hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

01 July 2013

IUI...

Assalammualaikum..

Saya tak tahu post ni patut atau tak patut saya publish. Bagi sesetengah orang akan cakap tak perlu..Tapi bagi yang nak tahu akan rasa perlu.

Kat sini saya pernah cerita pasal rawatan yang pernah saya buat dalam usaha nak dapat zuriat.

Dan saya berhenti semasa bulan terakhir sepatutnya saya buat IUI.


14.6.2013 lepas, saya buat IUI.


Ceritanya, saya gi hospital sebab nak ambil surat pengesahan daripada doktor yang mengatakan saya pernah menjalankan pemeriksaan kat situ. Surat tu untuk permohonan anak angkat kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Boleh tengok  kat sini untuk info lanjut pasal permohonan anak angkat ye. Alkisahnya, doktor tak nak bagi, doktor cakap 'u give up cepat sngat la, kita teruskan rawatan ye'. Masa tu rasa nak marah je doktor tu, tapi saya ia kan aje la, siap bagi syarat, saya cakap kat doktor tu ' kalau terus sambung buat IUI nak la, kalau kena ulang macam dulu balik, saya tak mau.' Mengada tak saya? Haaaaa....sapa suruh tak nak bagi surat! Nasib baik doktor tu tak marah, dia cakap, jom chek!

Bila dah chek semua, doktor bagi tarikh untuk buat IUI.  

Proses iui ni simple je.. Macam biasa doktor akan scan masa day 2 priot, pastikan telur kita ada, pastu makan ubat , lepas 5 hari check lagi saiz telur, malamnya cucuk ubat. Masa cucuk tak sakit, tapi lepas sejam, sakit!!! Lenguh satu badan, besoknya pun sama. Lusa pagi tu, baru buat iui. 

Iui ini ialah proses memasukkan sperma suami terus kedalam rahim. Tak ada bedah2.. Doktor akan masukan paip terus ke rahim dan akan masukan sperma kedalam paip tu. Siap!!


Inilah biliknya. Kecil je.. Ada benda2 tu dan 1 katil je. Benda alah atas meja tu la alat untuk proses sperma, jangan tanya la nama & macam mana, saya tak tahu. 

Doktor yang buat ni doktor pakar, so saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kat doktor tu. Bila percaya kat doktor tu, tak la saya rasa takut sangat. 

Doktor pun baik, walaupun bukan beragama Islam, masa nak masukan sperma tu, dia suruh saya baca doa. Baik kan?

Iui ni tak sakit, cuma rasa macam senggugut yang sikit2 tu. ala... boleh kata xsakit langsung la.  Masa dimasukan paip pun tak rasa apa langsung. Yang penting kita kena bertenang. Banyakan zikir dalam hati. 

Proses iui ni dalam 10-15 minit je.. 

Nama lain untuk iui ni ialah mandian berhadas. Kita tak boleh masukan sperma orang lain tau! Ianya sama seperti kita berzina kalau letak sperma orang lain!! No... No... No... Jangan... 


Bayaran kat hospital kerajaan RM 120 sahaja. Murah sangat. Ivf tu bukan harga sebenar tau, saya dah tanya, ada lagi bayaran lain. Tapi iui memang RM120 je, tak ada tambah2.. Rawatan bulanan sebelum ni pun free je.. 





















Lepas 2 minggu doktor suruh saya check if periot tak datang, tapi sayangnya periot datang tanpa diundang. 

Itu maknanya saya tak berjaya untuk iui ni. Takpa la, tak ada rezeki lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, saya dan suami redha.. Mat fariq ajak buat sekali lagi, insyallah lepas raya ni baru saya nak buat lagi, bulan puasa ni tak nak la buat, kita puasa dengan tenang dulu ye..

Okeylah, panjang sangat ni, saya harap siapa je yang ada masalah macam saya tak putus berusaha dan berdoa ye, kita buat apa yang kita perlu buat. Tak payah nak malu, nak stress, nak down sangat. Jangan pula doa ja tapi tak berusaha. 



Yang penting, kita dan pasangan saling mencintai dan sayang satu sama lain. Kalau tak ditakdirkan memiliki zuriat sendiri pun kami redha. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. 



Allah tahu segalanya. 

Okey.. Wassalam...
;)












5 comments:

munirah said...

sebaknya baca hukhuk...
haa...don't give up ayu!! chaiyokk..
lepas nie bt lagi hihi...
insyallah :) kami doakan ayu berjaya...andai bkn sekarang mungkin satu hari nanti...insyallah aminnnn

Noor Azrina said...

In sha Allah, ada la rezeki ayu nanti.. Usaha n tawakal..

Noor Azrina said...

Inshaallah ayu.. Nanti Ada la rezeki ayu.. Usaha n tawakal.. Yg lain tu serah pd yg Satu..

Ibu Ayra said...

btol kata ayu, Allah tahu semuanya... Mungkin belum masanya... banyakkan usaha, doa dan kemudian tawakal...Insyaallah...

Hemu Hemu said...

kali pertama baca blog ni terus baca entry ni...terus buat kak rasa nak komen.....hanya org yang berada disituasi yang sama akan rasa apa yang kiter rasa..
akak pun mengalami perkara yang sama.....tahun pertama kahwin pernah mengandung tetapi gugur masa kandungan nak masuk 3 bulan...lepas tu tak lekat2....byk sgt usaha yang dilakukan....pg cek sana sini..smpai doc pakar kat sini syorkan wat iui..tp akak tolak sbb doc pakar yang akan buat tu lelaki...suami tak setuju...ok...sedih gak...tp dah suami tak setuju..ikut je lah....kami usaha cara lain...sampai tahun ke4..masih tak berhasil....tohmahan..sindiran tk payah citer ar...mcm2...balik rumah je mesti nangis...suami kata sabra....mujur suami memahami dan kasih sayang kami mkin kuat dari hari ke hari...dugaan tu buat kami makin kuat....dan kami stop berubat.biar Allah yang tentukan utk kami...smpai nak masuk tahun ke5 kawin akak tukar ke jabatan lain...sbb jabatan lama terlalu byk tekanan...sebulan akak duk kat pejabat baru akak rasa sgt tenang tanpa stress dannnn...akak disahkan mengandung....ya Allah tak disangka2 berita gembira tu muncul.....rasa mcm bermimpi....sangat..suami sgt gembira dan kami bersyukur sgt2 atas anugerah ni..masa nak masuk 2 bulan usia kandungan akak bleeding....takut sgt....tkt baby tak selamat mcm dulu....tp Alhamdulillah....sekarang usia kandungan dan cecah 6 bulan...kwn2 yang senasib seme bertanya guna ubat ape...akak cuma jwb tak guna ape2 seme tu Allah yang bagi...akak harap adik pun akan dpt zuriat yang dinanti2..jgn stresss....serah segalanya pada Allah yang Maha Kuasa