hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

29 May 2013

Dazita kawen oooiiiiii....

Assalammualaikum..



Akhirnya ayah & ibu selesai melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah & ibu. Semua anak dah dinikahkan. Alhamdulilah.. Mesti dada ayah ngan ibu  lapang selapangnya..Suka la tu. Dah boleh gi jalan-jalan dengan tenangnya.  ;)





Malam adik nikah hujan. Tapi tak lebat.. Sejuk je.. Masa masuk dalam masjid tu, rasa sedih sangat..tapi tahan. Yang tak boleh tahannya kakcik. Siap nangis lagi!! Bukan sebab sedih adik nikah, tapi sebab teringatkan arwah chaq & tok. Saya terus tak tengok kakcik masa dia nangis!! Takut nanti ter'join' nangis. Tapi saya tengok je 'tempat' tok tu... Sayu sangat sangat sangat tau!! bertahun-tahun itulah 'tempat' tok & kami solat. Insyallah sampai mati akan saya ingat kenangan sepanjang kami ngan masjid tu. Kenangan yang dulunya biasa-biasa dah jadi kenangan luar biasa. ;)

Adik jadi isteri orang dengan sekali lafaz je. Lepas nikat tu kot la dia nak malu-malu, nak sedih-sedih ke, nak syahdu-syahdu ke.. dia relex je.. senyum bersimpul-simpul lagi. Seronok!! Tapi okey la..tak ada sesi airmata berlinangan. Semua sesi senyum simpul sambil menahan perut yang lapaqqqqq!!!! Rasanya sebab tu kot dia tak sedih. Lapaq! ;)




Besoknya tugas saya, gi ambil kek dari kak najah yang baik kat Seriab. Lepas tu terus je pi kat dewan. Adik & gula hatinya sampai kat dewan awal. Kul 12.30 dah duduk atas pelamin. Awal kan.... kami si kakak-kakak ni la yang paksa dia pi makeup awal,ambil gilir no.1!!  kul 6.45pagi dia dah pi makeup. hehehe...bukan kakak-kakak ni kejam, tapi nak pastikan pengantin tak sampai lambat. Tak mau la kul2 pengantin tak siap-siap lagi. Rugi... ;)


Alhamdulilah..majlis lancar je. Lagipun saya ada peneman. Si zubai ada.Pengantin pun tak de peneman tau.hehe... Setia je depa ni sepanjang majlis. Siap hack IG saya lagi. Kelassssssss.... Best tau ada kawan macam depa ni. Happy je!!!  Terima kasih tau sebab banyak tolong & menceriakan suasana. Bab saya ngan kawan-kawan kita cita dalam post lain ye. ;)



Best gak rupanya buat majlis kat dewan ni. Tak panas dan selesa. Tandas pun bersih. Kiranya puas hati sangat la. Sewa pun murah, berbaloi-baloi tau! Kawan-kawan & jiran yang datang pun cakap berbaloi sewa dewan tu, selesa. Alhamdulilah... bila tetamu rasa selesa, tuan rumah pun rasa seronok. ;)



Tema kami warna pich nak ke pink. Pengantin songket putih silver. Adik saya ni ada minat hampir-hampir sama dengan saya. Agak tradisional gitu. Saya dulu pakai cucuk sanggul besar, dia pakai macam cucuk sanggul tapi cekak. Tak tahu la apa namanya. Tapi saya suka!! Bila lagi kan nak pakai tradisional gitu, kalau pakai masa hari biasa orang kata tak betul pulak. heheeee.... tradisional tu cantik tau... ;)



Okey la yek, gambar pun tak banyak.. biasa la.. saya kan sibuk melayan tetamu,so tak sempat nak bergambar.. ;)







21 May 2013

Inai..

Assalammualaikum..



Saya ada 4 orang adik beradik. Semua dah nikah, kecuali yang kecil sekali. Ala..tu yang cekak pinggang sebelah saya tu, dia la.. Hari jumaat ni bersamaa 24.5.2013 dia akan dinikahkan. Masa majlis saya, kak cik & yon dulu, kami semua nikah kat rumah, kenduri pun kat rumah. Tapi si kecil yang dah tak kecil ni lain. Nikah kat masjid, kenduri kat dewan.  

Lain sangat!! Saya bukan tak suka nikah kat masjid, tapi rasa macam lagi best kalau kita dinikahkan kat rumah yang kita dibesarkan. Konon-kononnya kenangan terindah gitu. Tapi bakal suami dia nak nikah di masjid. Tapi okey jugak, sebab masjid tu masjid yang kami selalu pergi. Masjid yang sangat banyak kenangan. Lagipun masjid tu rumah kedua arwah ton & chaq. 'Tempat' tok pun dah ada kat masjid tu, so kalau kami sampai lambat masa nak solat sunat hari raya pun, kami masih ada tempat yang tok simpan. Sebelah kiri masjid.  Kalau tok ngan chaq ada lagi, mesti depa rasa lega sebab semua cucu-cucu depa dah selamat dinikahkan. 

Ya Allah..rindunya kat tok ngan chaq..

Sedih la pulak!!
Okey-okey,stop bab sedih!!!





Tugas saya macam biasa, siapkan inai. Nasib baik la kat rumah jiran sebelah ada pokok inai yang merahnya sangat cantik.  Inai cikpah memang jadi mangsa la.. Dan terima kasih sangat kat burung yang 'membuang' kat belakang rumah cikpah dan meninggalkan benih inai tu. U sangat berjasa wahai burung! 
i love u!!!

Masa saya nikah dulu, saya yang proses inai sendiri. Masa tu pakej andaman yang saya ambil tu termasuk inai yang lukis-lukis tu, tapi saya tolak. Tak nak lukis-lukis ye, nak tradisional. Bagi saya inai bukan benda yang cantik untuk dimodenkan. Lukis bunga-bunga tu memang cantik, tapi bila kita tengok gambar 20 tahun nanti, benda tu nampak tak cantik. Tapi kalau letak inai macam biasa je, macam orang dulu kala.....inai tu akan tetap cantik walaupun dah 20 tahun gambar tu diambil. Tu pendapat saya je.. lain orang lain la pandangannya. 

Masa kakcik nikah, dia ada la lukis-lukis, tapi inai yang letak kat jari tu saya gak yang buat. Kakcik untung tau! Masa dia kawen, kat tapak tangan tu, dia tiru macam nora danish kawen. Yang tu memang lawa!! Tukang lukisnya yon! Lama gila yon lukis. Yang hairannya, rajin gila yon ngadap tangan kakcik tu!! Susah kot nak lukis tu, tapi tengok yon relex jer..  
*saya dah google gambar inai tu tapi tak jumpa*

Kali ni adik dah bagitau awal-awal dah suh buatkan inai. Kena la buat walaupun sekarang ni saya rasa malas sangat la nak pesah bab inai ni. Daun inai tu pula makin lama makin halussssssss....jenuh la nak pilih tau! Daun pun tak berapa nak ada sangat. Adoii...dah terbayang kerenyahannya!!
Tapi takpa la, ada hero-hero yang boleh tolong makteh ni.

 Lagipun saya dah tak main tumbuk-tumbuk inai ni.
Semua guna kecanggihan teknologi.
 Tekan je SIAP!!!!!

;)




16 May 2013

Ada Ubatnya. Ada Penawarnya




Assalammualaikum..

Masa tadika, cikgu ajar saya mengira bermula dengan no 1....2....3.....

Bila masuk tingkatan 1, cikgu ajar no sebelum no 1... 0... -1... -2....

Bila masuk tingkatan 3, cikgu ajar saya pengiraan tanpa no..  xy (-5) + yy - x = 0

Bila masuk politeknik, pensyarah ajar  tentang infiniti.. 
Tiada pengakhiran.. 
 nak kata sikit bukan, nak kata banyak bukan, nak kata tergantung pun bukan.

Makin besar makin rumit.
Makin rumit makin tersimpul.
Makin tersimpul makan terbelit.


Tapi kita umat Muhammad.
Kita beragama Islam
Serumit mana masalah, seteruk mana bencana.
Ada ubatnya. Ada penawarnya.

Kita hanya perlu mencari.
 Cinta juga begitu.
Perlu dicari, perlu ditambah.
Mana mungkin cinta diawal hari akan sama dengan dihujung hari.
Pasti ada bezanya.
Mungkin bertambah.
Mungkin susut.

Yang pasti akan ada kesannya.
Pasti ada.



14 May 2013

Sayyidul Istigh






Assalammualaikum..

Jom amalkan sayyidul istighfar ni siang dan malam..
Ustaz yang selalu mai kat office ni cakap.. ni la penghulu segala istighfar.. insyallah banyak manfaatnya..

Nabi SAW bersabda,

“Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga”. (HR. Bukhari)

;)

08 May 2013

Gambar pra perkahwinan beego lawa!






Assalammualaikum..


Saya..saya..saya..memang tak minat si beego ni. Memang tak ikut pun perkembangan dia. Tapi kan, saya suka la gambar pra-perkahwinan dia ni. Betul-betul 'bersatu' dengan alam gitu! Gambar dia santai je..tapi bila tengok rasa fresh!! Tu pendapat saya la.. orang lain saya tak tau la kan..

Maybe sebab saya suka hijau kot, sebab tu saya rasa macam tu. Tapi serius, dalam banyak-banyak gambar pra-perkahwinan artis ni, gambar ni yang paling best!!

Gambar ni sepanjang zaman punya gambar.. kira kalau kita tengok 10 tahun lagi pun kita akan suka.
 Tak lapuk dik masa gitu.

Terus rasa nak ambil gambar macam ni!!!

Tapi..
Tapi..
Tapi..
Tapi..
sekanag ni saya gemokkkk...tak lawa!!
Hemmmm...

:(

akar tu sangat menarik!


06 May 2013

Sejarah tetap sejarah

Assalammualaikum..


Sejarah tetap sejarah.
 Keputusan SPM sejarah saya dapat A tau! Saya dapat A sebab cikgu tu tak pernah tak tanya soalan kat saya. So, suka atau tak saya kena buat latihan, saya kena baca buku. Itu sejarah saya dengan matapelajaran sejarah.

Hidup kita takan indah tanpa sejarah. Mungkin masa kita sedang melalui situasi tu kita rasa perit. Tapi suatu hari nanti, bila kita kenang kisah yang dulunya perit dah bertukar satu kisah yang indah dan menarik.

Siapalah kita tanpa sejarah.

Sejarah selalunya buat kita tersenyum, ada juga yang buat kita menangis, ada juga yang buat kita sakit hati, yang buat kita marah.. Tapi percayalah.. semua itu akan terubat dengan masa.. ya..masa mengubah segalanya...insyallah..

Sejarah ialah hakikat. Tak apa jika tidak mahu mengingatinya. Tak apa jika tidak mahu menghayatinya. Tak apa untuk mencuba melupakannya. Tapi cubalah imbas sekali, cari yang indahnya, cari yang manisnya, cari yang sayunya, cari yang syahdunya, cari yang baiknya. insyallah..ada hikmah kenapa DIA mencoretkan 'cerita' itu pada kita.

Pandanglah ke depan, tapi...sekali sekala, tolehlah ke belakang.. 

Di depan itu harapan.. di belakang itu pengajaran..

;)




02 May 2013

Ini lubuk

Assalammualaikum...

Entah
Makin hari makin menjelikkan

Entah
Rimaskah?
Perlukah?

Entah
Kenapa?


Mana kasih?
Mana suci?
Mana cahaya?

Akhirnya hanya persoalan.

Jawapan entah dimana.

Hey!!! Kita hidup bukan untuk suka-suka
DIA hidupkan kita bertujuan

Jadi kenapa abai?
Kenapa jelik?

Saya ada rasa
Ada jiwa
Ada roh

Bila tiba masanya
Insyallah salam pemisah akan diberi

Tanya DIA
Adu padaNYA

DIA saja yang tahu

Ini bukan puisi
Bukan wasiat
Bukan cerita

Ini lubuk



Ya... Ini lubuk..

Tak perlu faham