hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

30 April 2013

beletiaq lorat perlis!!

Assalammualaikum..

Tinggal 5 hari je lagi kita nak mengundi. Dalam facebook punya la banyak cerita bab mengundi ni. Naik lemas tau. Setiap minit ada je post pasal politik. Saya malas nak melayan sangat, tak baca pun post2 tu. Terpulang la kan, tu salah satu cara untuk diaorang nak berpolitik.

Kebanyakan yang sangat aktif berpolitik dalam facebook ni adik-adik muda yang belum pernah mengundi. Haaaaa.... over tau, takde pengalaman mengundi,tapi tulis macam dah mengundi 10 kali. Semua orang tak betul, semua orang tak kena. Dia je la yang betul. 

Secara peribadi la kan.. akak yang baru 1 kali mengundi ni nak bagi nasihat dalam lorat perlis sepenuhnya..

hampa semua tak payah la dok buat tau sangat, hampa tu baca blog,baca paper, baca website ja.. hampa tau ka sumber-sumber semua tu mai kot mana? hampa yang taksub sangat pasai apa? biasa-biasa dah la.. jangan la pasai hampa tak suka satu-satu parti tu hampa dengan kawan hampa nak bekelai. hampa tu batih jagung lagi, orang buat ulam ja.. hampa tak payah la nak pung pang pung pang sangat, hampa bijak, hampa nilai sendiri. hampa tak payah nak dok bekelai dengan orang lain. kalau nak ajak orang ikut hampa pun guna akai, cakap elok-elok, ni dok maki kawan tu, dok mengata kawan nu..apa cerita ni?? dah nampak macam apa dah orang islam la ni.. bab sikit-sikit pun nak bertegang lehaq.. pikiaq no..pikiaq.. kita ni orang islam, kita patut bersatu, bukan bekelai tak habih-habih. 

hampa semua ni jangan dok tunjuk salah orang lain ja, ca tengok diri tu sama. hampa buat dak tanggungjawab hampa. toksah tengok tanggungjawab kat negara, tanggungjawab kat mak pak hampa macam mana? kat bini hampa macam mana? daripada hampa dok kelipoq tak ketahuan hala, baik hampa istifar no.. ingat allahh.. kita ni nak lari pi mana, malaysia ni kemetot ja, pi mai pi mai, jumpa jugak.

ni, hampa jangan la dok marah orang lain kalau orang lain tak sokong hampa na, biaq pi la kat depa yang tak mau join hampa tu, depa tu depa punya cerita, hampa, hampa punya cerita.

hampa jangan dok bekelai na..sat lagi kami lepuk kepala sat lagi baru ketahuan.. 

okey, selamat mengundi na..





amacam? ada faham??

;)

1 comment:

munirah said...

kihkihkih...faham cikgu utaqa uiii...
toksah dok kelupoq sgt naaa hihi