hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

01 February 2013

Takdir dan Malaikat..

Assalammualaikum..

Tadi macam biasa,setiap hari jumaat ada tazkirah pagi. Kami akan ikut ustaz baca 1 muka Quran dan selalunya ustaz akan huraikan makna ayat yang dibaca. Hari ni kami sambung surah al-baqarah ayat 30-35.

Dipendekkan cerita,
Masa ustaz tengah huraikan makna tu, tersebut pasal malaikat. Ustaz ada tanya pasal 10 malaikat yang kita perlu tahu. Masa tu akal saya tercari-cari, apa ye nama malaikat-malaikat tu?? Tak ingat!!! Yang ingat cuma Jibril, Mungkar, Nakil & Izrail je!! Masa tu rasa malu sangat. Memang la ustaz tak tuju soalan tu kat saya, tapi perkara asas macam tu pun saya lupa. Rasa malu dengan diri sendiri. Emm..

Ustaz cakap, ada 4 malaikat yang jaga kita di depan dan di belakang kita. Malaikat - malaikat ni akan menolak keburukan daripada kita, KECUALI  takdir. Seandaikan takdir datang kepada kita, malaikat akan tinggalkan kita.

Semasa kita di dalam perut ibu lagi, malaikat dah catat 4 perkara tentang kita. AMALAN, REZEKI, AJAL DAN BAHAGIA @ SENGSARANYA KITA.

Tapi, apa yang dicatat oleh malaikat boleh ditolak @ berubah dengan doa. Doa boleh menyekat takdir yang telah diturunkan. Doa dan takdir akan bertembung selagimana kita terus berdoa. Dan sesungguhnya hanya mereka yang rapat denganNYA sahaja akan terus berdoa kepada Allah.

Tapi, takdir yang dicatat oleh Allah di LOH MAHFUZ TIDAK AKAN BERUBAH.

Dan ingatlah, Allah tidak pernah zalim kepada kita.

Saya kan...rasa terpanar dengan apa yang ustaz tu cakap. Bukan tak pernah dengar sebelum ni, tapi kali ni macam menusuk je kat jiwa ni. Mungkin cara ustaz tu cakap. Nada lembut tapi....entah la, macam ada sesuatu yang jentik jiwa saya. Macam ada suara cakap ' tu la Fidayu ooiii...sembahyang lambat, doa pun pendek-pendek je! tau dak doa tu banyak kebaikan, tau tak doa tu power!!'
Rasa macam kena penampaq bertubi-tubi tau.

Lepas dengar semua ni kan.. saya rasa memang tak patut la kita menyalahkan takdir. Orang kita ni selalu je salahkan takdir, semua benda yang tak baik,takdir yang salah. So..mulai hari ni, jom la kita sama-sama doa untuk hidup yang lebih baik dan bahagia. Doa tu power!! 


Habis je tazkirah, terus google 10 malaikat yang kita perlu tahu. Hope boleh ingat dan ingat..

1.JIBRIL 
menyampaikan wahyu dari Allah SWT.

2.MIKAIL 
memberikan dan menyampaikan rejeki.

3.RIDHWAN 
bertugas menjaga pintu syurga

4.MALIK 
menjaga pintu neraka

5.MUNGKAR dan NAKIR
menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.

6.RAQIB
memcatat segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.

7.ATID
mencatat segala perbuatan buruk dan dosa seseorang.

8.IZRAIL
mencabut nyawa.

9.ISRAFIL
 meniup sangkakala penanda hari kiamat telah tiba. 

10.ZABANIAH
ketua malaikat yang mengurus neraka. 

 

No comments: