hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

29 November 2012

Ini sangat!!!

Assalammualaikum...

Ok.. ni memang sangat2 ggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!
Nasib baik masa jumpa kereta ni saya tak drive! 
Memang terkejut  masa nampak ni!!!!
So kalau mai Perlis, berhati-hati ye..


Saya rasa tak patut betul pemilik kereta ni buat macam ni, 
kalau la ibu mengandung ke yang tengok, 
orang yang lemah semangat ke..
memang dup dap dup dap la!!!
 
Saya yang tak lemah semangat ni pun terkejut!!

Tak patut betul la!

Ada ke letak topeng macam tu!




Mau tak terkejut!!

27 November 2012

My Ruang Tamu


Assalammualaikum..

Tetiba rasa kesian kat ruang tamu rumah, asyik letak gambar dapur je kan..

Ruang tamu saya kosong lagi, sofa pun tak ada lagi. 
Kami cuma beli bean bag je. 
Sorang 1.. 

;)



Sini la tempat lepak tengok tv.




Ni pintu depan, tapi yang guna pintu ni saya je. tu pun untuk pergi & balik kerja. 
Suami guna pintu tepi. Kalau ada tetamu mai pun masuk ikut tepi.. 




Sebelah pintu tepi saya letak meja makan. Meja makan ni ehsan dari ayah. 
Saya angkut dari rumah pusaka.
Suka sangat! Selesa, bila duduk memang malas nak bangun!

Kalau tetamu datang, sini la tempatnya. 
;)



Ni pemandangan dari tempat lepak depan tv tu. 
Impan saya nak buat 'sesuatu' yang menenangkan kat kawasan tu. 
Sambil layan tv, sampil 'damaikan' mata. 
Baru ada 2 pasu pokok je buat masa ni. 
Doakan bagi ada rezeki ye, macam2 idea nak buat kat situ!!



26 November 2012

Roti Mariam & Sup Ubi Kentang

Assalammualaiku..

Ehem...ehem... nak cerita ni. Hari ni saya cuti. Sakit perut. Yang hairannya, sakit perut tapi perut ni tau je lapaq. Ingatkan bila sakit tak lapaq!! hehe..

So..dengan penuh gaya muslimah, saya bangun & tengok apa yang ada. Tekak ni nak makan yang simple tapi menyelerakan. Mengada-ngada betul kan? Muhahahahha...Belek2 buku, tengok2 dalam 'kedai runcit'. Ok!! Set nak buat Roti Mariam & Sup Cendawan Krim.

Bahan2 untuk roti mariam cukup, tapi untuk sup cendawan krim tak cukup. Tiada cendawan dan tiada krim!! Guane nak masak?? Tengok2 lagi, jumpa ubi kentang! Ok, kita ubah sup cendawan krim kepada sup ubi kentang!!


roti mariam @ roti fidayu
;)

Buku masakan yang saya sayang!


Ni la doh pertama dalam hidupku. Sebelum ni tak pernah mengadun doh gaya gini tau. 
Campuran doh tu ialah 4 cawan tepung gandum, sebiji telur, 
2 sudu besar margerin (cairkan) dan air secukupnya,

eh..lupa, garam sekit ye.

Bahagikan doh tu besaq2 penumbuk. Saya dapat 7 doh kecil.

Rehatkan.. Tutup dengan kain basah. Taknak bagi doh tu kering.
Siapa yang belajar Kejuruteraan awam? Ingat tak sistem kuring?
Haaa...teorinya sama je! Supaya tak berlaku pemejawapan.

termasuk bab kejuruteraan awam pulak..
muhahaha..

selepas 30 minit, canai.. 


Saya takde papan & kayu yang nak gulung2 tu. Sooo..saya guna papan pemotong dan gelas macam dalam gambar tu! Usaha tangga kejayaan. Takde alasan tak cukup peralatan takleh masak tau.



Pastu..goreng la dalam minyak yang penuh dan panas!!

