hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

24 October 2012

Raya Haji

Assalammualaikum..

Jumaat ni kita dah nak sambut hari raya haji. Jadi, besok saya cuti. Nak kemas-kemas rumah yang berdebu tu dan nak buat persediaan nak kenduri pada raya kedua. Tapi saya tak buat korban, saya buat kenduri doa selamat.

Dulu kalau raya haji je saya semangat. Sebab arwah chaq & tok akan buat korban. Mula-mula arwah chaq buat kat diri dia sendiri, lepas tu kat arwah tok, lepas tu kat ayah, lepas tu kat ibu, kat kakcik, kat saya, kat yon dan last sekali kat adik.

Dalam banyak-banyak tu, adik yang paling best, arwah chaq buat koran kat dia masa arwah pi haji. Korban kambing. Nanti kami semua naik lembu, adik naik kambing. :))

Arwah chaq ngan tok meninggal betul-betul lepas selesai buat korban kat kami semua. Sebab tu la setiap kali musim haji, saya akan terkenang kat arwah. 

Dulu masa kecil, ayah akan bawa kami semua (selalunya kakcik tak ikut) pi tengok lembu disembelih. Mula-mula tu memang sangat menakutkan. Arwah chaq akan tunjuk lembu mana yang akan kami 'naik nanti'. Sebagai budak-budak, saya asyik fikir je macam mana saya nak naik lembu tu dengan 6 orang makcik dan pakcik yang saya tak kenal. Tapi malas pulak nak tanya chaq.

Bila dah besar ni baru la faham.. :)

Saya akan rasa terkilan sangat bila terlewat sampai tempat persembelihan. Setahun sekali je boleh ada pengalaman macam tu. Bagi saya, bila kita tengok sendiri macam mana lembu tu disembelih, kita akan rasa insaf dan serius saya akan terkenang kisah Nabi Ibrahim dan  Nabi Ismail.   

Lepas chaq ngan tok meninggal, kami jarang-jarang buat korban. Raya Haji dah tak semeriah dulu. Banyak sangat perbezaannya atau  mungkin juga faktor usia.
  
Satu hari nanti, kalau dah ada anak, saya nak biasakan anak saya dengan ibadah korban. Biar dia rasa dan faham erti pengorbanan dan kasih sayang.

 Insyallah...



No comments: