hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

22 April 2013

Ruang tamu untuk tetamu ke untuk kita?

Assalammualaikum..

Saya dah lama pindah, dekat setahun dah. Tapi ruang tamu saya kosong lagi. Tak ada sofa lagi. Tak ada bajet lagi la nak beli sofa. . Dah tu, idea pun tak ada nak beli yang macam mana. Mat Fariq sibuk nak L shape, saya pula rasa macam nak sofa yang untuk 3 orang, pastu nak tambah kerusi malas yang cantik. 


Waaahhhhh....macam banyak duit je kan?? 

Tak suka tau rumah tak ada sofa. Kalau nak duduk sat-sat pun jadi malas. Duduk atas bean bag tau-tau la, mesti terbenam..bila dah terbenam tu takdanya nak duduk sat-sat. Kadang-kadang terus lentok je.

Serius saya langsung tak ada idea nak susun sofa macam mana tau. Susah la bila sliding buka tengah, ruang jadi sempit. Nak pusing sofa belah mana pun tak tau. Saya nak sofa mengadap tv,   pening!!! pening!!!

saya suka sangat kerusi biru tu!!

nak sofa empuk macam tu!

Ehem2...satu untuk dia, satu untuk saya

nak gabung2 kerusi macam ni la..

eerrr...cantik,kan? kan?

suka! suka!

Okey la.. semua ni berangan je. Rasanya nanti saya beli sofa cikai-cikai je, bajet tak banyak. Sofa kat perlis ni mahal, tak lawa, tak up to date, tak best!! 

Tapi, mana tau tiba-tiba ada rezeki lebih, boleh la beli sofa idaman saya. Doa tau!

;)

No comments: