hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

23 November 2012

Gaza~

Assalammualaikum..

Awalnya saya tak berapa peka dengan pergolakan kat Gaza. Sebab lama tak baca paper & tengok berita. Selalunya saya memasak masa berita, so memang jarang la tengok tv time tu. 

Bila buka fb, mulanya sorang dua je cerita pasal Gaza...pastu makin hari makin ramai yang bercerita tentang Gaza. Baru laaaaaaaaa saya ambil tahu perkembangan tentang Gaza. 

Ya Allah.. Hebatnya penindasan terhadap mereka. Sayu hati bila tengok semua tu.  Itu pun saya tengok sikit-sikit je, yang tak terlampau lampau! Kalau baca semua cerita tak tahu la!



Baru-baru ni masa tengah makan ais cream, tiba-tiba teringat kat kanak-kanak kat sana. Ya Allah, saya sedap je makan...... mereka?? 

Sebagai sesama Islam, saya hanya mampu berdoa untuk mereka.. Berdoa dan terus berdoa..

Insyallah..selagi mampu saya akan berdoa..

Tapi saya betul-betul rasa terkilan dengan berita 200 ribu burger free yang diedarkan oleh McD habis! Ya Allah..tergamaknya mereka! Mati ke kalau tak makan burger tu? hemmm...orang Malaysia memang ramai yang 'LAPAQ' benda free! Pantang nampak tulis free mesti nak. Takapa la, siapalah saya nak menilai, tapi fikirlah....Hari ni hari diaorang, besok lusa mungkin kita.

Saya rasa Islam akan kuat kalau semua umatnya tak meninggalkan solat 5 waktu sehari! Dan saya rasa orang yang sanggup menelan berger free tu solatnya sememangnya tak cukup 5 waktu sehari!

Mungkin kasar ayat saya tu, tapi secara logiknya cuba fikir, sanggup ke orang yang berdoa untuk gaza gi ambil burger free dari penyumbang bom dan peralatan untuk membunuh sahabat sesama Islam kita?? Sanggup??

Mungkin tindakan boikot McD dipandang enteng bagi sesetengah pihak. 

Orang akan kata 'ala..takan berjaya punya, McD tu sedap, semua orang nak makan. Sat je ni'

Tapi bagi saya, mana datangnya 1juta kalau kita tak mulakan dengan 1... So, pedulikan orang yang sanggup makan berger BOM tu, yang penting diri kita.

Dan saya sangat yakin, anda takan mampu menelan McD bila anda bersolat dan berdoa untuk Gaza..


Kalau bukan Kita Yang SeIslam ni membantu mereka, siapa lagi??



3 comments:

Mrs. Aisam said...

aku pon ... boikot terus McD , bukn Mcd je..kepsi, kitkat, DLL...hehehe...sakit hati~!

munirah said...

sama la ayu..awl2 wat dunno tp bila makin lama mkin rmai brckp baru terdetik nak tengok..subhanallah..

fidayu mohd shobri said...

bagus2.. kalau bukan kita,siapa lagi kan.. ;) semoga usaha kita kekal. maybe nampak tak besar, tapi nanti bila 'ditimbang' kat 'sana' nanti, insyallah 'berat' timbangannya. akan ada habuannya. amin..