hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

22 February 2013

Rekod Assalammualaikum saya!

Assalammualaikum..

BR1M. Office saya dilanda kesibukan dengan tugas memberi br1m ni. Tapi saya takla sibuk bebenor, sebab ikut je arahan, yang atur-atur jadual tu lagi sibuk. Pening kot nak susun-susun orang ni. Apakan daya, dah kerja kan.. 

Okey, masa 1st time bertugas dulu, memang pening. Dah la bertugas tengah hari, memang berpinaq biji mata ni. Orang ramai sesangat. Kesian pun ada kat makcik - makcik - pakcik - pakcik tua tu, datang jauh-jauh, panas, dengan dokumen tak cukup, kena gi fotostat balik, bacam-macam la. Ada yang marah - marah, ada yang cool, ada yang senyum, ada yang jeling. Tapi masa tu sempat tengok sikit-sikit je sebab tak sempat nak panggung kepala, semak dokumen je kerja saya.

Okey, bila dah bertugas yang ke2 kali ni, tersusun cikit. Orang yang mai pun semua cool je. Maybe sebab diaorang dah ada pengalaman dengan br1m ni, yela..kebanyakan semua yang mai ambil tu wakil anak-anak, semua ibu bapa yang dah dapat br1m. So..diaorang ni dah tau step.

Mulanya saya cuma lemparkan senyuman je kat diaorang. lepas 9-10orang baru saya teringat nak bagi assalammualaikum. Lalai kan!

Saya terus bagi assalammualaikum sambil senyum, ramai yang jawab assalammualaikum saya, tapi ramai juga yang jawab dengan kata 'YA', ramai juga yang tak jawab tapi senyum je, ramai juga yang tak jawab dan tak senyum.

eeeeemmm...mungkin diaorang tak dengar salam saya tu, takpe la..yang penting saya memberi assalammualaikum kepada mereka. Hak mereka untuk menjawabnyer. 

Yang pasti, saya rasa seronok sangat hari kemarin sebab saya dah bagi ungkapan assalammualaikum kat lebih 50 orang(agak-agak je ni tapi yang pasti memang ramai sangat)! rekod untuk diri sendiri! Bagi assalammualaikum paling banyak dalam hidup saya dalam masa 1 hari. ;))


Tenangnyer rasa..


1 comment:

zuriati zainudin said...

hehe best kan...rindu nk jumpe org ramai :(