Dengan sendirinya dia kembung.
;)











sup ubi kentang ala fidayu
;)



Saya banyak cut sebab bahan pun cut kan..

Mula2 rebus 4 biji ubi kentang sampai empuk.

Ok, masukan marjerin dalam 2 sudu, tumis bawang putih 3 ulas dan 1 ulas bawang besar (letak yang saiz besar) yang dah dipotong dadu. Naik bau, masukan tepung gandum 2 susu. 

Masukan air rebusan ubi kentang tu, sikit2 ye.. Kawal jangan sampai tepung berbiji.

Masukan kiub ayam. Kalau ada stok ayam yang buat sendiri tu lagi sedap!

Masukan ubi yang dah dipotong. tinggalkan 1 biji.

Masak dalam 10minit, tutup api. Biar sejuk dan kisar semua yang dalam periuk.

Masukan balik dalam periuk, 
letak ubi kentang yg tinggal td tu, ng tak potong dadu pulak..hehe..
tabur oregano dan lada.

ni sebelum dikisar.

SIAP!




Bagi saya, sedap dan mudah. Sup tu walaupun tak cukup syarat, tetap sedap. 
Kita boleh olah ikut naluri kita. 
Capai apa yang ada je.. 
Resipi asal dari buku Bukan Sekadar Resipi Puan Roza Roslan.

;)


Cuba la..insyallah tak menyesal.
;)

My Dapur


Assalammualaikum..

Tetiba rasa nk cerita pasal dapurku yg kemetot ni..
Yang semak2 tu buat tak nampak la ye..
;)


Ni almari kasut! Hadiah dari ayah. Tapi saya letak kat dapur! Haaa..apa kegunaan almari kasut ni??


?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


Haaa..ni la tempat saya simpan barang2 kering. Saya panggil almari ni kedai runcit.
hehehe.. 
semua ada! 
kopi, milo, meggi, sos, biskut, agar2, keropok, ubat2, tepung, lilin, sabun, 
dll

Kiranya semua stok barang kering inila tempatnyer..
Saya suka sangat almari ni. Walaupun murah, berbaloi2!

Tq ayah!
(ayah hadiah 2 tau rak ni, satu buat letak kasut, satu ni la hasilnya)




Ni tempat gantung2, yela..nak letak almari gantung takde bajet, 
so buat ala kadar je. Insyallah lepas ni kalau ada rezeki, nak gak tambah almari gantung2 tu.. 
Doa tau bagi murah rezeki saya dan suami

;)

Tapi saya suka, senang nak capai. tak payah buka2 pintu almari. 




sebelah sinki tempat gantung kuali. Sepatutnya kain lap tangan tu ada 'cakok' dia sendiri. 
tapi suami pinjam cakok exzos motor!! 
Geram betul.. Sesuka hati je dia rembat barang saya tau. 
GGggrrrrrrr!!!!
TAPI
Kena redha la sebab suami kan..



Dannnn...ini penyejuk mata saya kat dapur!
Saya suka duduk kat meja makan sambil pandang sudut ni.
;)



Dapur saya tak besaar, kalau nk ikutkan saya,
saya nak meja makan yg lagi kecil, yang kerusi boleh simpan bawah meja tu, 
tapi suami pulak taknak, 
katanya 'abang nak sandar la, nak relex2 makan masakan isteri'  
soooo...terbeli la meja tu..

;)

hehe..tu almari lama..
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Magnet2 ni suami saya punya kerja. Dia yang kumpul. Saya tak minat sangat.. Anak sedara kalau mai rumah, memang sini la tempatnya. susun..susun..dan susun.. sebab tu yang ada gambar2 saya letak atas, yg tu je diaorang xboleh main.. yang lain tak kisah sangat..

Magnet gambar2 tu saya buat masa saya akti buat ebay. Booking terus dari China. 



Ni gambar anak sedara, tiap kali mai, dia akan cakap ' maklong2, ni gambaq kami ni'..

Tiap kali mai umah tau! tak jemu2..
Dia syok sebenarnya tu..
hehe..nama pun budak2..
;)



;)

25 November 2012

Tasik Chini & Kari Telur Ikan


Assalammualaikum..

Haaa....hari ni nak cakap pasal masak! Sejak pindah ni saya rajin la juga masak.. 
Jemu makan luar, asyik2 makan kedai petani, muka pun dah nak jadi macam orang petani dah ni. 
Sup tulang je tiap2 hari. Tak bagus untuk kesihatan! 
Ecewahhhh..masa dok hirup sup dulu xpikir pulak kan! 
Ni baru nak insaf ..


Ok, baru2 ni saya ada gi kenduri. Umah kampung. 
Selain daripada nasi n laksa, ada sagu yg dimakan dengan kuah apa tak tau! 
Sedap sangat. Masa makan tu saya tanya tuan rumah camno nak buat kuah ni, 
dia cakap masak susu cair ngan gula melaka je..

Mak aiii...senang betul, so terus rasa nak buat! 


basuh sagu, masak air, bila air mendidih, masukan sagu.

ni dah siap. sebenarnya ni mcm tercair cikit, tapi masih boleh  dimaakan.
Kalau sikit lagi saya tambah air, memang  'ceroi' la....


ni gula melaka, dah 2tahun dalam peti sejuk!! muhahahaha,,

ok, kasi cincang itu gula. cara cintang wajib macam chef tau.. kikikiki..

masukan gula melaka + esen vanilla.
masak kuah  sampai mendidih. s
saya campurkan air 2cawan sebab xnak lemak sangat.
nak light2 je..


Taraaaa.....ini la hasilnya. Suami cakap sedap.

Saya dengan senang hatinya letak nama menu ni Tasik Chini. 
Muhahahhaaaa..


Suka hati i le, i yang masak
;)


Lepas masak 'Tasik Chini, saya masak

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




KARI TELUR IKAN

Fuhhhh... Berpeluh makan!

;)

Alhamdulilah...
Tu la aktiviti saya cuti2 ni..
Masak Makan, Masak Makan, Masak Makan.

24 November 2012

Steamboat @ rumah



Assalammualaikum..
Semalam saya buat steambot.. Saja nak meraikan anak buah yang dapat  6A 1B dalam UPSR.. 
Berbaloi2 jamu diaorang ni, makan bersungguh-sungguh!
Alhamdulilah..

ha..bakar arang dulu..

 











daging perap 1kg


ayam perap.. 4 ketul bahagian dada


kwetiau ni 2 plastik tu..


macam biasa, makan kat luar rumah..



permulaan.


tengah-tengah..

tegak! perut penuh.



last..


ZZZzzzzzzzzzZZZzz..

;)

23 November 2012

Gaza~

Assalammualaikum..

Awalnya saya tak berapa peka dengan pergolakan kat Gaza. Sebab lama tak baca paper & tengok berita. Selalunya saya memasak masa berita, so memang jarang la tengok tv time tu. 

Bila buka fb, mulanya sorang dua je cerita pasal Gaza...pastu makin hari makin ramai yang bercerita tentang Gaza. Baru laaaaaaaaa saya ambil tahu perkembangan tentang Gaza. 

Ya Allah.. Hebatnya penindasan terhadap mereka. Sayu hati bila tengok semua tu.  Itu pun saya tengok sikit-sikit je, yang tak terlampau lampau! Kalau baca semua cerita tak tahu la!



Baru-baru ni masa tengah makan ais cream, tiba-tiba teringat kat kanak-kanak kat sana. Ya Allah, saya sedap je makan...... mereka?? 

Sebagai sesama Islam, saya hanya mampu berdoa untuk mereka.. Berdoa dan terus berdoa..

Insyallah..selagi mampu saya akan berdoa..

Tapi saya betul-betul rasa terkilan dengan berita 200 ribu burger free yang diedarkan oleh McD habis! Ya Allah..tergamaknya mereka! Mati ke kalau tak makan burger tu? hemmm...orang Malaysia memang ramai yang 'LAPAQ' benda free! Pantang nampak tulis free mesti nak. Takapa la, siapalah saya nak menilai, tapi fikirlah....Hari ni hari diaorang, besok lusa mungkin kita.

Saya rasa Islam akan kuat kalau semua umatnya tak meninggalkan solat 5 waktu sehari! Dan saya rasa orang yang sanggup menelan berger free tu solatnya sememangnya tak cukup 5 waktu sehari!

Mungkin kasar ayat saya tu, tapi secara logiknya cuba fikir, sanggup ke orang yang berdoa untuk gaza gi ambil burger free dari penyumbang bom dan peralatan untuk membunuh sahabat sesama Islam kita?? Sanggup??

Mungkin tindakan boikot McD dipandang enteng bagi sesetengah pihak. 

Orang akan kata 'ala..takan berjaya punya, McD tu sedap, semua orang nak makan. Sat je ni'

Tapi bagi saya, mana datangnya 1juta kalau kita tak mulakan dengan 1... So, pedulikan orang yang sanggup makan berger BOM tu, yang penting diri kita.

Dan saya sangat yakin, anda takan mampu menelan McD bila anda bersolat dan berdoa untuk Gaza..


Kalau bukan Kita Yang SeIslam ni membantu mereka, siapa lagi??



22 November 2012

Hidup ikut kemampuan..

Assalammulaikum..


Ada yang pernah kata kat saya ' buat apa beli viva, tak ada kualiti, tak ada ciri-cici keselamatan, bila ketuk bunyi macam tin je'

Hemm...kutuk la nak kutuk, yang penting saya langsung tak menyusahkan orang lain. Dah itu yang saya mampu. Siapa yang taknak pakai kereta besar ????  Dah saya tak mampu..Yang penting saya tidak menyusahkan orang lain. Kalau kemalangan dan mati pun, kereta tu takde hutang yang tertunggak. Insyallah saya akan kekalkan begitu. Saya tak suka menyusahkan orang lain.

Sempit2 viva pun, kereta saya. Saya yang rasa sempitnya. Saya tak menyusahkan awak kan??? 

Kecil2 vivi pun, saya yang rasa kekecilan viva tu. Saya tak menyusahkan awak kan???

Cakap la apa nak cakap, terpulang. Yang saya tahu, saya LANGSUNG tak menyusahkan orang lain.


Meh Sarapan


Assalammualaikum..

Boleh dikatakan setiap kali cuti sabtu & ahad, tu la menu saya. Roti yang disapu dengan 'garlic butter' yang di bakar @ panaskan je atas kuali, telur goreng mata 'dek de' dan kopi!!

Tak jemu-jemu saya makan. 
Suka sangan. Ni semua ajaran dari Puan Baidura le..
Pencetus kegilaan 'garlic butter'
 Tq Bai!!!

Tiap kali makan mesti ingat kat u tau.
;)

Roti tu bukan hangit tau, tapi saya memang suka bagi garing. Biar hitam cikit. 
Hitam kan bergaya. muhahahaa..
 Ok, kalau sesiapa nak mai umah dan rasa, meh la rumah, kita sarapan sesama ye.








  

21 November 2012

Suami oh suami


Assalammualaiku..

Suami saya sekarang ni tengah keciwi kumpul lego dari Shell tu. Haaa...ada je yang dia bawa balik! Setakat ni koleksi yang kat atas tu je, yang lain bulan depan baru keluar katanya!

Kumpul la abang ooii... jangan kumpul isteri dah!



Ni satu lagi hobi dia. Suka tinggalkan isteri sorang-sorang! Dia bermotor motoran kehulu kehilir. 
Motor kecil je pun..

muahahaha..



Apa motif entry ni?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Happy belated birthday abang. Masa birthday abang tu, ayang takde mood nak update blog.. So..lambat pun takpe la kan..

muahahaha..

;)