hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

28 February 2013

Sang sawi & sang timun

Assalammualaikum...

Saya rasa happy sangat bila sawi n timun yg saya tanam tu subur.. Alhamdulilah.. Bahagia sangat!

Tau tak, tiap2 hari saya meninggung depan pasu tengok n 'belek' pokok2 tu..

Best sangat tengok satu- satu daun naik..

😊 Jatuh cinta dengan sawi n timun ni..

Dulu saya bercita2 nak berhenti kerja n nak jadi usahawan petani tau, tapi tak ada sokongan dari suami, sooo... Makcik kerja makan gaji aje la.

Sebab tu la saya rajin sangat bercucuk tanam ni, nanti saya kongsi pokok2 yang ada kat laman rumah yek..

Tak banyak, tapi semua pokok2 tu buat saya tenang..

😍


Update pakai i5 je.. So lintang pukang sikit la ye

27 February 2013

i5

Assalammualaikum..

Biar gambar bercerita 😊





















Orang sakit

Assalammualaikum..

Start jumaat lepas, suami saya sakit pinggang sebab angkat berat. Dah banyak kali dah pesan jangan angkat berat, tapi angkat juga...

Tapi nak buat macam mana kan, dah kerja.berapa byk tapi daaa...

Mamat ni pula, kalau sakit memang ngada-ngada la, nak itu, nak ini.

Dia kalau tido bantal memang melampau punya banyak. Kalau kita tarik sebiji je daripada bantal yang banyak2 tu dia boleh tau!

Geram tau! Depan tv tu penuh dengan dia n bantal je, saya ni sipi2 je..

Tapi takpe.. Sabar... Hari ni hari dia, nanti saya sakit, saya balas balik ye..




22 February 2013

Rekod Assalammualaikum saya!

Assalammualaikum..

BR1M. Office saya dilanda kesibukan dengan tugas memberi br1m ni. Tapi saya takla sibuk bebenor, sebab ikut je arahan, yang atur-atur jadual tu lagi sibuk. Pening kot nak susun-susun orang ni. Apakan daya, dah kerja kan.. 

Okey, masa 1st time bertugas dulu, memang pening. Dah la bertugas tengah hari, memang berpinaq biji mata ni. Orang ramai sesangat. Kesian pun ada kat makcik - makcik - pakcik - pakcik tua tu, datang jauh-jauh, panas, dengan dokumen tak cukup, kena gi fotostat balik, bacam-macam la. Ada yang marah - marah, ada yang cool, ada yang senyum, ada yang jeling. Tapi masa tu sempat tengok sikit-sikit je sebab tak sempat nak panggung kepala, semak dokumen je kerja saya.

Okey, bila dah bertugas yang ke2 kali ni, tersusun cikit. Orang yang mai pun semua cool je. Maybe sebab diaorang dah ada pengalaman dengan br1m ni, yela..kebanyakan semua yang mai ambil tu wakil anak-anak, semua ibu bapa yang dah dapat br1m. So..diaorang ni dah tau step.

Mulanya saya cuma lemparkan senyuman je kat diaorang. lepas 9-10orang baru saya teringat nak bagi assalammualaikum. Lalai kan!

Saya terus bagi assalammualaikum sambil senyum, ramai yang jawab assalammualaikum saya, tapi ramai juga yang jawab dengan kata 'YA', ramai juga yang tak jawab tapi senyum je, ramai juga yang tak jawab dan tak senyum.

eeeeemmm...mungkin diaorang tak dengar salam saya tu, takpe la..yang penting saya memberi assalammualaikum kepada mereka. Hak mereka untuk menjawabnyer. 

Yang pasti, saya rasa seronok sangat hari kemarin sebab saya dah bagi ungkapan assalammualaikum kat lebih 50 orang(agak-agak je ni tapi yang pasti memang ramai sangat)! rekod untuk diri sendiri! Bagi assalammualaikum paling banyak dalam hidup saya dalam masa 1 hari. ;))


Tenangnyer rasa..


21 February 2013

MY Bekal.

Assalammualaikum..



ehem.. ehem.. 
Untuk julung - julung kalinya, saya bawa bekal yang saya masak sendiri gi office tau. 

Sebenarnya dah lama dah rasa nak berbekal-bekal kat office, dah jemu sangat dah makan kat luar tu. Semua menu dah boleh hafal.Siap dah tau dah kedai mana bubuh aji lebih ye! Tuu..betapa setianya saya ngan kedai-kedai kat perlis ni!! Sejak mula-mula kerja sampai la sekarang ni, ulang makan kedai je. Serius jemu.

 Walaupun saya masak taklah sesedap mana, tapi boleh la kan.

Lagipun saya selalunya masak malam-malam. So, okgak la kan kalau saya masak lebih sikit, pastu bawa bekal gi office. Jimat kot.. Ala...buatpe nak malu-malu, pedulikan!!!

Insyallah lepas ni boleh la selalu-selalu bawa bekal, sebab rasa best pulak makan lauk bekal ni, rasa keibuan sangat. muuhahahhaa...

Daging masak merah ngan sayur tu semalam punya, so panaskan je. telur je goreng subuh2 td.
Alhamdulilah kenyang sangat!

;)

18 February 2013

Masjid Al-Hussein


Assalammualaikum..

:)
Saya suka bersolat maghrib kat masjid ni. Kat Kuala Perlis. Masjid ni sumbangan seorang hamba Allah. Namanya Tan Sri Ariffin. Saya tak tahu sangat cerita disebalik masjid ni, yang saya tahu nama masjid ni Masjid Al-Hussein. Diambil semperna mana abang Tan Sri Ariffin. Orang kata idea asal nak buat masjid ni datang dari abang Tan Sri, tapi dia tak sempat nak tengok sebab dia 'pergi' dulu.

Saya kagum sebenarnya bila dapat tahu masjid ni sumbangan orang perseorangan. Alahai.....saya pernah terbaca, antara orang yang masuk syurga ialah orang yang mendirikan masjid. Semoga hamba Allah ini terpelihara dan dapat masuk syurga.

Selalunya saya akan ke masjid ni pada hari sabtu @ ahad. Orang sentiasa penuh. Suka sangat tengok suasana macam tu. :)

Saya syorkan siapa yang datang kat perlis ni ataupun orang perlis sendiri yang belum pernah bersolat kat sini, cuba-cubalah. Cuba sekali mesti nak lagi. hehe..

Pernah dalam 1bulan tu, 3minggu berturut-turut saya pergi. Ada juga la bulan yang saya tak sempat nak pergi. Sampai teringat-ingat tau kalau lama tak pergi.



kubah..


laluan masuk..

adik tu solat sorang-sorang je..



Rindu kat masjid ni, dah lama tak solat kat sini..

16 February 2013

2,190 hari

Assalammualaikum..

2,190 hari lalu, saya dinikahkan.
Ye..
dah 2,190 hari.
 Lama kan?

2,190 hari yang sangat mencabar.

2,190 hari yang sangat membahagiakan.

2,190 hari yang sangat mendugakan.

2,190 hari yang sangat mendamaikan.



Untuk 6 tahun lepas, alhamdulilah saya dan suami mampu menempuh semua dugaan dan cabaran..
Semoga hubungan kita kekal utuh untuk puluhan tahun lagi dan sekiranya perpisah berlaku, biarlah perpisah itu kerana ajal.Insyallah..









13 February 2013

Terima Kasih

Assalammualaikum..



 Hadiah yang tak seberapa untuk teman saya yang baru je dapat kerja tetap.
Sepatutnya saya pilih kad ucapan tahniah, tapi saya rasa saya perlu bagi kad ucapan terima kasih.

Saya perlu ucapkan terima kasih.



Terima kasih sebab jadi kawan makan pagi  i.

Terima kasih sebab jadi kawan makan gulai panas i.

Terima kasih sebab jadi kawan ke masjid kuala i.

Terima kasih sebab jadi kawan check rumah pprt i.

Terima kasih sebab jadi kawan test masakan-masakan i.

Terima kasih sebab jadi kawan yang bagitau sifat-sifat pokok kat i.


Terima kasih sebab jadi kawan i.
Terima kasih sebab jadi teman i.
Terima kasih sebab jadi teman i.

Terima kasih & Tahniah.

Fidayu. MS
8.1.2013












06 February 2013

Dah 2 tahun!

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar, dah 2 tahun saya kerja sini.


Ye..baru 2 tahun. Nape saya rasa macam dah lama je kerja sini yek? Ada kakak kat pejabat tu pun cakap rasa macam dah lama je saya kerja sini.  Errr...serasi la tu! ;)
sarang saya!

Okey - okey, sejujurnya saya dah selesa kerja kat sini. Dah rasa macam rumah sendiri dah. Rumah yang kena punch-in punch-out. heheheheeee..




Insyallah kalau umur panjang, rezeki ada, sampai umur 60 la kerja sini. ;)



Saya nak kumpul cerita baru kat sini. Takpa kalau tak seindah kenangan lama, tapi sekurang-kurangnya kenangan itu manis untuk dikenang.




Kat sini ada Munirah, ada Asma, ada Kak Su, ada Kakak Anisa, ada Kak Nurul, ada Wa, ada Siti, ada Tuty, ada Siti..


Ni geng saya tau! Umur kami pun lebih kurang je.. Kira boleh layan kepala la. ;)

dari kiri, tudung pink yg ceria tu munirah, kak anisa bj oren, tudung biru kak nurul, spek hujung tu wa, yg tengah tu asma,yg baju hijau tu siti. kaksu n tuty takde dlm pic ni..


Alhamdulilah..makin lama makin serasi. Kalau keluar makan, sorang takde je..sunyi tau..
Tapi sekarang ni Kak Su cuti bersalin, soo...memang sunyi la..

Diaorang ni sempoi je.. Bab makan laju..hehehe..macam saya la.. pagi-pagi je cari makanan.. ;)

Semoga kami akan terus berkawan dan bersahabat selamanya. ;)
amin.







































piissstttttt....bai & zu, i tak lupa u all tau!


05 February 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum..




Sekarang ni ramai kot yang melayan cerita ni. Setia hujung nyawa dah jadi fenomina, katanya la.. Okey, saya dah lama tak layan cerita kul 7 mlm. Dulu saya memang setia je ngan semua cerita kul 7 kat tv3 ni. Lepas satu..satu.. Hehehheee...

Tapi lepas kena ayat ngan kakak kat pejabat ni kan, saya berhenti tengok cerita kul 7 ni. Ayat dia ringkas je, tapi macam terrrrrrrrrrrrrrrsusuk kat jantung.

saya        : tengok tak cerita kul 7 kemarin?
kakak tu  : kak ****  tak tengok.
saya        : rugi tau tak tengok, besttttttt....
kakak tu  : kak **** tak tengok sebab nanti solat maghrib lambat. Dulu-dulu tengok gak, tapi tak 
                boleh jadi, asyik dok solat lambat ja. Awak mesti solat lambat ni.

sambil senyum kambing saya cakap 'ala...kantoi la solat lambat'

Tapi kan, nada dan cara kakak tu cakap,tak sakit hati pun. Lembut je.. Lepas habis cerita tu, saya tak tengok dah.(saya tak ingat tajuk cerita yang saya tengok tu)

Tapi lepas 4-5 cerita berganti, saya tersangkut kat cerita Setia hujung nyawa ni. Ni semua kes terrrrrrrrrrrtengok episod 1 la ni. Tapi nasib baik la maghrib sekarang ni lambat, 7.30mlm baru masuk.. So..taklah lambat sangat tangguhkan solat maghrib tu.

Tapi saya dah janji dengan diri saya ni, tak mau tengok cerita baru yang tengah dok iklan tak sangga tu. Hehe.. doakan misi ini berjaya ye ;D

04 February 2013

Lepak macam dulu-dulu..

Assalammualaikum..


Sejak ayah n ibu beli kerusi batu ni, ni la tempat lepak kami. Jiran-jiran pun rajin je datang lepak. Best tau! Kalau saya ngan ibu duduk kat kerusi ni, mata kami liar je jenguk jiran - jiran nak panggil datang lepak. 

Dulu sini la tempat sambut birthday. Tak payah buat majlis-majlis, beli kek, bancuh air oren pastu  main 'keloi-keloi' je. Meriah!


Makcik Pah sebelah rumah ibu pun selalu je bawa makanan. Kekadang tu kami sarapan kat sini. Lepak-lepak minum kopi, bihun gpreng n  nasi lemak.

Isshh..rindu betul nak melepak macam dulu-dulu. 

Baru-baru ni je berkesempatan melepak macam dulu-dulu. Tapi ahli tak cukup.. 

Tapi kan, tetap meriah n happy!!

Banyak dah perubahan, ibu pun banyak duduk rumah kakcik kat shah alam, ayah berulang alik dari perlis ke shah alam, macam biskut..kejap ada kejap takde. Kakcik paling jauh, duduk qatar, yon n adik duduk shah alam. Jarang balik diaorang ni.

Mama kaklong n pakcik jamsari (gambar) setia ada. Tapi diaorang pun selalu je takde rumah, berjalan-jalan. Anak-anak diaorang pun ( kaklong n dikta) tak duduk sini, belajar kat luar. Balik time cuti. Jumpa pun kadang-kadang je.

Makcik Pah pun dah uzur, nak berjalan mai lepak pun lambat je langkahnya. Dah bertongkat. Kak Ti pun dah tak duduk sini, kalau balik pun hari minggu, jarang-jarang boleh lepak sekali.Saya paling rindu bihun goreng makcik pah.. Dari makcik pah jadi jiran kami, boleh kata seminggu sekali mesti makcik pah buat bihun goreng. Berbelas tahun makan. Bihun makcik pah rasa sama je, tak pernah berubah. Ada ketika saya sampai jemu nak makan. Tapi bila dah lama-lama ni...rasa rindu sangat nak makan, tapi makcik pah dah tak larat nak menggoreng bihun..takapa la..

Makcik Imah dah meninggal.

Makcik Melati pun dah tak ronda-ronda macam dulu. 

Saya pun dah duduk rumah sendiri. Kalau ibu ada selalu gak singgah, tapi bila penat tu balik rumah terus je. Kalau ibu takde, jarang la pergi rumah ibu petang - petang, sebab ayah gi kebun, so rumah memang tak ada orang. Sunyi..

Semua dah lain sangat. Masa merubah segalanya. Dah tak ada minum kopi sesama, dah tak ada bihun goreng makcik pah, dah tak ada air oren.Masing - masing dengan dunia tersendiri.










 Tapi kan, saya sentiasa rindu semua ini...





01 February 2013

Takdir dan Malaikat..

Assalammualaikum..

Tadi macam biasa,setiap hari jumaat ada tazkirah pagi. Kami akan ikut ustaz baca 1 muka Quran dan selalunya ustaz akan huraikan makna ayat yang dibaca. Hari ni kami sambung surah al-baqarah ayat 30-35.

Dipendekkan cerita,
Masa ustaz tengah huraikan makna tu, tersebut pasal malaikat. Ustaz ada tanya pasal 10 malaikat yang kita perlu tahu. Masa tu akal saya tercari-cari, apa ye nama malaikat-malaikat tu?? Tak ingat!!! Yang ingat cuma Jibril, Mungkar, Nakil & Izrail je!! Masa tu rasa malu sangat. Memang la ustaz tak tuju soalan tu kat saya, tapi perkara asas macam tu pun saya lupa. Rasa malu dengan diri sendiri. Emm..

Ustaz cakap, ada 4 malaikat yang jaga kita di depan dan di belakang kita. Malaikat - malaikat ni akan menolak keburukan daripada kita, KECUALI  takdir. Seandaikan takdir datang kepada kita, malaikat akan tinggalkan kita.

Semasa kita di dalam perut ibu lagi, malaikat dah catat 4 perkara tentang kita. AMALAN, REZEKI, AJAL DAN BAHAGIA @ SENGSARANYA KITA.

Tapi, apa yang dicatat oleh malaikat boleh ditolak @ berubah dengan doa. Doa boleh menyekat takdir yang telah diturunkan. Doa dan takdir akan bertembung selagimana kita terus berdoa. Dan sesungguhnya hanya mereka yang rapat denganNYA sahaja akan terus berdoa kepada Allah.

Tapi, takdir yang dicatat oleh Allah di LOH MAHFUZ TIDAK AKAN BERUBAH.

Dan ingatlah, Allah tidak pernah zalim kepada kita.

Saya kan...rasa terpanar dengan apa yang ustaz tu cakap. Bukan tak pernah dengar sebelum ni, tapi kali ni macam menusuk je kat jiwa ni. Mungkin cara ustaz tu cakap. Nada lembut tapi....entah la, macam ada sesuatu yang jentik jiwa saya. Macam ada suara cakap ' tu la Fidayu ooiii...sembahyang lambat, doa pun pendek-pendek je! tau dak doa tu banyak kebaikan, tau tak doa tu power!!'
Rasa macam kena penampaq bertubi-tubi tau.

Lepas dengar semua ni kan.. saya rasa memang tak patut la kita menyalahkan takdir. Orang kita ni selalu je salahkan takdir, semua benda yang tak baik,takdir yang salah. So..mulai hari ni, jom la kita sama-sama doa untuk hidup yang lebih baik dan bahagia. Doa tu power!! 


Habis je tazkirah, terus google 10 malaikat yang kita perlu tahu. Hope boleh ingat dan ingat..

1.JIBRIL 
menyampaikan wahyu dari Allah SWT.

2.MIKAIL 
memberikan dan menyampaikan rejeki.

3.RIDHWAN 
bertugas menjaga pintu syurga

4.MALIK 
menjaga pintu neraka

5.MUNGKAR dan NAKIR
menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.

6.RAQIB
memcatat segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.

7.ATID
mencatat segala perbuatan buruk dan dosa seseorang.

8.IZRAIL
mencabut nyawa.

9.ISRAFIL
 meniup sangkakala penanda hari kiamat telah tiba. 

10.ZABANIAH
ketua malaikat yang mengurus neraka.