hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

07 November 2012

kami sama tapi tak serupa

 



Assalammualaikum.

Kemarin lepas site meeting, dalam perjalanan nak balik pejabat tu, kat trafic light, saya terpandang pakcik sebelah. 

Naik motor, bawa tong ais + ikan yang penuh! Nampak susah je pakcik tu nak kawal tong yang penuh dan berat dengan 1 tangan. Yela, satu lagi kena pegang motor. 




Sangat berbeza dengan saya ngan kakak-kakak sekerja yang tengah duduk dalam ven yang sangat selesa, luas, aircond sejuk & siap ada driver!

Saya termenung kejap bila tengok 2 situasi  tu. 
Situasi saya dan pakck tu. 

Kami sama-sama sedang mencari rezeki.
Kami sama-sama mencari duit untuk keperluan harian.

 Cuma mungkin yang bezanya duit yang pakcik tu dapat untuk membeli beras untuk anak2 makan, baju untuk anak2 atau mungkin belanja sekolah anak2. 

Saya pulak untuk beli pasu bunga, beli bunga yang montok2, beli baju nak gi jejalan, simpanan untuk beli G-Note idaman atau mungkin untuk makan sedap2!

Situasi kami berbeza, tapi matlamat kami sama. 
Mencari rezeki. 

Ya Allah, permudahkan kerja kami, jadikan kami manusia yang bersyukur. Jadikan rezeki kami sentiasa cukup walaupun sedikit.
Semoga rezeki yang kami perolehi diberkati dan halal.

amin..
;)






No comments: