hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

30 June 2013

Muhammad Ali

Assalammualaikum...

Ini anak buah baru lagi. Muhammad Ali nama diberi. Berat masa lahir 2.2kg je. Ali keluar awal 3 minggu. 

Ali sebiji muka abangcik Azhad masa baby dulu!! Ali ni tak banyak cerita, baik je.. Tidur je walaupun abang2 bising kat rumah tu. 


Ali dengan abang besar!!! 



Ali ngan maktok!!!



Okeylah.. Nanti2 kita cerita lagi ye.. 






20 June 2013

Bai... Zu....

Assalammualaikum.. 


Saya rindu nak gelak2 besar. 
Rindu sangat. 
Saya betul2 rasa saya perlukan rehat. 
Betul2 rehat. 
Tak sembang bab kerja. 
Tak cakap bab masalah. 
Nak gelak je!!!

Serius!!!

Saya perlukannya!!!

Bai, Zu... Jom la cuti bajet2.. 

Rindu la..





19 June 2013

Afdlin , Azhad & Fiska Medina


Assalammualaikum. 

Sekarang ni 2 orang hero ada kat Perlis ni. Balik kerja je, mesti singgah rumah ayah. Macam2 betul akai 2 beradik ni tau. 

 

Tadi masa nak solat asar, afdlin jenguk dalam bilik. Saya pun cakap " abang dah sembahyang?" Dia jawab " abang nak sembahyang la ni, boleh abang jadi imam?" Saya pun senyum dan jawab " boleh abang" 


Habis je sembahyang, azhad jenguk, afdlin pun terus la cakap " adik tak sembahyang pun, abang sembahyang" azhad dengan laju jawab " adik tecik lagi, nanti adik besar adik sembayang la"

Hehe.....

Afdlin ni tak pandai baca lagi, tapi buat masa sekarang ni kami make sure dia tau yang sembahyang tu wajib dan kalau tak sembahyang, nanti Allah marah dan masuk neraka. Kalau dia nak masuk syurga, dia kena sembahyang. 

Sekarang ni petang2 kami ber"face time" ngan Fiska Medina. Afdlin & Azhad suka tengok sepupu perempuan diaorang tu.  Macam2 la komen, " fiska tu merah la" "pempes dia besar" " dia tecikkkk je".  

Hehe.. Makteh ni tak tau la bila nak pi tengok Fiska Medina tu.. 


Nanti kita jumpa ye.. Buat masa ni kita face time je dulu yek.. 






13 June 2013

Besok

Assalammualaikum. 

Besok saya akan menjalani satu fasa baru dalam usaha yang dah lama saya buat. Menyambung kembali usaha-usaha yang terberhenti dulu. Setahun setengah dibiarkan begitu sahaja, baru kali ini saya berani meneruskannya. 

Ya Allah... Hambamu ini telah berusaha, berusaha, berikhtiar, berikhtiar, berdoa, berdoa dan dah tiba masanya untuk hambamu ini bertawakal..

Aku berserah padamu YA ALLAH..

Hanya padamu Ya Allah...


12 June 2013

Arahan Majikan Vs Arahan Allah

Assalammualaikum....

Saya suka tempat kerja saya sekarang. Setiap Jumaat, akan ada Ustaz bagi tazkirah pagi. Ustaz yang bagi tazkirah pun ditukar-tukar. Tapi semua Ustaz yang mai tu, memang best. Masing-masing ada kekuatan dan tarikan tersendiri. Kalau dulu, hari Jumaat mesti rasa nak cuti.. Tapi sekarang ni, dah rasa rugi sangat kalau cuti hari Jumaat. Tazkirah tu buat saya suka hari Jumaat.

Setiap pagi pula, kami kat pejabat ni, diwajibkan membaca Al-quran. Kiranya sampai je kat pejabat ni, kul8-8.15 pagi tu semua akan berkumpul ikut unit masing-masing, pastu baca quran dan maksudnya. Ada juga yang lajak sampai kul 8.30-8.45 pagi. Ala...benda yang baik, apa salahnya kan..

Best kan kerja kat sini? Susah kot nak ada pejabat yang mementingkan hubungan staf dengan Allah.
Arahan majikan saya selaras dan selari dengan arahan Allah.

Masa mula-mula arahan baca Al-quran tu kan, saya terus kerdutkan dahi ni. 
Dalam hati ni, terus je rasa ' eh..tah apa-apa la, ikut suka la orang nak baca ke tak, ish..tak sesuai la!' Serius, tu yang terus terdetik dalam hati. Rasa macam tah apa-apa je, orang baca quran kat rumah, mana boleh paksa-paksa. Lagi satu, malu la.. saya ni bukannya pandai sangat membaca, tersekat-sekat je.. Malu!! Takmau!!

Tapi kan..bila dah lama-lama ni, rasa seronok pula baca quran ramai-ramai.... baca makna sama-sama.... Dah rasa selesa sangat. Kalau tak baca, mesti rasa kosong. Kalau cuti lama-lama mesti rasa ketinggalan. Dah boleh rasa hubungan rohani tu. Bukan saya sorang je tau! Tapi kami semua yang bekerja kat sini. 

Bila fikir balik, rasa bersyukur sangat dapat kerja kat sini. Sebabnya, saya terdedah dengan persekitaran yang sangai baik. Pergi unit ni baca quran, pergi unit tu baca quran. Bila hubungan dengan DIA baik, insyallah hubungan sesama manusia pun baik.

Yang terbaru sekali, kami diarahkan untuk membaca hadis setiap kali selesai mesyuarat. Tak kisah la mesyuarat apa pun, sorang, kena baca hadis untuk renungan. 

Best kan kat sini. Apa saya yang kami buat, kami akan diingatkan tentang akhirat. 

Saya tulis ni bukanlah bertujuan nak cakap saya  dan semua staf ni baik atau sempurna, tapi sekadar nak cerita persekitaran kat tempat kerja. Kami semua dalam usaha nak jadi manusia yang baik. Tau tak, bila baca quran dan maksud yang betul-betul kena kat batang hidung ni, rasa bersalah sangat-sangat tau!! Bila baca buku, rasa juga bersalah..tapi bila terjemahan quran ni, rasa tersusuk ni lagi dalam. Kalau tak percaya,cubalah. ;)

Geng mengaji saya dah sampai ayat 33 Surah Al-A'raf.. Saya terpanah dengan ayat 26nya yang bermaksud WAHAI ANAK ADAM! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU PAKAIAN UNTUK MENUTUPI AURATMU DAN PAKAIAN INDAH UNTUK PERHIASAN. DAN PAKAIAN TAKWA ITULAH YANG LEBIH BAIK. YANG DEMIKIAN ITULAH SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH MUDAHAN MEREKA SELALU INGAT.'


;)


 

 

11 June 2013

DIY : Tempat sangkut kerongsang & jarum

Assalammualaikum..

Saya ni jenis tangan kayu. Apa sahaja benda-benda yang renyah ni memang saya tak suka & tak tahu. Tapi sejak dua menjak ni saya macam minat je.. Macam suka je dengan benda-benda yang penuh merapu ni. hehehehhee..

Projek DIY saya yang pertama. Tengok..dah tua camni baru la nak ber DIY kan..
Saya buat pun sebab benda ni perlu.


 PROJEK 1
 TEMPAT CUCUK JARUM
Saya pengguna jarum. Siapa pun yang pakai tudung akan guna jarum kan. So...kena la ada tempat cucuk jarum. Sebelum ni saya pakai bekas jarum yang beli kat kedai je. tapi sebab semangat,saya buat la tempat jarum ni. Sesaja je.

kain ikut saiz frame yang nak dibalut

budak jual tu cakap benda ni nama fiber, betul ke fiber?


gunting kain,gamkan macam gambar tu.

pastu masukan fiber. bagi gebu.

siap!! pastu hiasla ikut selera anda.
 
 Saya cari frame lain sebenarnya. Tapi tak jumpa. So...terpaksa tukar konsep! Takpe la.. okey la juga kan.. Insyallah nanti kalau jumpa frame macam yang sana nak,boleh la tukar.



PROJEK 2
TEMPAT SANGKUT KERONGSANG
Saya sangat suka kerongsang yang berjurai-jurai, yang besar, yang nampak tradisional. Sebelum ni simpan dalam kotak je. Bacam tak best pula simpan je dalam kotak, so sebab tu la saya buat tempat sangkut.


gunting kotak lama & tuala panjang ikut saiz frame.

susun macam gambar, lagi tebal lagi bagus. lagi nampak kemas.

balut. buat banyak2 sampai cukup untuk papan frame.gamkan sekali.

taraaa.....dah siap dah. ni la koleksi kerongsang kesayangan.

Best rupanya buat DIY ni kan. Rasa macam kewanitaan sangat.hahahhahaa.... 
Okey..wassalam... sehingga kita bertemu lagi..
;)

09 June 2013

F&F


Assalammualaikum.. 

Saya kan..

Ada la jumpa satu gambar DIY kat tenet..

Lawa sangat..

Kira saya bekenan la..

Pastu terus saya tiru!!

:)



Fariq & Fidayu. 

07 June 2013

Anak Buah Baru ;)

Assalammualaikum..


Kemarin, 6.6.2013 saya dapat anak buah baru. Perempuan.... Semangatnye makteh ni tau! Rasa macam nak terbang pi sana je.. Tapi makteh kesibukan la.. nanti makteh pi tengok baby yek.. Baby minum susu ibu banyak-banyak ye, bagi cepat besar, makteh ni baby kecil molek ni takut cikit nak pegang. hehehe...

Kalau dulu asyik beli kereta je kat hero2 tu, sekarang ni dah boleh beli mainan keperempuanan dah. Wahhhhh..semangatnyer makteh!!

To Irine,
selamat berpantang la ye.. Okey-okey....ateh makan burger abang burn tu kat kedai je..tak bawa balik rumah ye.. Ateh diam-diam je makan ye.. hehe.. (jahat tak kakak ipar u? muhahahahaa....**gelak mak tiri tu**

To Yon,
 kalau nak lebih merasai pengorbanan isteri, berpantang la sesama, makan yang isteri boleh makan je.. haaa...baru la sehati sejiwa... hahahahahaa...ada berani?




05 June 2013

dazita kawen kat perak ooiiii...

Assalammualaikum..

Adik kite kan kawen hari tu, so minggu lepas kenduri sebelah suami dia la pula. Sebelah suami dia pun buat kat dewan jugeee. Best gak majlis kat sana. Ada adat istiadat askar ni. Betul ke orang panggil adat istiadat?? Errrrrr...... Anggap je la betul yek... ;)

Merasa la minah tu jalan bawah pedang. Suka la tu!! Ehh...i bukan jeles yek, cuma rasa nak gak jalan-jalan bawah pedang tu. Nak feeling2 pengantin baru gak.... ahakkkssss ;)

Afdlin & Azhad macam biasa semangat je tengok pedang. Tapi ayat Afdlin best "Nanti abang takde pedang, sebab abang doktor, bukan askar". Yakin sungguh dia akan jadi doktor, takpe abang...makteh doa bagi abang jadi doktor ye.. makteh tak jaga sangat pemakanan makteh, so nanti bila tua-tua nanti, kalau makteh sakit, makteh nak duduk bilik VIP kat hospital swasta abag tu. Abang bayar ye. Abang kongsi la dengan abangcik Azhad tu. Dia pun doktor gak. ;)

saya,ibu,bibik & kak rina

Silalah jalan dibawah pedang.

doa.

afdlin "makteh,abang nampak orang tu buat macam ni(tabik) kat maksu'


potong kek,tapi tak nampak kek..hehe..

ayah & ibu dengan menantu bongsu

u cakap banyak i tembak u yek!! hahahha..

 ustaz azhad berdoa. ;)

abang macam biasa, jaga keterampilan. hahah!

Okeylah, takde apa sangat pun nak cite.. saja je nak memeriahkan blog ni
;)