hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

06 March 2013

Kisah seorang isteri~~Saya bahagia begini

Assalammualaikum..

Hari saya setiap hari isnin - jumaat bermula jam 6.15pagi. Bangun je, saya akan terus gi makan sesudu minyak habatul sauda dan segelas air. Habatul sauda kan bagus, so saya amalkan untuk kesihatan, dah malas makan vitamin-vitamin ni. Bukannya nampak sangat kesan bila makan vitamin-vitamin ni, so lebih baik amalkan pemakanan ikut Islam, Habatul sauda, insyallah ada kesannya, tapi kena berterusan la, seeloknya makan sebelum azan subuh, tapi saya ni selalunya makan masa azan subuh berkumandang, asyik terlajak je..

Okey, lepas tu saya akan panaskan  lauk untuk bawa bekal. Selalunya kalau ada lauk lebih yang semalam la, kalau habis,saya taklah bawa bekal. Tapi selalunya saya akan siapkan dari malam, macam ikan ke, puyuh ke, saya dah siap pesiang dan letak garam kunyit,so..pagi tu terus goreng je.

Lepas tu mandi, solat, iron baju. Lepas siap berbaju kerja, gi dapur baliak, masak air dan masukan bekal dalam bekas, bagi sejuk dulu baru masukan dalam bekas, kalau panas-panas nanti basi pulak. Buat susu untuk bekal saya, dan nescafe untuk suami.

Masukan bekal dalam kereta, panaskan kereta & siram pokok. Lewat macam mana pun saya akan siram, jarang sangat la saya tak siram. Kesian kat pokok tu, takde makanan..nanti dia haus..

Masuk rumah, salam suami, ambil sampah buang, pastu gi kerja.

Tu aktiviti pagi je tu.

Balik je kerja, selalunya saya akan selesaikan dulu kerja luar, bayar bil ke, gi tengok sedara-mara sakit kat hospital ke, gi beli barang-barang dapur ke.. kira tengok keperluan la.

Balik je, terus siram pokok.. Saya sayang pokok-pokok saya tau!! So, untuk kekalkan kesuburan pokok, kena pastikan 'makanan' dia cukup. Lepas tu rehat kejap depan tv, kalau suami balik awal, ada je la..Lapaq la, nak cucuq la, nak air la.. so, kena la buat kan.. Paling koman pun buat tea cicah ngan biskut hup seng! ;)

Okey, Dalam kul7 saya dah masuk dapur, siang apa yang patut, goreng apa yang ada, tumis apa yang tersedia. Kalau tak dan la nak siapkan masak tu, saya gi mandi n solat dulu, pastu sambung balik. kira ikut keperluan la.

Pastu makan. Lepas makan kemas dapur la pula kan..

Paling lewat pun, semua kerja saya akan berakhir jam 9.30 malam.

Tu la tugas harian saya. Tapi saya okey je, suami pun taklah bagi tekanan sangat, dia tu asalkan ada makanan je okey. Dia pernah gak cakap, 'abang kesian kat ayang balik masak pula, ayang kalau tak larat beli pun takpa'. Tapi saya yang nak masak, jemu sangat la makan kat kedai. Saya suka masak sendiri sebab tu la pengikat kasih sayang. Sedap ke, tak sedap ke, suami tetap makan. Saya tak nak jadi macam cerita ni . Saya betul-betul nak elakkan jadi macam tu.Saya tak nak kesal dikemudian hari.

Sebab tu la saya suka dan sangat suka apa yang saya buat. Saya akan pastikan saya masak sekurang kurangnya 4-5hari seminggu, yang lain tu makan luar @ tapau je.

Saya bahagia begini.

1 comment:

munirah said...

likeee1000x