hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

02 April 2013

Indah

Assalammualaikum..


Dunia ni indah kan? Tambah-tambah kita kat Malaysia ni. Ada banyak tempat menarik. Ada pantai, ada sungai, ada air terjun, ada hutan, ada kampung, ada bandar, ada macam- macam!! Kita patut bersyukur tau! Kita dilahirkan di tempat yang sangat menarik, aman, damai, tenteram. Tapi kita kena la sama-sama jaga keamanan, ketenteraman, kedamaian kita ni. Jangan la gaduh-gaduh ye. 

Cuaca kat Malaysia pun terbaik! Biasalah, ada hari panas, ada hari hujan, kadang-kadang banjir, kadang-kadang kemarau. Allah nak bagi kita merasa semua keadaan la tu. Salji je tak merasa lagi kat Malaysia ni. Tapi..... kalau tetiba turun salji kat Malaysia ni, cuak gak kan? hehe..

Hujan batu pernah turun kat Perlis ni, tapi masa tu saya kecil lagi, tak ingat. Ibu la yang cerita.. Teringat nak merasa hujan batu.. Tapi nak batu yang comel-comel je, tak mau yang besaq-besaq. Eh!! boleh pilih pulak kan?!  (:

Bab makanan tak payah cakap la, macam-macam! Sebut je, insyallah ada. Tapi kena la siapkan duit ye.. Saya bab makan memang tak berkira. Saya rela tak beli baju & kasut semata-mata nak makan tau. Makanan kat Malaysia sangat menggoda. Sebab tu badan makin naik ni, dulu-dulu-dulu-dulu boleh la, makan banyak badan tak naik, sekarang ni dah macam apa dah! Tapi saya rasa badan naik sebab minum susu la, bukan sebab makan banyak! kikikikiki...percaya ke??  (: 

Apapun, saya rasa kita patut bersyukur. Kita patut 'menjiwai' setiap nafas kita, setiap perkara yang berlaku kepada kita. Tak kira la baik ke buruk sesuatu perkara tu. Tak kira la teruk atau indah sesuatu itu. Kita kena 'menjiwainya'.

Hidup akan lebih indah begitu.

Percayalah..  

(:


1 comment:

zuriati zainudin said...

yup hidup ini sgt indah!