hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

11 January 2013

'mama toyak'

Assalammualaikum..

Kemarin saya keluar dari pejabat dalam kul 5.30 petang. Selalunya tepat kul 5 dah balik, tapi kemarin ada kerja sikit. Kangar ni memang la pekan kecil, tapi trafic light bercambah ye, jalan sikit jumpa trafic light, baru tekan minyak,dah jumpa lampu merah. Kiranya bandar metropolitan la.. ;D

Okey, masa saya berhenti kat lorong beri laluan, tiba-tiba je kereta bergoyang dengan sendirinya! hhhaaa..bukan hantu yang goncang ye, tapi kereta langgar belakang kereta saya!! 

Tapi tak tahu la kenapa, saya cool je..tak kalut macam sebelum ni. Saya tengok cermin belakang, nampak orang yang duduk sebelah tu angkat tangan macam nak tumbuk pemandu. Saya drive sampai  kat bus stop depan, berhenti. Kereta yang langgar pun ikut je. Dia naik kereta jenis lama,kereta meniaga.

Bila keluar, saya tengok kereta saya tak pecah, cuma bumper tu jatuh. Adik yang langgar tu pun cool je.. dia bagi no phone dia, dan suruh saya call bila dah baiki. Masa tu saya blur..Emmm...saya diam kejap.. 'Adik tunggu sat, kak nak call suami kak sat'.




Sementara tunggu suami sampai, isteri adik yang langgar tu ada cakap, 'kak, saya memang marah kat dia, tak hati-hati. Saya ni baru sudah belah perut, ada ketumbuhan. Sakit.'

Sesi siasatan pun bermula.
'Adik, macam mana tau kata ada ketumbuhan?'

'Saya gugur,lama dah la. masa cuci tu doktor nampak ada ketumbuhan, nak buat masa tu tak ada duit. Tapi ni dah makin membesaq, kena buat juga la.'

'Hospital kerajaan pun mahal ke?'

'Kena rm80 ja kak, tapi ubat tu yang mahal. Ni pun saya baru pi cucuk kemarin, patutnya saya masuk hospital,tapi tak ada sapa nak jaga anak ni (sambil tunjuk anak dia yang tengah main2 kat depan kami). Saya tak mau masuk la, ni pun ikut dia meniaga jugak.'

Pastu saya diam.. Kesian.. Masa tu saya terus niat, kalau kena tak sampai rm100, saya nak halalkan je.

Bila suami sampai, dia terus call kawan dia yang lebih tahu bab2 kereta ni. Masa tengah tunggu kawan suami sampai tu, Adik tadi bangun dari duduk dan terus je pi kat suami dia kat belakang bus stop. Pastu saya dengar bunyi meraung menangis dan makian. Alamak!!! Serbasalah saya! 

Masa tu dia cerita la kat suami apa yang dia cerita kat saya, suami saya pun cakap, kalau sikit-sikit tak payah minta duit, cat takpa, tak payah minta. 

Masa tu memang saya dengar adik tu tengah maki-maki suami dia. Kesian sangat. Nasib baik suami tu tak melawan. 

Isteri dia siap ajak suami saya report polis, nak bagi suami dia masuk lokap. Memang betul-betul marah.





Tiba-tiba...anak dia yang kecil tu dengan muka sedih mai kat tepi saya. 


Saya tanya dia 'awat adik?'

'mama toyak' (mama menangis)




Alahai...lagi la kesian. 


Nasib baik kawan suami sampai time tu, kalau tak dah nangis dah kat situ. Kawan suami buka tempat letak tayar spare, remok! teruk rupanya. Luaran nampak sikit ja, tapi dalaman agak teruk. Kami terus pi kedai, abang pomen tu tengok je terus cakap RM350.00. Cat RM200.

Adik yang langgar tu senyum. Cool je walaupun dah langar kereta  dan kena maki dengan isteri .
Dia bagitau dia memang tak ada duit. 

Terdiam saya ngan suami. 

Pastu isteri dia keluar dari kereta. 'Takpa,saya bayar sekarang. Kita selesai kat sini, takat dunia ja.. **(&#^#%$!@~@@#~&~%&^&* dia maki suami dia.

Suami saya pun cakap, cat takpa, kita tak payah kira, kita kira body kereta ni cukup.

'Takpa abang, kalau nak cat, abang bagi saya meniaga dulu sat, bagi saya simpan duit, nanti cukup duit abang pi cat kat sepupu saya.' Nada tahan sebak.

Masa dia bagi duit kat saya tu,saya serbasalah sangat. Berat hati nak ambil. Tapi ambil juga la kan, sebab dah bincang dengan suami pasal cat tu kami buat sendiri. memang takmau nak panjang-panjang cerita. Kira kita sama-sama la tanggung. Dia pun bertanggungjawab, tak lari. So kita sama-sama bertolak ansur. 

Kalau saya ni kaya, saya tak minta duit kat dia.
Kesian. 




Sedih sebenarnya bila ingat, pasangan muda yang dah ada anak tapi hidup macam tu. Saya rasa umur pasangan ni dalam 25 @ 26 tahun. Dua-dua ada rupa, yang suami manis, yang isteri pun manis. Anak pun cute je. eeeeemmm..habuan masing-masing. Banyak kita usaha, insyaallah banyak la kita dapat. 

Pengajaran untuk saya. Allah nak saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Makan pakai cukup, ada kerja, ada suami. Walaupun belum ada anak, tapi saya tetap bersyukur dan bahagia.
 


 
 


5 comments:

Rara Nasiha said...

kalau sy jadi awak time tu pun mesti rasa bersalah sangat. dengan kesian lagi, dengan pikir kereta kita lagi.

fidayu mohd shobri said...

memang rasa serbasalah time tu, serbasalah sangat,tapi insyallah ada rezeki lain..

Mrs. Aisam said...

siannye...paling sian ank dia ckp mak toyak..huhuhu...xpela..setiap hambaNya akn diuji n kite sume punya bahagian memasing kan...Alhamdulillah n syukur apa yg sy miliki sekrang....betui ckp U..walaupon blm punya anak...

Cik Wanda said...

huhu..ase nak nanges bace kisah awk ni..

Anonymous said...

kakcik comel : teh..awak buang la gambaq tu.nasib baik tgk tadi tak terkejut @ terkenan bg ibu mengandung.xelok tgk gmbr mcm tu.boh gambaq lain la.