hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

24 December 2012

Amazing 2012

Assalammualaikum..

Alhamdulilah... Kita diberi peluang untuk melalui tahun 2012 olehnya. Walaupun spekulasi tentang kiamat yang dibuat oleh mereka2 yang bukan beragama ISLAM tersebar, alhamdulilah, kita yang beragama ISLAM sentiasa waras. Adalah tanggungjawab kita supaya sentiasa percaya bahawa kiamat itu pasti dan tiada manusia akan tahu bila akan berlakunya kiamat. Terpesonglah akidah kita bila mempercayai semua spekulasi yang tak masuk dik akal kita yang beragama ISLAM ni. Abaikan semua cerita itu, lebihkan beribadah, itu lebih menguntungkan. Itulah bekalan kita nanti. Tak payan nak sediakan stok sardin, meggi, biskut..semua tu akan lenyap.;)

Alhamdulilah...tahun 2012 ni kehidupan kami, bahagia. 'Tergigit lidah' itu lumrah. Asam garam kehidupan suami isteri. Hari ni merajuk, besok baik je.. Hari ni menyampah, besok elok je bercuti.. Hari ni senyum, besok tengok muka pun taknak. Itulah kehidupan saya dan suami. 
Alhamdulilah...kami bahagia.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, kami berpindah ke  rumah kami sendiri. Syukur. Tinggal di rumah sendiri umpama mimpi. Saya tak tahu orang lain, tapi hati saya dan suami berbunga-bunga. Hari pertama tidur di rumah sendiri, kami tidur sampil senyum. Satu kepuasa bila dapat berpindah. Kabahagiaan yang sangat indah. Rumah kami taklah semahal rumah orang lain, tapi itu pun sangat sangat membahagiakan. 
Alhamdulilah...kami bahagia.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, saya, suami, keluarga saya dan keluarga suami semuanya sihat. Kesihatan adalah sesuatu yang 'mahal' untuk dibeli. Jadi, jom jaga kesihatan! Walaupun tahun ni saya kehilangan arwah tok, tapi saya akan tersenyum bila mengenangkan tok pergi semasa di TANAH SUCI.. saya juga menginginkan seperti itu..dia insan terpilih.. 
Alhamdulilah.. ;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni, kerjaya saya semakin baik. Peperiksaan yang diwajibkan semua dah lulus. Induksi pun dah lulus. Tak sia-sia berkursus 2 minggu. 
Alhamdulilah..;)

Alhamdulilah..tahun 2012 ni sahabat-sahabat disekeliling saya semuanya nampak bahagia. Kawan-kawan kat pejabat pun ramai yang dapat baby tahun ni, Kakak kat pejabat ni yang dah 10 tahun menanti cahaya mata pun dah mengandung. Kawan2 yang baru kawen pun ada. Yang takde teman pun dah berteman. Yang selama ni kerja kontrak pun dah dapat tetap..
Alhamdulilah.... Saya bahagia melihat mereka bahagia..Semoga mereka semua bahagia dunia akhirat. ;)

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Semoga kita semua akan terus tersenyum dan bahagia hingga keakhir hayat..



*pic lama*
@bundle ;)







4 comments:

Rara Nasiha said...

moga 2013 pula jadi lebih bermakna :)

fidayu mohd shobri said...

amin...tq rara.. sedap nama u..

munirah said...

alhamdulillah :)

zuriati zainudin said...

alhamdulillah...syukur sgt dengan segala nikmat dan ujian :)