hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 January 2013

u..pasni xd dah......


Assalammualaikum..

Pagi tadi saya dapat msg ni.
Alahai.. sedih sangat!

Sedih sebab dulu saya dah hilang sorang kawan yang sama-sama buat aktiviti semua tu,
Hari ni saya hilang lagi sorang kawan,
Bukan tak ada kawan lain yang boleh buat semua aktiviti tu,
Tapi kami dah lama buat semua benda sama-sama.

Kami dah biasa buat apapun sama-sama,

Dulu saya pernah dengar sorang pakar motivasi cakap  

' kalau umur kita 25-30 tahun dan kita tak ada kawan baik, kawan yang betul-betul rapat dengan kita, itu maknanya something wrong dengan diri kita, kita kena tengok balik diri kita ni.'

Masa tu rasanya umur saya 23 tahun rasanya *tak berapa ingat*

Saya dah cuak masa tu.
Ehhhh..aku tak ada masalah ke? 
Ada something wrong ke aku ni?
Risau.



Tapi alhamdulilah..
Saya dah jumpa kawan yang betul-betul rapat.
Kawan yang insyallah sampai bila-bila jadi sahabat.


Takapa sahabat, kita berpisah demi masa depan. Allah yang merancang pertemuan ini, Allah juga yang merancang perpisahan ini. Dan sudah tentu inilah yang terbaik untuk kita. 

Allah itu Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Jadikan DIA pengantara persahabatan kita. Bila rindu, kita sama-sama berdoa kepadanya untuk kebahagian kita.

Dia menyatukan kita dalam doa, dalam ibadat, dalam ingatan, dalam apa jua yang diinginkan olehNya.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Terima Kasih dan syukur kepada Nya kerana membenarkan kita berkawan, bersahabat, berubah, bergembira, bergurau dan merasai pengalaman indah ini. 
Dah banyak kebahagiaan yang diberi.

Syukur alhamdulilah..



 

30 January 2013

Hat yai..

Assalammualaikum.

Saya nak kata selalu tu tak la sangat, tapi agak kerap la juga gi siam.. Lagipun kami orang perlis ni tak payah guna pasport, buat border je.

Dulu takut nak gi sana, tapi bila dah pernah pi, rasa macam nak pi lagi. Kat sana sama ja dengan kat tempat kita ni. Makanan halal pun senang je..

Saya suka zoo, floating market, nat @ pasar sehari dan banyak lagi la..

Kat sana pun ada supermarket yang jual barang- barang branded original.

Kira macam-macam ada la..

Ish.. Tiba2 rasa malas nk bercerita.. So tengok gambar je la yek
























29 January 2013

Pernah menyampah?






Assalammualaikum..

Pernah tak rasa menyampah dengan orang lain? 
Pernah tak rasa muak dengan seseorang?
Pernah tak?

Saya pernah. 

Rasa menyampah sebab apa yang dicemburui tu benda yang remeh. Sangat remeh. Dan tersangat la remeh. Rasa macam tak logik nak cemburu benda tu tau.

Apala nak dicemburukan, awak tu ada lebih dari saya tau. 

Tapi takpa la, Allah nak duga saya tu. Saya tak marah pun.. 

cuma menyampah je. 
;D


28 January 2013

Almari 6kaki.




Assalammualaikum..

Hari ni kan, kite nak cerita la sikit..  Kite pergi la Jitra hari sabtu hari tu, kita nak beli almari idaman. Kite dah pernah dah tengok almari kat banyak kedai, tapi kedai ni je yang menambat hati kite. Kite gi dengan ibu & adik kite yang tengah gatal nak menikah tu.. muhahahaaa..*gelak jahat macam mak tiri tengah dera anak*


Kite masuk je kedai tu, kite dah terus nampak almari yang kite suka, saiz almari tu pun macam yang kita nak, 6kaki. Memang muat-muat la untuk rumah kite kan. Harga pun ok, yang lagi ok kan, sebab kita beli yang display, diaorang bagi lagi  murah, kurang rm200 tau! Dah la baru je di'display'kan. Alhamdulilah...rezeki..


Balik je rumah, kite pening! Apasal macam kecil je almari yang kite beli tu. Nape la ruang ni nampak besar pulak??!! Masa beli kite ni teramat yakin dah yang saiz tu betul. Kite terus ambil tape & ukur. Memang sah kite silap!! Ruang dinding tu memang lebih besar la. 8.5kaki. Aduuhhh... 


