hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

27 March 2013

Pada MU..

Assalammualaikum...

Ya Allah..

Permudahkan segala urusanku..

Sesungguhnya hanya padaMU aku bergantung..

Ya Allah... Ya Rahman.. Ya Rahim...

Kau makbulkan segala doa kami..







24 March 2013

Ahad

Assalammualaikum..

Ahad. Hari untuk bermalas malasan! Bangun lewat, masak ikut suka kul berapa pun sebab mat fariq kerja, kalau lapaq tapi malas nak masak awal2, makan je megi ke, biskut ke, nasi semalam ke.. Asalkan perut kenyang. Sebab, bila perut kenyang baru hati gumbira kan!!! Muhahahaha.. Lepak depan tv sambil makan dan minum air 1 mug besar...

Aarrgghhh... Doniaaaaa!!!

Tu je aktivi saya pada hari Ahad! Ooppppsss... Lupa, 1 je kerja berat yang saya buat, basuh bilik air! Pastu sambung tengok tv.. Best kan!!



23 March 2013

Jom makan!

Assalammualaikum..

Megi ni la makanan yang sentiasa ada kat rumah. Hehehe.... Kalau malas masak, kami makan megi la.. Tapi tak la selalu, kadang- kadang yang agak kerap. Hehehehehehehehe....

Saya tak suka megi yang letak macam2 sampai hilang rasa ori megi tu.

Saya suka yang simple tapi ummpphhh!! Letak sayur segar sudah!!





20 March 2013

Daging Masak Merah Ala Thai

Assalammualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi. Dah lama dah Pn. Baidura minta resepi ni, tapi ni baru teringat nak update, sorry ye Bai.. I kan pelupa...  ;)



Okey, saya ni jenis yang main agak-agak, ukuran selalunya main rasa-rasa. So nak bagi ukuran yang tepat macam orang lain tu saya tak reti lorr... So, resepi ni gaya saya la yek, sempoi je..main campak-campak.





Bahan-Bahan.

Daging
Cili kering yang dah dikisar
Sos tomato
Sos cili
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang putih ketuk je
Bawang besar potong bulat
Carrot
'Nampla' @ sos ikan  @ garam

Cara-caranya...

1. Rebus daging bagi empuk, baru best nak makan..

2. Hiris halus-halus daging tu..

3. Panaskan minyak, pastu goreng daging tu sampai garing..

4. Okey, ketepikan..

5. Panaskan minyak lagi, pastu tumis bawang putih.

6.Masukan cili kering yang dah dikisar tu, masak lama sampai betul-betul masak..

7. Masukan sos cili n tomato, sikit2 je..

8. Masukan sos ikan @ garam.. Masak lama-lama sikit.. Pastikan adunan cukup rasa. Kalau pakai sos ikan, rasa ke'thai'an tu akan lebih terasa tau. Memang beza kalau kita pakai garam biasa je.

9. Masukan daging, carrot dan bawang besar tadi.

10. Bila dah sebati, masukan daun limau purut. Wajib ada tau! Kalau takde, memang tak rasa la ke'thai'an.

11. Masak dalam 5-8minit, agak-agak kuah tu dah meresap ke dalam daging tu..

12. Masukan ke dalam pinggan @ mangkuk.. jangan lupa hiris daun ketumbar tabur kat atas daging. Kalau tak ada tak best! Bau ketumbar tu menaikan selera dan buat kita  rasa tak sabar nak makan!!




Okey,selamat mencuba.. ;)

18 March 2013

On The Bike~~kerja gila

Assalammualaikum..

Nak cite ni..nak cite ni...

tengah ronda cari hotel.
Cuti hujung minggu lepas, saya & mat fariq buat kerja gila! Konon-konon nak gi Penang naik motor, cari barang motor, ronda-ronda & balik. Tapi...terlajak sampai  Cameron!! Boleh bayangkan kami naik motor dari Perlis sampai Cameron??



Pinggang tak sakit sangat, tapi bahu makcik ni ha!! Lenguh!! Berdenyut-denyut je!! Nasib baik la masa nak balik baru sakit. Tapi berbaloi aarrrrr... Enjoy sangat!

Naik motor ni lagi rasa fresh! Haa..fresh sampai muka tak rasa apa sebab sejuk sangat! muhahaha..

Nasib baik la saya siap bawa bekal baju. Kami ni kalau pi mana-mana selalunya memang bawa baju, buat 'simpanan' kot-kot terjadi aktiviti camni la. Kerja gila!

Serius best!


hujan!!
Saya dapat rasa lepak bawah jambatan sebab hujan. Macam yang selalu kita tengok kat tepi jalan tu. Pengalaman baru tu! Menarik tauuuu!! Dapat main hujan.. Tapi hujan renyai-renyai la.. Sakit tu kena hujan..
Macam kena cubit!


Mat fariq ckp tu tak ikut konvoi lagi, kalau ikut konvoi lagi best!!

Eleh..tu nak bagitau yang group dia best la tu..tu nak pi konvoi lagi la tu.. akai....



Feeling naik motor ni lain dari naik kereta.. Bestnya naik motor ni, kita berhubung terus dengan alam.. Haa..masuk metafora la pulak! Macam mana yek nak terangkan? heeemm...u all kena rasa sendiri la.. susah nak menggambarkan perasaan saya ni.;) eemm...maybe rasanya macam perempuan dapat bunga, or budak-budak dapat mainan, or tiba-tiba kita dapat hadiah 1 juta!!  macam tu la rasanya...

'ayang awat tak suh abang dok tegak,tak smart la' ~ah! malas layan


Malam tu kami bermalam kat sana, hotel banyak, tapi susah nak cari bilik yang selamat untuk motor tu. Mat fariq ni memilih! Nak bilik yang nampak motor la, nak letak motor betul-betul dpn lobi la..  Tapi alhamdulilah..jumpa gak hotel bajet macam yang dia nak. Puas hati tak sangga la dia tu!

Pagi tu lepas sarapan nasi lemak, kami pi makan salad kat Big Red Strawberry Farm.. Kami suka sangat tempat ni, besar, bersih, selesa dan menarik sangat. Kat sini ada jual macam-macam punya makanan berunsurkan strawberry, jus ada, salad ada, kek ada.. harga berpatutan. Best.. kat sini ada jual salad segar gak, 1 pokok RM2 je..siap boleh pilih n petik sendiri. Tapi tinggi sangat, masa naik ok lagi, part nak turun tu. Kalau naik kereta saya tak pi dah tempat tu. Gayat sangat!!!

RM3 je 1 pelastik tu ;)


RM4.90..
pakaian tak macam nak gi jauh je..
Lepas tu kami gi BOH Sungei Palas Tea Centre. Masa untuk minum teh ye.. Selalunya kami gi kat kilang BOH, tapi kali ni kami gi tempat Ombak Rindu tu.. Saya ngan mat fariq suka minum teh Gunung Palas & Gunung Chantik.(mat fariq ikut je, saya yang sesuka hati pilih) Saya syorkan siapa yang pi sana, ambil yang teko, ha..boleh refill air. Tambah RM1 je..  Lupa cakap, teh tu RM9 untuk 2 orang.. boleh dapat 2 setengah cawan untuk 1 teko. Ala..kalau refill pun teh tu masih terasa. Fresh!

Puas gak meronda kat sana. Ronda naik motor lagi best dari kereta. ;)

Lepas tu, kami balik.. Saja nak balik awal, sebab nak sampai awal, sebab besok tu kan isnin, kan kerja. 

izahhhhhhhh...

love!!

kat pasar malam byk jual ni. madu lebah + sarang

makcik, beli la..Rm 2 je..


kelapa laut.. beli air lg sedap la! dah la mahal..RM5

otw balik, singgah kuala sepetang! sedap!!

Alhamdulilah..kami selamat pergi dan selamat balik. Walaupun percutian tak terancang, tapi enjoy dah sangat best. Insyallah lepas ni boleh la buat kerja gila lagi.. ;)

15 March 2013

#Borak Kosong






Assalammualaikum..

#Borak Kosong.

Isteri yang jelita : Abang, ayang rasa info yang orang bagi kat kita salah la, ayang tengok ada je suami dia  tu tiap-tiap hari. Memandai je orang kata dia bini no2. Takada gilir-gilir pun.

Suami yang poyo : Mana kita tau. Tapi malam tu laki tu tidoq dalam keta.

Isteri yang jelita : Aik..mana tau?

Suami yang poyo: Abang tau la, abang dengaq...bla..bla...bla... (perlu dirahsiakan untuk kebaikan bersama)

Isteri yang jelita : Ishh..kalau betul la kan.. isteri muda ja yang sanggup biaq suami tidoq dalam kereta, isteri tua ni macam mana marah pun mesti tak buat macam tu.

Suami yang poyo : Sebab tu abang sayang ayag.

Isteri yang jelita : Aik!!! Jangan buat pasai na!!

13 March 2013

Yuhu... Dj fidayu disini!!

Assalammualaikum..


Yuhuuu... saya dj Fidayu! Dj anda hari ini!!! Muhahaha.....

Pagi tadi saya kena gi RTM,..

Walaupun ni kali ke2, tapi saya tetap takut ye..

Yang dulu tu malu nk bergambar, tapi kali ni laju je snap gambar.. hehe..

Okey, tak de apa nak cerita sangat pun..

;)




pisssttt...abaikan dagu berlapis n peha yang besar tu ye!


07 March 2013

Apa saya buat time meeting!

Assalammualaikum..

Haaaa.... Saya suka lukis pokok time meeting!! Macam2 jenis pokok.

Tapi saya lukis cara saya la..

Best tau lukis pokok time meeting..

Rasa macam diawangan.. Muhahahhaa..

Sekali tengah meeting orang tanya! Nganga mak!! Hehe..

Pandai- pandai la ye cover!!

Bagi yang dah cekap melukis macam saya, semua tu kacang, tangan jalan, telinga jalan.. Tapi semua tu kena latihan yang jitu dan berterusan tau! Muhahhaa..


Cuba korang lukis pokok time meeting, mesti rasa macam tenang lagi mendamaikan.. Hehe..

Buat ajaran sesat pulak kan!

pissstttt..post ni pun saya buat masa tengah meeting tau..















06 March 2013

Kisah seorang isteri~~Saya bahagia begini

Assalammualaikum..

Hari saya setiap hari isnin - jumaat bermula jam 6.15pagi. Bangun je, saya akan terus gi makan sesudu minyak habatul sauda dan segelas air. Habatul sauda kan bagus, so saya amalkan untuk kesihatan, dah malas makan vitamin-vitamin ni. Bukannya nampak sangat kesan bila makan vitamin-vitamin ni, so lebih baik amalkan pemakanan ikut Islam, Habatul sauda, insyallah ada kesannya, tapi kena berterusan la, seeloknya makan sebelum azan subuh, tapi saya ni selalunya makan masa azan subuh berkumandang, asyik terlajak je..

Okey, lepas tu saya akan panaskan  lauk untuk bawa bekal. Selalunya kalau ada lauk lebih yang semalam la, kalau habis,saya taklah bawa bekal. Tapi selalunya saya akan siapkan dari malam, macam ikan ke, puyuh ke, saya dah siap pesiang dan letak garam kunyit,so..pagi tu terus goreng je.

Lepas tu mandi, solat, iron baju. Lepas siap berbaju kerja, gi dapur baliak, masak air dan masukan bekal dalam bekas, bagi sejuk dulu baru masukan dalam bekas, kalau panas-panas nanti basi pulak. Buat susu untuk bekal saya, dan nescafe untuk suami.

Masukan bekal dalam kereta, panaskan kereta & siram pokok. Lewat macam mana pun saya akan siram, jarang sangat la saya tak siram. Kesian kat pokok tu, takde makanan..nanti dia haus..

Masuk rumah, salam suami, ambil sampah buang, pastu gi kerja.

Tu aktiviti pagi je tu.

Balik je kerja, selalunya saya akan selesaikan dulu kerja luar, bayar bil ke, gi tengok sedara-mara sakit kat hospital ke, gi beli barang-barang dapur ke.. kira tengok keperluan la.

Balik je, terus siram pokok.. Saya sayang pokok-pokok saya tau!! So, untuk kekalkan kesuburan pokok, kena pastikan 'makanan' dia cukup. Lepas tu rehat kejap depan tv, kalau suami balik awal, ada je la..Lapaq la, nak cucuq la, nak air la.. so, kena la buat kan.. Paling koman pun buat tea cicah ngan biskut hup seng! ;)

Okey, Dalam kul7 saya dah masuk dapur, siang apa yang patut, goreng apa yang ada, tumis apa yang tersedia. Kalau tak dan la nak siapkan masak tu, saya gi mandi n solat dulu, pastu sambung balik. kira ikut keperluan la.

Pastu makan. Lepas makan kemas dapur la pula kan..

Paling lewat pun, semua kerja saya akan berakhir jam 9.30 malam.

Tu la tugas harian saya. Tapi saya okey je, suami pun taklah bagi tekanan sangat, dia tu asalkan ada makanan je okey. Dia pernah gak cakap, 'abang kesian kat ayang balik masak pula, ayang kalau tak larat beli pun takpa'. Tapi saya yang nak masak, jemu sangat la makan kat kedai. Saya suka masak sendiri sebab tu la pengikat kasih sayang. Sedap ke, tak sedap ke, suami tetap makan. Saya tak nak jadi macam cerita ni . Saya betul-betul nak elakkan jadi macam tu.Saya tak nak kesal dikemudian hari.

Sebab tu la saya suka dan sangat suka apa yang saya buat. Saya akan pastikan saya masak sekurang kurangnya 4-5hari seminggu, yang lain tu makan luar @ tapau je.

Saya bahagia begini.

04 March 2013

Adam danish

Assalammualaikum..

Ni adam danish, budak yang cakap pandai tak bergenti sat!! Pot pet pot pet!!

Dia ni aktif sangat!! Time nak tido je slow sikit.. Hehehe.. Sedap2 hati je ngate anak orang kan.. Muhahahaha..

Dia ni aktif bila ada ibu dia je, ibu dia xde, baik je.. Sopan lagi.. Sebab tu kalau nak bawa jejalan saya okey je..

Ni la aktiviti kami dalam kereta!

Smile!!

02 March 2013

Rm2..

Assalammualaikum..

Ahad lepas, masa saya tengah isi minyak kereta, ada seorang adaik perempuan datang dan jual ubat untuk anak-anak yatim sekolah dia. Kiranya dia pun anak yatim la.

Sambil senyum, saya cakap kat adik tu 'takpa la dik, taknak beli'

Adik tu pun senyum balik sambil cakap 'akak nak derma saja pun boleh akak'

'Jap ye dik, buh minyak sat'

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
Masa tengah tunggu isi minyak tu, saya congak-congak dalam hati, duit ada sikit je, besok baru gaji. Heemmm.. Masa tu dalam bag duit saya ada rm12 ringgit je. Hujung bulan macam tu la, dalam bank pun memang dah kosong,dah kikis habis dah. So memang 'semangga' tu je duit saya. Masa tu ada rasa macam takmau bagi, tapi cepat-cepat saya buang 'rasa takmau bagi tu'. Terus set kat otak, duit tu dah tertulis duit anak-anak yatim tu, kalau saya tak bagi pun, saya takan kaya dengan RM2 tu.

Okey,
Lepas selesai isi minyak, saya ambil bag duit, keluarkan Rm2 dan bagi kat adik tu dengan senyuman. Sebenarnya rasa malu gak, bagi sikit je, tapi saya ikhlas takat tu je.

-

Malam tu, ayah datang rumah bawa 2 kotak besar minyak wangi, dalam setiap kotak besar tu ada 18 kotak kecil yang comel2. 'Nah, ni kakcik beli pula, jual kat pejabat besok'

-

Minyak wangi tu laku. Alhamdulilah... Sorang-sorang beli. Kejap-kejap orang mai bagi duit RM20. Kejap-kejap bila kawan-kawan lalu, pilih-pilih, pastu bayar RM20.

Ni tinggal 6 kotak je lagi yang tak terjual.

-

Masa tengah drive tengah hari tadi, tiba-tiba teringat pasal motivasi pagi kat radio IKIM, saya tak ingat siapa penceramah tu tapi dia cakap, Allah akan balas dan bagi balik setiap nilai yang kita keluarkan untuk bersedekah. Kalau kita sedekah Rm1, DIA akan bagi balik Rm10. Kalau kita bagi Rm10, DIA akan bagi balik Rm100.

Itu yang terjadi kepada saya. Saya sedekahkan Rm2 je, Tapi dagantikan dengan berlipat kali ganda! Sangat banyak! Berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda!!!

Ya Allah, saya hanya untung 'atas angin'. Tak ada modal yang saya keluarkan. 

-

Alhamdulilah...


01 March 2013

~surat untuk mak~ by cik wanda

Assalammualaikum..

Saya baru jebaca blog Cik Wanda..

Sedih la..

Betul-betul sedih..

Cik Wanda, akak linkkan blog u kat sini yek..

Bila baca tu rasa ikhlas sangat..

Surat untuk mak