hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

20 March 2013

Daging Masak Merah Ala Thai

Assalammualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi. Dah lama dah Pn. Baidura minta resepi ni, tapi ni baru teringat nak update, sorry ye Bai.. I kan pelupa...  ;)



Okey, saya ni jenis yang main agak-agak, ukuran selalunya main rasa-rasa. So nak bagi ukuran yang tepat macam orang lain tu saya tak reti lorr... So, resepi ni gaya saya la yek, sempoi je..main campak-campak.





Bahan-Bahan.

Daging
Cili kering yang dah dikisar
Sos tomato
Sos cili
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang putih ketuk je
Bawang besar potong bulat
Carrot
'Nampla' @ sos ikan  @ garam

Cara-caranya...

1. Rebus daging bagi empuk, baru best nak makan..

2. Hiris halus-halus daging tu..

3. Panaskan minyak, pastu goreng daging tu sampai garing..

4. Okey, ketepikan..

5. Panaskan minyak lagi, pastu tumis bawang putih.

6.Masukan cili kering yang dah dikisar tu, masak lama sampai betul-betul masak..

7. Masukan sos cili n tomato, sikit2 je..

8. Masukan sos ikan @ garam.. Masak lama-lama sikit.. Pastikan adunan cukup rasa. Kalau pakai sos ikan, rasa ke'thai'an tu akan lebih terasa tau. Memang beza kalau kita pakai garam biasa je.

9. Masukan daging, carrot dan bawang besar tadi.

10. Bila dah sebati, masukan daun limau purut. Wajib ada tau! Kalau takde, memang tak rasa la ke'thai'an.

11. Masak dalam 5-8minit, agak-agak kuah tu dah meresap ke dalam daging tu..

12. Masukan ke dalam pinggan @ mangkuk.. jangan lupa hiris daun ketumbar tabur kat atas daging. Kalau tak ada tak best! Bau ketumbar tu menaikan selera dan buat kita  rasa tak sabar nak makan!!




Okey,selamat mencuba.. ;)

No comments: