hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

06 December 2012

Usaha, Berdoa, Tawakal & Positive = ;)

 Assalammualaikum..

Susah kan nak dapatkan otak yang 100 % Positive??

Biasa la.. kita kan manusia. Penuh dengan emosi, pergolakan dalaman, ada rasa marah, sayang, merajuk, terguris. Kekadang tu rasa marah kat diri sendiri pun ada! Dan yang paling tah apa-apa, rasa marah, sedih, sayu tanpa sebab!! 

Pernah?

Kalau kadang-kadang tu normal. Kalau selalu tu tolong pi jumpa doktor ye, takut-takut kot stress @ ada masalah. Ehemmm....dah macam pakar kaunseling pulak! Sila bayar bil perubatan di kaunter yek!! ;)

Saya nak cakap pasal isu sensitif ni. Pasal anak. Ok...saya dah hampir 6 tahun bernikah dan belum dikurniakan anak. Saya dan suami alhamdulilah, tiada masalah. Sebab tu saya tanam dalam fikiran saya, tiada rezeki. Tok-tok bidan kampung pun cakap tak ada masalah. Sampai 3-4 orang bidan kampung cakap tak payah la nak mengurut-mengurut ni, memang tak ada apa yang nak dibetulkan. Semua duduk elok je kat tempat.. Alhamdulilah.. kalau sorang dua mungkin saya tak percaya, tapi kalau dah semua cakap tak payah, siap ada yang saya pi nak mengurut, tapi dia takmau urut pun ada..

Doktor pun cakap ' Awak jangan risau, everything is normal and tip top!'

Saya rasa saya dah berusaha, soo...saya kena banyakan doa dan tawakal. 

Saya tak ambil bab sangat orang-orang kat sekeliling ni. 

Ada yang saja - saja tanya ' hang bila lagi? Boleh dah ni!' 
jawapan saya senang 'kalau boleh bagi tarikh, aku habaq dah kat hang, tapi tak ada rezeki lagi'

Tu kalau saya rajin nak menjawab la, time saya malas, saya senyum je.. takpun cakap 'takde rezeki lagi'.. Malas nak layan. Kalau budak - budak ok la tanya banyak kali sebab tak boleh fikir lagi, tapi bagi yang dah tua-tua ni bila buat-buat tak faham ni nampak macam tak matang la pula kan..

Saya ni senang je, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau nak mengata kat saya, kata la, saya dapat pahala free!! Alhamdulilah... terima kasih ye sebab bagi pahala free kat saya!! muuhahahahaa..

Cerita sikit la ye apa proses yg saya dah lalui kat hospital tu.

Nak dijadikan cerita, saya gi klinik swasta sebab terjatuh masa nk keluar dari kereta. Apa taknya, sambil mulut pot pet pot pet buka pintu & main langkah je. Terus terlentang!! Siapa suruh becok sangat! Xbaca bismillah  langsung nk keluar dari kereta, padan muka!! Last2 masuk kereta, gelak!!!!

Lepas balik pejabat tu rasa pening-pening. Tak tahan, terus je gi klinik. Doktor tu tanya pasal diri, dan bagitau dia yang dah 2 tahun kawen tapi masih belum mengandung. Dia dengan baik hatinya bagi surat suruh saya pergi rujuk hospital sakit puan kat hospitak kerajaan.

Kalau nak tahu, kita memang kena dapat surat saranan daripada doktor biasa untuk dapat rawatan kat hospital sakit puan tu. tak boleh main redah je tau!

Langkah pertama :
Doktor akan ambil data latar belakang kita. Pastu doktor suruh saya jumpa dia pada hari ke2 datang bulan. Suami pun kena check tau.

Langkah ke2 :
Bila haid (skima kan?) hari ke2, doktor akan check samaada telur ada atau tak. Lepastu check saiz telur dan bilangan. Saya pernah cakap kat doktor ' aik..ada 3 je, sikitnya!' Doktor tu jawab ' untuk perempuan 1 dah cukup, 3 tu kira banyak la'... hehe...mana la saya tau doktor ooii.. Doktor akan bagi ubat sebagai bantuan sekiranya berlaku persenyawaan.

Langkah ke3 :
Hari ke7 kena gi lagi, untuk check saiz telur gak. Telur yang normal akan membesar. Saya normal. Saiz membesar mengikut bilangan hari. Alhamdulilah.