Kite dalam keraguan tau, nak cancel almari tu, tapi kite bekenan gile, nak teruskan je beli almari tu, rasa rugi la pula tinggal ruang. Kalau boleh tu nak la guna ruang sepenuhnyakan.. Rumah dah la tak besar mana pun.


Dari pagi kite pikir-punya-pikir-punya-pikir... kite rasa kita memang dah jatuh hati dengan almari tu, so.. tapelah kalau kecil pun..


Hati puas dapat almari yang kite suka, tapi ralat sebab saiz tak seperti yang didambarkan.


Lagipun dalam dunia ni kita mana boleh dapat semua benda yang kite nak. 


Ada benda kita dapat, ada benda kita kena lepaskan. 


Kesimpulannya....


Insyallah ini satu keputusan yang tepat.
;)

18 January 2013

Ini KAMI

Assalammualaikum..


Ini situasi saya dan suami...


Selalunya saya ni suka cakap benda yang sama banyak kail, diulang-ulang je benda yang sama. Yang suami pula tak suka dengar benda yang sama kerap-kali. Rimas la konon. Kalau rimas awat takmau pi buat je terus apa yang isteri suruh?? haaa... jawab2!! Tapi bila dah lama-lama ni dah terbiasa.Saya pot pet pot pet, dia relex je duduk atas bean bag sambil main game, siap mencelah time saya dok ceramah lagi, suruh buat air! Haihh..Sakit hati OOooo! 


Selalunya suami saya ni pemalas, sudu 1 pun tak boleh basuh. Sakit hati OOooo bila tengok sinki yang telah ku basuh dan berkilat tu tiba-tiba kat dalam tu ada satu sudu kecil bekas dia sapu jem! AAArrrggggghhhhh!!!! Stres!!! Bila lalui situasi ni, mulut saya secara automatiknya akan pot pet pot pet, biasa la kan. Macam biasa dia akan ulangi situasi macam kat atas... dia relex je duduk atas bean bag sambil main game, siap mencelah time saya dok ceramah lagi, suruh buat air! Haihh..Sakit hati OOooo!  


Selalunya saya ni agak malas lipat baju, eeehh..bukan malas, tapi agak bz yek!  Kalau angkat baju pastu tak terus lipat, memang tunggu hari sabtu @ ahad la  baru saya lipat. Suami pulak suka perli-perli, macam-macam la ayat dia. Bila lalui situasi ni, saya copy & paste la perangai dia, saya relex je duduk atas bean bag sambil main game.  (:  dan sudah pasti dia sakit hati... muahahhahaa.. 
 *percaya ke saya bz?*


Macam tu la kehidupan KAMI. Tapi KAMI okey je lalui semua ni. Biasa la, mana ada orang sempurna. Memang suami malas basuh pinggan, tapi dia tersangat rajin basuh baju. Beraga-raga pun dia basuh. So..apa la sangat sudu kecil tu untuk saya basuh kan..Lagipun kami dah terbiasa dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dah boleh terima dan faham. Dah boleh bertolak ansur walaupun kadang-kadang sakit hati. 
;)





 

15 January 2013

Geeeeeeeeeeeeeeeeelang!





Assalammualaikum..

Tetiba je rasa macam nak cerita pasal gelang kesayangan saya ni. Saya tersangat sayang & suka gelang ni. Kiranya pilihan tepat aaaaarrrrr!!! Sebelum ada gelang ni, saya tersangat sayang cincin emas putih yang saya beli guna duit kerja lepas SPM. Bayar 2 ke 3 kali... tak ingat. Tapi bila jari jemari ni dah bolat2,dah tak muat. Soo..simpan aje la. Dalam hati ni tetap ada simpan rasa nak kuruskan badan semata-mata nak pakai cincin tu tau! Tapi sampai hari ni misi tu tak berjaya!!

Masa tu kurus kering, memang tak terdaya la saya nak kurus macam tu ye..
;)

Okey, selain daripada cincin tunang & gelang nikah, gelang macam kat gambar tu la yang saya sayang! Gelang emas putih gak. Guna duit yang ayah bagi. ;) 

Sayang sangat kat gelang ni.

14 January 2013

kereta ooii...

Assalammualaikum..

Kereta dah ok, tapi calar. Abang pomen pun main calit-calit je cat, just untuk bagi hilang tanda - tanda hitam. So..xjelas sangat la kecacatan tu.

tapi tak best la drive kereta calar-calar ni.




Takpe la,nak buat camna kan, mana tau ada rezeki lain, boleh beli kereta baru.

;D



aminnn..

11 January 2013

'mama toyak'

Assalammualaikum..

Kemarin saya keluar dari pejabat dalam kul 5.30 petang. Selalunya tepat kul 5 dah balik, tapi kemarin ada kerja sikit. Kangar ni memang la pekan kecil, tapi trafic light bercambah ye, jalan sikit jumpa trafic light, baru tekan minyak,dah jumpa lampu merah. Kiranya bandar metropolitan la.. ;D

Okey, masa saya berhenti kat lorong beri laluan, tiba-tiba je kereta bergoyang dengan sendirinya! hhhaaa..bukan hantu yang goncang ye, tapi kereta langgar belakang kereta saya!! 

Tapi tak tahu la kenapa, saya cool je..tak kalut macam sebelum ni. Saya tengok cermin belakang, nampak orang yang duduk sebelah tu angkat tangan macam nak tumbuk pemandu. Saya drive sampai  kat bus stop depan, berhenti. Kereta yang langgar pun ikut je. Dia naik kereta jenis lama,kereta meniaga.

Bila keluar, saya tengok kereta saya tak pecah, cuma bumper tu jatuh. Adik yang langgar tu pun cool je.. dia bagi no phone dia, dan suruh saya call bila dah baiki. Masa tu saya blur..Emmm...saya diam kejap.. 'Adik tunggu sat, kak nak call suami kak sat'.




Sementara tunggu suami sampai, isteri adik yang langgar tu ada cakap, 'kak, saya memang marah kat dia, tak hati-hati. Saya ni baru sudah belah perut, ada ketumbuhan. Sakit.'

Sesi siasatan pun bermula.
'Adik, macam mana tau kata ada ketumbuhan?'

'Saya gugur,lama dah la. masa cuci tu doktor nampak ada ketumbuhan, nak buat masa tu tak ada duit. Tapi ni dah makin membesaq, kena buat juga la.'

'Hospital kerajaan pun mahal ke?'

'Kena rm80 ja kak, tapi ubat tu yang mahal. Ni pun saya baru pi cucuk kemarin, patutnya saya masuk hospital,tapi tak ada sapa nak jaga anak ni (sambil tunjuk anak dia yang tengah main2 kat depan kami). Saya tak mau masuk la, ni pun ikut dia meniaga jugak.'

Pastu saya diam.. Kesian.. Masa tu saya terus niat, kalau kena tak sampai rm100, saya nak halalkan je.

Bila suami sampai, dia terus call kawan dia yang lebih tahu bab2 kereta ni. Masa tengah tunggu kawan suami sampai tu, Adik tadi bangun dari duduk dan terus je pi kat suami dia kat belakang bus stop. Pastu saya dengar bunyi meraung menangis dan makian. Alamak!!! Serbasalah saya! 

Masa tu dia cerita la kat suami apa yang dia cerita kat saya, suami saya pun cakap, kalau sikit-sikit tak payah minta duit, cat takpa, tak payah minta. 

Masa tu memang saya dengar adik tu tengah maki-maki suami dia. Kesian sangat. Nasib baik suami tu tak melawan. 

Isteri dia siap ajak suami saya report polis, nak bagi suami dia masuk lokap. Memang betul-betul marah.





Tiba-tiba...anak dia yang kecil tu dengan muka sedih mai kat tepi saya. 


Saya tanya dia 'awat adik?'

'mama toyak' (mama menangis)




Alahai...lagi la kesian. 


Nasib baik kawan suami sampai time tu, kalau tak dah nangis dah kat situ. Kawan suami buka tempat letak tayar spare, remok! teruk rupanya. Luaran nampak sikit ja, tapi dalaman agak teruk. Kami terus pi kedai, abang pomen tu tengok je terus cakap RM350.00. Cat RM200.

Adik yang langgar tu senyum. Cool je walaupun dah langar kereta  dan kena maki dengan isteri .
Dia bagitau dia memang tak ada duit. 

Terdiam saya ngan suami. 

Pastu isteri dia keluar dari kereta. 'Takpa,saya bayar sekarang. Kita selesai kat sini, takat dunia ja.. **(&#^#%$!@~@@#~&~%&^&* dia maki suami dia.

