suami. ;)

Tahun ni special, sebab kami  berpuasa kat rumah kami sendiri. Impian menjadi kenyataan. Best tau! Walaupun rumah kami kosong, tak ada sofa. ;)

Puasa kali ni kami taklah beria-ia sangat. Sederhana je. Sahur buat nasi goreng je, tu pun tumis bawang putih je, pastu letak nasi, letak kicap. Bila ingat balik, tu la makanan arwah chaq.. Nasi goreng kosong camtu la. Tapi arwah chaq tak letak kicap. Saya ada la goreng ikan, buat lauk untuk nasi goreng kosong. Tu je bezanya. Dulu rasa nasi goreng arwah chaq tak sedap sangat. Tapi hari ni tu la yang dimakan, itu la yang terlintas nak dimakan. Itu la yang menjadi pilihan. Mat Fariq pun laju je makan.  

Sahur, saya mesti buat air panas.. Selalunya tea la. Manis-manis buah cukup. 

Dulu kami pernah juga buat kerja gila, keluar sahur kat kedai. Kul 4 bangun, pastu gi makan luar. Makannya sikit je, tapi saja-saja je nak bersahur kat kedai. Tu la kerja kami bila tak ada kerja. Tahun ni tak tahu la nak menjadi ke aktiviti sahur kat luar. Dah tua-tua ni macam malas pulak. Tapi mana tau kan, kot-kot jumpa saya kat KFC ke, kat kedai siam ke,  tegur la.. ;)

Kenapa yek rasa sayu bila tulis entry ni? Padalah bukannya cerita benda sedih. 
Saya sangat berharap saya dan suami boleh bersahur sama-sama lagi untuk tahun-tahun mendatang. 
Tak kisah la apa menu kami bersahur, asalkan saya dan dia dapat bersahur bersama.

Kerana itu pun dah cukup membahagiakan. 
;)






 







10 July 2013

Anekdot Madinah



Assalammualaikum 




Alhamdulilah.. Akhirnya dapat juga saya beli buku ni. Anekdot Madinah. Buku yang sangat laris. 

Memang sesuai sangat la baca buku ni masa rehat. Kalau tak tido la kan.. Hehe.. Bulan puasa ni kerja jadi berganda ganda hebat. 

Penat tau nak pi site bulan puasa ni. Letih.. Tapi tu la cabarannya kan.. Sebab tu saya rajin je tido time rehat. Hehe.. 

Okeylah. 
Wassalam..

Ramadhan kali ni

Assalammualaikum..

Sahur tadi sahur pertama
Dirumah 4 bilik yang tak bersofa

Dah pasti kami rasa bahagia
Kerna itu impian yang terlaksana

Moga mati kami disitu
Moga mati kami dalam bahagia

Insyallah

***

Iman dalam hati
Tak tahu bertambah atau tak
Ada usaha
Ada amal
Dia ja yang tahu

Ramadhan tahun ini 
Aku mula dengan sujud taubat

Tak tahu diterima ke tak
Yang penting buat
Untuk suci hati

***
 
Macam biasa
Setiap tahun
Ramadhan datang 

Yang tak biasanya
Umur dah lain
Antara matang atau tua

Yang tak biasanya
Dah hilang kawan bershopping

Ayat Mat Fariq semalam
' Ayang, tahun ni kita beli baju raya berdua ja tau!'

Aaarrgghhh!!! Aku tau dia bosan
Kawan-kawan dah lama pindah
Dulu bolehla angkut sekapal
Shopping raya punya pasal

***

Hidup memang begitu
Ada lebih ada kurang

Yang penting  kita syukur
Dapat merasa Ramadhan lagi

Tahun depan lain kira
Siapa tahu kita dimana?
London?  Paris? atau Afrika?

Tah-tah dialam barzah!
 

serikandi 5 minit


08 July 2013

aku macam biasa

Assalammualaikum..

kekadang ada rasa
kekadang tiada perisa
banyaknya kosong dari berperisa
ahhhhhh!!!! perlukah rasa?

biar tawar asal bahagia
biar kosong janji gembira

aku macam biasa
luaran la..
dalaman dia yang satu tahu

mengadu padanya sudah cukup.

oooopppsss....aku juga mengadu pada kekasihku
yang dulunya sahabat..

pinjam bahu untuk dilentok
pinjam jemari untuk digenggam
buat sebuku kekuatan

rasa ini bukan kepalang
panadol pun bukan penyelesaian
apatah lagi air penawar
langsung tidak masuk akal

tapi aku tahu
kiamat akan datang

pengakhiran akan ada
dan
aku tetap macam biasa!





05 July 2013

Port Luck ;)

Assalammualaikum...

Insyallah, minggu depan kita dah nak berpuasa. Jadi kami, geng makan a.k.a geng LINE pun rancang la nak buat port luck. Banyak dugaan tau nak boleh buat port luck ni, al maklumla semua sibuk. Menteri pun tak sibuk macam kami tau. Muahahahhaaa...**gelak jahat**

Menu kami memang boleh mititiskan ayaq lioq tau!

Menu utama:

Ayam masak merah
Masak lemak cili api udang
Sotong kunyit
Filet iakan sweet sour
Ayam masak kicap (serawak style)
Sayur campur
Nasi berasmathi


Pencuci mulut:

Serawa durian
Karamel
Okonomiyaki

Sedap kan? Sedap kan? Sedap kan?

Filet iakan sweet sour

Ayam masak merah

Ayam masak kicap (serawak style)

Masak lemak cili api udang

Sayur campur ~ ni saya buat!

Sotong kunyit


Karamel


Okonomiyaki

ini chef dari jepun, khairel ni minat sangat dengan jepun, sebab tu dia pandai masak masakan jepun. sedap oooooooo!!!
khairel, kak su & munirah

dik wa, saya yang poyo, tuty & siti

dan ini kakak yang suaranya sedap bangat!!

Gambar serawa tak ambil la pula. Takpa2..yang penting semua menu tu sedap sangat. 
Perut kenyang!!!
Hati senang!!!
Misi berjaya!!!

01 July 2013

IUI...

Assalammualaikum..

Saya tak tahu post ni patut atau tak patut saya publish. Bagi sesetengah orang akan cakap tak perlu..Tapi bagi yang nak tahu akan rasa perlu.

Kat sini saya pernah cerita pasal rawatan yang pernah saya buat dalam usaha nak dapat zuriat.

Dan saya berhenti semasa bulan terakhir sepatutnya saya buat IUI.


14.6.2013 lepas, saya buat IUI.


Ceritanya, saya gi hospital sebab nak ambil surat pengesahan daripada doktor yang mengatakan saya pernah menjalankan pemeriksaan kat situ. Surat tu untuk permohonan anak angkat kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Boleh tengok  kat sini untuk info lanjut pasal permohonan anak angkat ye. Alkisahnya, doktor tak nak bagi, doktor cakap 'u give up cepat sngat la, kita teruskan rawatan ye'. Masa tu rasa nak marah je doktor tu, tapi saya ia kan aje la, siap bagi syarat, saya cakap kat doktor tu ' kalau terus sambung buat IUI nak la, kalau kena ulang macam dulu balik, saya tak mau.' Mengada tak saya? Haaaaa....sapa suruh tak nak bagi surat! Nasib baik doktor tu tak marah, dia cakap, jom chek!

Bila dah chek semua, doktor bagi tarikh untuk buat IUI.  

Proses iui ni simple je.. Macam biasa doktor akan scan masa day 2 priot, pastikan telur kita ada, pastu makan ubat , lepas 5 hari check lagi saiz telur, malamnya cucuk ubat. Masa cucuk tak sakit, tapi lepas sejam, sakit!!! Lenguh satu badan, besoknya pun sama. Lusa pagi tu, baru buat iui. 

Iui ini ialah proses memasukkan sperma suami terus kedalam rahim. Tak ada bedah2.. Doktor akan masukan paip terus ke rahim dan akan masukan sperma kedalam paip tu. Siap!!


Inilah biliknya. Kecil je.. Ada benda2 tu dan 1 katil je. Benda alah atas meja tu la alat untuk proses sperma, jangan tanya la nama & macam mana, saya tak tahu. 

Doktor yang buat ni doktor pakar, so saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kat doktor tu. Bila percaya kat doktor tu, tak la saya rasa takut sangat. 

Doktor pun baik, walaupun bukan beragama Islam, masa nak masukan sperma tu, dia suruh saya baca doa. Baik kan?

Iui ni tak sakit, cuma rasa macam senggugut yang sikit2 tu. ala... boleh kata xsakit langsung la.  Masa dimasukan paip pun tak rasa apa langsung. Yang penting kita kena bertenang. Banyakan zikir dalam hati. 

Proses iui ni dalam 10-15 minit je.. 

Nama lain untuk iui ni ialah mandian berhadas. Kita tak boleh masukan sperma orang lain tau! Ianya sama seperti kita berzina kalau letak sperma orang lain!! No... No... No... Jangan... 


Bayaran kat hospital kerajaan RM 120 sahaja. Murah sangat. Ivf tu bukan harga sebenar tau, saya dah tanya, ada lagi bayaran lain. Tapi iui memang RM120 je, tak ada tambah2.. Rawatan bulanan sebelum ni pun free je.. 





















Lepas 2 minggu doktor suruh saya check if periot tak datang, tapi sayangnya periot datang tanpa diundang. 

Itu maknanya saya tak berjaya untuk iui ni. Takpa la, tak ada rezeki lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, saya dan suami redha.. Mat fariq ajak buat sekali lagi, insyallah lepas raya ni baru saya nak buat lagi, bulan puasa ni tak nak la buat, kita puasa dengan tenang dulu ye..

Okeylah, panjang sangat ni, saya harap siapa je yang ada masalah macam saya tak putus berusaha dan berdoa ye, kita buat apa yang kita perlu buat. Tak payah nak malu, nak stress, nak down sangat. Jangan pula doa ja tapi tak berusaha. 



Yang penting, kita dan pasangan saling mencintai dan sayang satu sama lain. Kalau tak ditakdirkan memiliki zuriat sendiri pun kami redha. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. 



Allah tahu segalanya. 

Okey.. Wassalam...
;)