Langkah ke4 :
Kena ulangi semua tu sampai 3 kali, kalau tak jadi juga, kena buat  HYSTEROSALPINGOGRAPHY
( HSG ). Haaa...panjang kan nama tu! Hsg ni sat je, dalam 15 minit je. Keputusannya pun boleh nampak terus, doktor akan masukan cecair berwarna, so bila tengok kat skrin, akan nampak cecair tu memenuhi ruang, kalau tersumpat ke, bocor ke, boleh nampak terus. Canggih kan??




Proses hsg ni gagal. Tak tahu kenapa, tapi cecair tu gagal dimasukan.

Langkah ke5:
Yang ni saya lupa nama apa. Prosesnya kena masuk hospital. Doktor akan buat lubang (tebuk) di kiri dan kanan pinggang, pusat dan kat ari-ari tu. Doktor akan masukan camera untuk tengok dan sekiranya ada tersumbat doktor akan terus cuci. Masa ni la doktor kata saya tip top. tak ada tersumpat @ masalah langsung. ' Awak jangan risau, everything is normal and tip top!'

Langkah ke6:
Ualangi langkah ke3.. Banyak kali kena buat.

Langkah ke7:
IUI.. yang ni saya tak buat.

Saya dah berhenti buat rawatan sekarang ni. Saya berhenti masa bulan terakhir untuk langkah 6, kiranya bulan sepatutnya saya buat IUI. Malas la nak berulang-ulang gi hospital. Saya rasa penat sangat. Mungkin semangat saya tak kuat, sebab tu la saya berhenti. Tapi tak bermakna saya kalah tau! Cuma naluri saya cakap 'gunalah senjata yang paling halus, iaitu doa'. Insyallah dengan 'senjata' tu, saya percaya mengubat segalanya..


Semua langkah ni makan tahun tau! Biasa la..nak free.. Kalau banyak duit boleh la gi swasta. ;)

Saya bukan putus asa, tapi saya rasa macam .....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................

tak tahu nak guna ayat apa untuk menggambarkan 'rasa' saya tu. Takpe la, yang tu biar saya simpan dalam hati. Apapun, saya sangat percaya pada rezeki ALLAH, dan saya sangat percaya ada hikmah disebalik semua ni. Itu tandanya DIA sayangkan saya. Sebab tu dia bagi saya 'rasa ini'.

Ok! tetiba sedih!!!!!



Wassalam...

;)


8 comments:

munirah said...

'rasa' itu Allah swt jadikan kita lebih kuat dari biasa :)
Insyallah,bak kata ayu..percaya pada rezeki dan kasih sayangNya...aminn..
xmo sedih naa.."Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Maka segala dugaan dan ujian yang diberikan Allah kepada kita adalah kerana Allah yakin dan tahu bahawa kita mampu menghadapinya. muaaxx :)

fidayu mohd shobri said...

TQ moon.. ;)

nurul said...

jgn bersedih..sesungguhnya Allah bersama dgn kita.. :)

fidayu mohd shobri said...

nurul : ;) sungguh DIA maha mendengar..

zuriati zainudin said...

U jgnla nk sdih cmni..u kan strong..semua tu kerja allah.smpai masa dan ketikanya allah akan bagi..teruskan berdoa..satu masa bila u dh ada baby u akan tau nape semua ni jadi kt u..allah x bgi apa yg kita minta tapi apa yg kita perlu..sabar k

zuriati zainudin said...

Sabar u..allah sentiasa bersama org yg sbr..allah x beri apa yg kita minta tp apa yg kita perlu..teringat time u cool down i tgh frust dulu n u bwk i g msjid tepi laut..nnt kita g situ k..chill ya!

Anonymous said...

Kak Lia,

Bab anak adalah rezeki dari Allah Ta'ala. Nabi Ibrahim memperolehi Nabi Ismail pada usia 80 tahun. Anak baru dua (2) tahun berkahwin. Sekiranya tiada masalah suami dan anak, cuba amalkan Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”. Google blog http://www.ustazamin.com/2012/07/bicara-ilmu-84-doa-untuk-mendapatkan.html. Banyakkan solat hajat, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tahajud. Kita perlu dekat dengan Allah. Ujian diturunkan untuk kita mengingati Allah semula dan dekat padanya. Mungkin Allah nak kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Acik cuma beri tip untuk kita bahagia dunia dan akhirat seperti doa selepas solat. Usahalah. Wallahualam.

fidayu mohd shobri said...

zu: hehe..
kak lia: tq..