Suami saya pun cakap, cat takpa, kita tak payah kira, kita kira body kereta ni cukup.

'Takpa abang, kalau nak cat, abang bagi saya meniaga dulu sat, bagi saya simpan duit, nanti cukup duit abang pi cat kat sepupu saya.' Nada tahan sebak.

Masa dia bagi duit kat saya tu,saya serbasalah sangat. Berat hati nak ambil. Tapi ambil juga la kan, sebab dah bincang dengan suami pasal cat tu kami buat sendiri. memang takmau nak panjang-panjang cerita. Kira kita sama-sama la tanggung. Dia pun bertanggungjawab, tak lari. So kita sama-sama bertolak ansur. 

Kalau saya ni kaya, saya tak minta duit kat dia.
Kesian. 




Sedih sebenarnya bila ingat, pasangan muda yang dah ada anak tapi hidup macam tu. Saya rasa umur pasangan ni dalam 25 @ 26 tahun. Dua-dua ada rupa, yang suami manis, yang isteri pun manis. Anak pun cute je. eeeeemmm..habuan masing-masing. Banyak kita usaha, insyaallah banyak la kita dapat. 

Pengajaran untuk saya. Allah nak saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Makan pakai cukup, ada kerja, ada suami. Walaupun belum ada anak, tapi saya tetap bersyukur dan bahagia.
 


 
 


08 January 2013

Disebalik

Assalammualaikum..







Nampak macam panas, tapi sebenarnya redup.

Nampak panas, tapi sebenarnya sangat mendamaikan.

Nampak panas, tapi sebenarnya sangat dinantikan.

Nampak panas, tapi sebenarnya sangat la menyejukkan hati.














Saya nak jadi macam cahaya matahari tu.
(:

03 January 2013

Mereka Sahabat.

Assalammualaikum..

Hari ni dah hari ke3 tahun 2013, tapi saya masih diawangan lagi!! Asyik tersenyum sorang-sorang. Bukan dah tak betul ye, tapi teringat percutian yang ringkas, padat, mampat, sangat mendamaikan, dah terbaik 2012. Percutian kat rumah sendiri tapi bertemankan sahabat yang saaaaaaaaangat rapat!!

Dah 2 tahun kot tak berkumpul macam dulu-dulu. Masing-masing ada haluan hidup sendiri. Sorang orang Selangor, sorang orang Perak, dan saya orang Perlis yang indah lagi mempersona ni.

 Cik Zuriati Puan Baidura, u all memang kawan sekerja yang terbaik!

Aktiviti kami simple je.. Steambot kat rumah, berborak sampai kul 4.30 pagi. Bangun pagi, gi Wang Kelian & Padang Besar, serbu rumah  XBos lama yang tersangat sempoi. Makan banyak-banyak kat rumah XBos. Balik rumah, menyicah sambal belacan sampai resdung aktif balik. Makan kat Kuala Perlis. Pergi pejabat lama, tempat kami mula-mula berkenalan dan
-
-
-
-
-
 berpisah balik!

Jom makan-makan..

Otw ke Wang Kelian.
Pililh jangan tak pilih.
Pemborong paling banyak!! Penuh ven bapak mertuaku.. ;)

zzaassssss...
Dengan xbos yang sempoi..
Jam baru..jam baru..jam baru..
Simple kan,tapi yang penting kami semua bahagia je masa tu. Semua semangat! Walaupun tak cukup tidur, tapi tak mengantuk pun.;) Bergelak je..

Kami ada banyak sangat kenangat tau! Susah senang sama-sama. Gelak bersama, menangis pun bersama. Kami sentiasa bersatu. Kalau seorang stress, yang dua lagi tu pun akan stress. Kalau seorang bergelak, yang dua lagi pun akan bergelak. Tak ada nak terasa - terasa ni. Kalau ada yang terasa pun 1minit je,
pastu ok balik.

Masa kerja dulu, banyak sangat cabaran, tapi Allah hadiahkan sahabat yang sangat menenagkan hati.. 
Hilang semua masalah..

Alhamdulilah..

Semoga Hubungan kami kekal hingga ke syurga..

Saya rasa, merekalah sahabat yang akan mendoakan sahabat..
Amin..

Sahabat yang dituntut Islam..

Alhamdulilah..






Dan ini lagu kami..



Lagu yang boleh buat kami semua nangis!!!



Waktu terasa semakin kelabu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

 ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita