hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

05 February 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum..




Sekarang ni ramai kot yang melayan cerita ni. Setia hujung nyawa dah jadi fenomina, katanya la.. Okey, saya dah lama tak layan cerita kul 7 mlm. Dulu saya memang setia je ngan semua cerita kul 7 kat tv3 ni. Lepas satu..satu.. Hehehheee...

Tapi lepas kena ayat ngan kakak kat pejabat ni kan, saya berhenti tengok cerita kul 7 ni. Ayat dia ringkas je, tapi macam terrrrrrrrrrrrrrrsusuk kat jantung.

saya        : tengok tak cerita kul 7 kemarin?
kakak tu  : kak ****  tak tengok.
saya        : rugi tau tak tengok, besttttttt....
kakak tu  : kak **** tak tengok sebab nanti solat maghrib lambat. Dulu-dulu tengok gak, tapi tak 
                boleh jadi, asyik dok solat lambat ja. Awak mesti solat lambat ni.

sambil senyum kambing saya cakap 'ala...kantoi la solat lambat'

Tapi kan, nada dan cara kakak tu cakap,tak sakit hati pun. Lembut je.. Lepas habis cerita tu, saya tak tengok dah.(saya tak ingat tajuk cerita yang saya tengok tu)

Tapi lepas 4-5 cerita berganti, saya tersangkut kat cerita Setia hujung nyawa ni. Ni semua kes terrrrrrrrrrrtengok episod 1 la ni. Tapi nasib baik la maghrib sekarang ni lambat, 7.30mlm baru masuk.. So..taklah lambat sangat tangguhkan solat maghrib tu.

Tapi saya dah janji dengan diri saya ni, tak mau tengok cerita baru yang tengah dok iklan tak sangga tu. Hehe.. doakan misi ini berjaya ye ;D

No comments: