hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

21 May 2013

Inai..

Assalammualaikum..



Saya ada 4 orang adik beradik. Semua dah nikah, kecuali yang kecil sekali. Ala..tu yang cekak pinggang sebelah saya tu, dia la.. Hari jumaat ni bersamaa 24.5.2013 dia akan dinikahkan. Masa majlis saya, kak cik & yon dulu, kami semua nikah kat rumah, kenduri pun kat rumah. Tapi si kecil yang dah tak kecil ni lain. Nikah kat masjid, kenduri kat dewan.  

Lain sangat!! Saya bukan tak suka nikah kat masjid, tapi rasa macam lagi best kalau kita dinikahkan kat rumah yang kita dibesarkan. Konon-kononnya kenangan terindah gitu. Tapi bakal suami dia nak nikah di masjid. Tapi okey jugak, sebab masjid tu masjid yang kami selalu pergi. Masjid yang sangat banyak kenangan. Lagipun masjid tu rumah kedua arwah ton & chaq. 'Tempat' tok pun dah ada kat masjid tu, so kalau kami sampai lambat masa nak solat sunat hari raya pun, kami masih ada tempat yang tok simpan. Sebelah kiri masjid.  Kalau tok ngan chaq ada lagi, mesti depa rasa lega sebab semua cucu-cucu depa dah selamat dinikahkan. 

Ya Allah..rindunya kat tok ngan chaq..

Sedih la pulak!!
Okey-okey,stop bab sedih!!!





Tugas saya macam biasa, siapkan inai. Nasib baik la kat rumah jiran sebelah ada pokok inai yang merahnya sangat cantik.  Inai cikpah memang jadi mangsa la.. Dan terima kasih sangat kat burung yang 'membuang' kat belakang rumah cikpah dan meninggalkan benih inai tu. U sangat berjasa wahai burung! 
i love u!!!

Masa saya nikah dulu, saya yang proses inai sendiri. Masa tu pakej andaman yang saya ambil tu termasuk inai yang lukis-lukis tu, tapi saya tolak. Tak nak lukis-lukis ye, nak tradisional. Bagi saya inai bukan benda yang cantik untuk dimodenkan. Lukis bunga-bunga tu memang cantik, tapi bila kita tengok gambar 20 tahun nanti, benda tu nampak tak cantik. Tapi kalau letak inai macam biasa je, macam orang dulu kala.....inai tu akan tetap cantik walaupun dah 20 tahun gambar tu diambil. Tu pendapat saya je.. lain orang lain la pandangannya. 

Masa kakcik nikah, dia ada la lukis-lukis, tapi inai yang letak kat jari tu saya gak yang buat. Kakcik untung tau! Masa dia kawen, kat tapak tangan tu, dia tiru macam nora danish kawen. Yang tu memang lawa!! Tukang lukisnya yon! Lama gila yon lukis. Yang hairannya, rajin gila yon ngadap tangan kakcik tu!! Susah kot nak lukis tu, tapi tengok yon relex jer..  
*saya dah google gambar inai tu tapi tak jumpa*

Kali ni adik dah bagitau awal-awal dah suh buatkan inai. Kena la buat walaupun sekarang ni saya rasa malas sangat la nak pesah bab inai ni. Daun inai tu pula makin lama makin halussssssss....jenuh la nak pilih tau! Daun pun tak berapa nak ada sangat. Adoii...dah terbayang kerenyahannya!!
Tapi takpa la, ada hero-hero yang boleh tolong makteh ni.

 Lagipun saya dah tak main tumbuk-tumbuk inai ni.
Semua guna kecanggihan teknologi.
 Tekan je SIAP!!!!!

;)




4 comments:

munirah said...

ateh...bt lebih sikit bleh adik yg kat sni nak tumpang sama hahaha...rindunya bau inai pokok..dulu mudah je nak dapat, skrang susah sgt kan...masa mun kawen tak trcapai hasrat nak pakai inai pokok :(

zuriati zainudin said...

simpan utk i skit boleh??huhu..i pun suke inai tradisional.yg moden semuanya x masuk jiwa huhu.

Anis Ahmad said...

Assalammualaikum kak. nak tanya. inai tu , blender guna blender kering ka basah?

TQ.

fidayu mohd shobri said...

anis, inai tu kena guna blender basah, tapi kena ejas air tu ngam2 je tau, jng tercair, nanti nak pakai tak boleh pulak.. ;)